Tanah Runtuh Sg. Pusu

Gombak – Kes ke 2 tanah runtuh di kawasan gombak di Sg. Pusu setelah berlakunya di Tmn Astana Gemilang, pinggiran Bt, Caves Baru-baru ini.

Lawatan kakitangan PKM Dun Gombak Setia di rumah Pn. Zaleha Mahat di alamat No, 76 Kg. Sg Pusu  pada 10hb Dis, 2009 apabila beliau menghubungi pihak PKM Dun Gombak Setia dengan membuat aduan tanah runtuh yang berlaku di belakang rumah beliau. Beliau menyatakan bahawa setiap kali hujan pasti tanah tersebut akan terhakis sedikit demi sedikit sehingga kini semakin banyak tanah tersebut dihakis. Beliau amat bimbang jika kehakisan ini akan meragut nyawa mereka sekeluarga.



Difahamkan bahawa  Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang menyebabkan sebahagian besar pergerakan tanah seperti kegagalan dalam cerun, batu jatuh dan aliran sampah cetek. Selain itu, terdapat faktor lain juga menyumbang kepada punca utama mengapa berlakunya kejadian tanah runtuh.

  • Hakisan  oleh  sungai, glasier atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
  • Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
  • Gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh
  • Letupan Gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
  • Bahan letupan malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.
  • berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
  • Tekanan  air bawah tanah  bertindak menjadikan cerun tidak stabil
  • pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.


Kejadian tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini di di Uluyam, Rawang, Gombak mungkin berpunca dari aliran air bawah tanah di kawasan berkenaan dan membimbangkan penduduk disekitar tersebut. Kejadian tanah runtuh itu berlaku kira-kira 12.30 tghhari. Pelbagai pihak penduduk dikawasan  sg pusu  melakukan kajian terhadap tanah runtuh yang berlaku khususnya di kawasan terbabit adalah kesan daripada pembinaan rumah yang dibina oleh pihak Pemaju Desa Gemilang. Semenjak pembinaan rumah disitu kerap berlaku banjir pada musim hujan. Penduduk menyatakan bahawa projek perumahan terbaru yang hendak dinaiktarafkan adalah perumahan teres di Desa Gemilang.

Menurut En. Nazarudin Bin Kasim & Pn mazni Shah, beliau menyatakan “Paling teruk kejadian banjir di sekitar tersebut adalah laluan ke tanah perkuburan sg. pusu”. Semasa pemantauan dilakukan oleh kakitangan PKM bersama penduduk disekitar tersebut mereka menyatakan air mudah naik apabila hujan lebat. Air yang turun datang daripada Bukit Desa Genilang. Walaupun penduduk telah memaklumkan masalah ini kepada pihak pemaju namun tiada tindakan apa-apa yang dilakukan. Penduduk amat  berharap agar pihak YB Dato’ Hasan dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk keselamatan penduduk disekitar sg. pusu. Amat membimbangkan lagi apabila berlaku banjir anak-anak yang ingin ke sekolah terkandas kerana kawasan disitu adalah kawasan pendalaman dan tiada kenderaan awam.

Setelah mendengar masalah penduduk sekitar tersebut penduduk memohon agar  pihak Yb Dato’ agar dapat menyumbangkan sebuah bas sekolah untuk anak-anak.  Permohonan ini telah sekian lama diminta sebelum pemerintahan PKR. Mereka amat kesal kerana semasa kerajaan BN dahulu  tiada tindakan diambil dan peranan YB yang dilantik dahulu tidak dapat memainkan peranan sebaiknya kepada penduduk. Kini harapan yang tinggi kepada Yb Dato’ agar dapat mempertimbangkan permohonan ini sebaiknya untuk kemudahan dan keselamatan anak-anak.

Solusi yang dapat diambil daripada kes tanah runtuh ini untuk mengelak berlakunya kejadian seperti ini berlaku pada masa hadapan sedikit informasi untuk dikongsi bersama :-

i) Kita perlulah mengenalpasti kawasan-kawasan berisiko mendapat tanah runtuh.

ii) Perlulah mendapat info dan mengenalpasti kawasan yang pernah berlaku tanah runtuh. Selain itu kawasan yang mempunyai cerun atau saliran air boleh menyumbang kepada berlakunya tanah runtuh. Potongan atau tambakan tanah dan lereng bukit yang sedang dibangunkan boleh menjadikan kawasan tersebut berisiko tinggi untuk menjadi tanah runtuh.

Kita boleh mengetahui dan menjangka sebelum kejadian tanah runtuh ini berlaku. Berikut adalah tanda-tanda tanah runtuh iaitu pancuran atau resapan berlaku di kawasan tanah, kesan bonggolan atau rekahan pada tanah, berlakunya konkrit retak atau terjongket, tanah berganjak dari kedudukan asal, terjadinya kerosakan paip air, gas atau pembentung bawah tanah, tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi senget atau condong, jajaran barisan pagar berubah, jalan mendap dan pintu atau tingkap sukar ditutup.

Seterusnya apa yang perlu kita lakukan untuk mengelak berlakunya tanah runtuh? Pertama sekali ialah anda perlulah mendapat maklumat tentang kawsan tanah runtuh melalui internet, surat khabar dan buku-buku. Di samping itu, menanam tumbuhan tutup bumi pada cerun selain membina tembok penahan atau saliran air.

Selain daripada itu melaporkan kejadian dengan segera kepada pihak berkuasa dan memberi amaran kepada keluarga dan jiran anda. Sementara itu berpindahlah segera apabila menyedari kejadian menjadi keadaan menjadi kritikal atau bahaya apabila menerima arahan daripada pihak berkuasa.

Apa yang paling penting apabila anda mengalami mangsa tanah runtuh anda sudah tahu panduan yang harus anda lakukan dan tidak lakukan semasa berlakunya kejadian seperti ini. Nyawa adalah lebih penting dari harta benda.
Selepas kejadian jauhilah kawasan runtuhan kerana dikhuatiri tempat kejadian masih berada dalam keadaan tidak selamat. Periksa keadaan keluarga dan jiran anda jika mereka mengalami kecederaan berikan rawatan pertolongan cemas dengan segera. Sementara itu, berikanlah bantuan kepada golongan kurang upaya dan jiran yang memerlukan bantuan dan perlu diingatkan banjir boleh berlaku selepas kejadian tanah runtuh. Sentiasalah mendengar penguguman radio dan televisyen bagi mendapatkan berita-berita terkini tentang keadaan semasa kejadian tanah runtuh.

Selepas kejadian periksalah tapak rumah dan persekitaraan anda dan jika terdapat sebarang kerosakan pada keudahan awam berikanlah laporan kepada pihak berkuasa. Jika anda membuat keputusan untuk membangunkan semula bangunan atau rumah pada tempat yang sama dapatkan nasihat pakar samada tempat yang anda hendak tinggal itu masih selamat untuk duduki atau tidak.

KOLEKSI FOTO



Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: