Program Daurah Kefahaman ISLAM dan Daurah Al-Quran

4hb Dis,2009 Gombak- Musim cuti sekolah kembali lagi. Pelbagai Agenda telah direncanakan oleh ibubapa untuk anak-anak. Ini termasuklah menghantar anak-anak menyertai berbagai kem yang dianjurkan oleh berbagai badan tertentu. Oleh itu pihak JAIS dan AJK masjid tidak ketinggalan untuk menganjurkan program untuk anak-anak remaja.

Pihak JAIS dan masjid telah menyusunkan program-program yang menarik untuk anak-anak remaja sempena cuti sekolah. Salah satunya adalah Program Daurah iaitu adalah program Kefahaman ISLAM dan Daurah Al-Quran. Pihak JAIS telah memilih sebanyak 10 buah masjid diseluruh selangor dan terdapat 2 buah masjid di kawasan gombak yang telah terpililh untuk mengadakan program ini. Masjid yang telah terpilih adalah Masjid Al-Rahimah yang telah bermula 30hb Nov-25hb Dis, 2009 bermula daripada 8:45 pagi-1:00 tghhari dan Masjid Khairiah, Sri Gombak yang akan bermula pada 7hb Dis,2009. Umur peserta 9-16thn. Bagi ibubapa/penjaga yang ingin mendaftarkan anak-anak untuk mengikuti program Daurah ini sila hubungi pihak Nazir Masjid berkenaan.

Menurut Nazir Masjid Tn Hj. Abd Rahman Bin Hj Satam alhamdulilah program ini mendapat sambutan yang sangat baik sekali oleh ibubapa/penjaga dan para pelajar. Kini hampir 110 orang pelajar telah menghadirkan diri dalam program berkenaan dan ramai ibubapa/penjaga merayu agar pihak masjid membuka ruang lagi bagi mengdaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti program  tersebut.

Pihak JAIS telah menyusunkan program dengan pengisian modul yang sangat baik dan barisan Facilitatornya adalah pelajar-pelajar IPT dan consultant  yang terdiri daripada USIM, IIUM dan Consultant  Akedemik Al-Najah. Menurut Ustaz  Nor Najhan Bin Md Salleh daripada Consultant Akedemik Al-Najah, facilitor yang dilantik adalah mereka yang banyak pengalaman yang telah mengikuti dalam semua program Kem. Dengan ada pengalaman tersebut mereka dapat membaca IQ dan mendekati  pelajar yang berbagai peringkat umur dengan mendidik mereka dalam berbagai aspek terutamanya dalam pengurusan masa, membaiki mutu solat, bacaan solat dll.


Menurut Nazir Masjid Ar-Rahimah Tn Hj. Abd Rahman  berkata tujuan mengadakan program Daurah ini adalah untuk mendedahkan para pelajar cara membuat hafazan yang betul, tasmik bacaan, menggalakkan para pelajar mencintai bacaan Al-Quran dengan mengadakan tilawah Al-Quran , Solat Dhua, Berzikir dan memberi ilmu-ilmu Fardhu Ain kepada para pelajar.  Selain daripada itu program ini juga untuk membentuk generasi yang proaktif dan berilmu dalam mengharungi berbagai cabaran yang mendatang. Para pelajar juga diberikan teori dan amali dalam setiap pengisian yang telah disusunkan agar para pelajar mendapat kefahaman yang sebetulnya, soal selidik, menguji IQ pelajar dll juga diberi untuk melihat setakat mana para pelajar faham dengan apa yang dipelajari. Selain daripada program penghayatan para pelajar juga diberi pengisian “Outdoor Games” ini adalah bertujuan agar mereka tidak merasa bosan dengan hanya pengisian hafazan sahaja tetapi sebaliknya ada pengisian yang boleh meningkatkan mutu rohani dan jasmani mereka kerana anak-anak jika diberi penekanan yang ketat mereka akan cepat boring, mood yang tidak menentu oleh itu pihak penganjur meminta kakitangan PKM DUN Gombak Setia dapat bekerjasama untuk mengisi modul riadah dll untuk meningkatkan minat para pelajar agar program tersebut membuat mereka benar-benar rasa gembira dengan mengikuti program ini dengan penuh keberkesanan dalam diri mereka.

Ikuti pengakuan para pelajar yang telah mengikuti program tersebut :

1) Adik Mohd Atif B. Salehuddin (12thn), Sek. Agama Integrasi Sg Chincin beliau menyatakan sangat gembira mengikuti program ini. Dengan ikuti program tersebut beliau didedahkan oleh ustaz dengan cara membuat hafazan yang betul, setiap pengisian diberi ruang untuk teori dan pratikal. Kalau boleh nak lagi ikuti program ini untuk meningkatkan semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Ibubapa  juga amat menggalakkan saya mengikuti program  ini dan terima kasih buat ummi, abi yang mengambil tindakan yang bijak untuk saya, dalam penghayatan ISLAM.

2) Adik Fathi Lokman (10thn) Sek. Tmn Selasih, beliau rasa gembira mengikuti program ini. Selalunya bila cuti sekolah saya jarang ikuti program2 yang berbentuk mendekati penghayatan ISLAM, tetapi kali ini ruang telah terbuka dan harap pihak penganjur, masjid dapat meneruskan program ini setiap tahun. Saya datang ke program ini bukan kerana terpaksa tetapi kehendak hati saya sendiri walaupun saya rasa masa saya telah dicuri yang dulunya banyak isi benda yang tak faedah tetapi cuti kali ini hati saya nak mengikuti program Daurah bila dilihat baner, risalah ditampal di masjid, surau lebih-lebih lagi pengisian tentatif program amat menarik perhatian saya. Jesteru itulah saya meminta ibubapa saya menghantar saya ke program ini. Bayaran yuran dikenakan juga berpatutan.

3) Adik Ammar B. Sallehuddin (14thn) Sek Gombak Setia berbaju melayu merah – Pada mulanya saya taknak pergi program ini kerana tidak berminat dengan program tersebut tetapi bila mak/ayah saya paksa juga dengan berat hati saya ikuti program ini. Hari ke 3, bila saya terus ikuti program ini ianya benar-benar memberi kesedaran pada saya bahawa ilmu yang saya ada masih belum mengcukupi untuk membaikikan diri saya dalam penghayatan solat, dan kehidupan yang lebih bermakna. Kini sudah 6 hari saya berada disini, alhamdulilah daripada hari ke hari hati saya sentiasa berkobar-kobar untuk mengikuti pengisian yang diberikan. Buat semua ibubapa dan kawan2 yang masih belum berkesempatan ke program Daurah disini, minta ibubapa hantar ke Daurah yang akan diadakan di Sri Gombak ada 7 hb ni seperti yang dimaklumkan oleh Ustaz, rebut peluang keemasan ini untuk kebaikan kita. Terima kasih buat mak ayah yang telah memaksa saya untuk hadir ke program yang amat bermakna. Harapan saya agar program yang berbentuk kepada fikrah ISLAM harus diteruskan agar dapat melahirkan generasi yang beriman, berakhlak mulia.

Harapan pihak Nazir apabila telah mendengar luahan rasa hati pelajar -pelajar beliau amat berharap agar pihak JAIS dapat memperbanyakkan program tidak hanya pada musim cuti sekolah sahaja tetapi boleh juga diadakan pada hujung minggu.  Menurut beliau program ini juga mendapat sokongan daripada semua pihak dan bagi melancarkan program ini pihak YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Hal Ehwal Agama & Adun Gombak, beliau akan hadir ke program ini bagi memantau program tersebut berjalan dengan lancar seperti yang telah dibincangkan bersama pihak JAIS. YB Dato’ juga telah menyusunkan berbagai program untuk mendidik anak-anak kearah fikrah ISLAM dan banyak lagi modul disediakan. Ahamdulilah saya bersyukur kepada ALLAH swt kerana usia mas saya diisi dengan sebaiknya dengan kerjasama semua pihak dan YB Dato’ Hasan Ali yang banyak memberi sokongan padu pada saya dan Qariah Masjid untuk mengimarahkan masjid. Selain daripada itu saya telah bercadang untuk membuat program Tahfiz Al-Quran dipeingkat sekolah akademik, insya-ALLAH saya akan usulkan program ini kepada pihak pengetua sekolah untuk memilih para pelajar yang minatnya terhadap penghayatan ISLAM dan akedemik mereka juga baik. Saranan program ini juga pernah diutarakan oleh YB Dato’ Hasan. Harap matlamat saya untuk melahirkan generasi Al-Quran ini akan tercapai juga, insya-ALLAH.

Semoga program Daurah ini  berjalan dengan baik malahan misi visi ini mencapai matlamatnya kepada para pelajar, insya-ALLAH.

KOLEKSI FOTO

Para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan berasingan jantina setiap modul dijalankan.

Ustaz Najhan memberi pengisian modul kepada para pelajar.

Mendisplinkan para pelajar dalam setiap perkara dengan pemerhatian yang diberikan oleh pihak Faci.

Untuk memantapkan pengurusan program berjalan lebih lancar perjumpaan Nazir Masjid dan Consultant wakil Jais diadakan di bilik mesyuarat Masjid Ar-Rahimah

Temubual wartawan PKM bersama peserta.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: