Kesibukan sebagai Ahli Majlis tidak meghalang dirinya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendakwah


Gombak -Tidak asing lagi insan yang bergelar Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong dimata masyarakat penduduk gombak. Setiap hari tugasan beliau didalam Ahli Majlis, MPS Zon 11 tidak menghalang dirinya untuk memberi ceramah samada disurau atau dimasjid. Undangan demi undangan yang diberi tidak akan mengecewakan kepada yang menjemput beliau untuk menghadirkan diri dalam program yang diundang.

Bagi beliau walaupun dirinya diberikan amanah yang berat sebagai pimpinan dan tanggungjawabnya menjalankan tugasan di dalam Ahli Majlis bukanlah menjadi penghalang pada dirinya untuk bersama rakyat kerana baginya inilah amal jariah yang harus dilakukan setiap insan semasa dikurniakan kesihatan yang baik dan selagi masih hidup harus merebut peluang. Beliau menyatakan apabila kita dilantik dalam jawatan yang diberi maka haruslah mainkan peranan ini dengan sebaiknya bukan hanya pegang jawatan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab dengan tidak melakukan kerja dan memainkan peranan kepada masyarakat bimbang akan dipersoalkan oleh ALLAH swt apabila kita tiada lagi.


Walaupun diri beliau dibebani dengan tugasan kerjaya namunpun begitu beliau dapat memainkan peranan dengan sebaiknya kepada suami dan anak-anak yang dikasihi. Alhamdulilah insan yang bergelar Ummi kepada 6 orang anak ini diberi kekuatan oleh ALLAH swt dalam menjalankan tanggungjawab sebaiknya diatas dorongan suami dan keluarga yang dicintai yang sentiasa memahami tugasannya, inilah membuat diri beliau terus istiqamah dalam perjuangan dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ahli majlis/Pengerusi JKP Zon 11.

Begitulah kehidupan beliau sebagai pimpinan di kawasan Gombak. Selain memangku jawatan Ahli Majlis beliau terus aktif dalam Jemaah dan sentiasa bekerjasama dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor/Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia untuk mendampingi masyarakat tidak kira bangsa, agama.


Baru-baru ini selepas tamatnya program Rehlah Mahabbah JKP Zon 11 di Banjaran Sedayu Bt 12, Gombak beliau terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendakwah bebas di Masjid As-Syarrif Simpang 3, Gombak jam 3ptg untuk meraikan persatuan ibu tunggal dalam majlis Maal-Hijrah.


Pengisian yang diberikan amatlah bermakna kepada peserta yang hadir dimana beliau telah menyampaikan ilmu untuk diamalkan dalam menghadapi Maal Hijrah iaitu Penghijrahan Hidup. Beliau menekankan kepada kaum ibu haruslah memainkan peranan beliau sebaiknya dengan pengurusan masa untuk keluarga dan sekali gus melibatkan diri dalam aktiviti bersama masyarakat.


Beliau berkata lagi walaupun bergelar ibu tunggal tidak bermakna kita harus ketinggalan dengan aktiviti kemasyarakatan dan Menyepikan diri untuk bersama jiran tertangga. Sifat sedemikian tidak harus ada pada diri kita sebaliknya harus mengisi masa dengan sebaiknya dengan melibatkan berbagai program samada aktiviti disurau, masjid dan berbagai pertubungan badan NGO.


Kupasan pengisian yang diberikan dalam ceramah yang disampaikan adalah :-

1) Orang yang layak bertemu dengan Rasullah saw iaitu :-

a) Wali-wali ALLAH;
b) Orang yang mengikut sunnahku;
c) Orang yang suka berselawat keatasku (Nabi Muhammad saw) tetapi bagi orang yang kedekut iaitu orang yang apabila disebut namaku tidak diucapkan saw.



Amalan-amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang adalah :-
a) Apabila mendegar azan diminta tolong hormati azan dengan diam dan menyambut setiap ucapan azan.
b) Setiap ilmu yang dipelajari hendaklah diamalkan sebaiknya dan disebarkan;
c) Hendaklah pelihara solat sebaiknya dengan menjaga waktu solat, tidak mengkadaqkan solat melainkan terlupa/ tertidur, tidak lalai dalam solat,

Nabi s.a.w bersabda” orang yg dilaknat oleh ALLAH swt adalah orang yang lalai dalam solat apatah lagi orang yang tidak solat. Amalan yang akan dipersoalkan terlebih dahulu adalah solatnya.”

Amalan-amalan sunat yng boleh dilakukan dalam menghadapi Awal Muharam adalah :-
a) Memberi makan kepada orang terutamanya fakir miskin;
b) Usapkan rambut anak yatim piatu daripada belakang ke depan;
c) Puasa sunat
d) Bercelak
e) Muliakan fakir miskin
f) Tunjukkan jalan kepada orang yang sesat
g) Pelihara maruah diri
h) Mandi sunat 10 Muharam
i) Solat sunat
j) Memperbanyakkan membaca zikir Hasbiallah…

Adab menziarahi orang sakit :-
a) Jangan ziarah pesakit terlalu lama;
b) Tenangkan hati pesakit
c) Perbanyakkan bacaan Al-Quran dan suran Yasin kepada pesakit

Inilah perkongsian ilmu yang diberikan oleh beliau dalam majlis penghijrahan hidup. Semoga perkongsian ilmu yang diberi dapat kita amalkan untuk meneruskan kehidupan kita sebagai khalifah ALLAH swt. waallahhualam..


Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: