Aduan penduduk Jln Rosak dan mohon dibaiki

Gombak- Tinjauan oleh kakitangan PKM Dun Gombak Setia Mr. Kong Tuck Wah  pada 2hb Dis, 2009 mengenai aduan jalan rosak di kawasan seperti berikut :

Tmn Sri Gombak  :

1) 11A-15 Jln S ri Gombak 7/9 (Side Lane)

2) No. 53 Jln Sri Gombak 3/10

3) No. 48 Jln Sri Gombak  1/2

4) Depan Petronas Jln Makmur, Tmn Sri Gombak

Tmn Industri Bolton

1) 10-11 Jln Tmn Industri Bolton 1 (Side Lane)

2) 70-71 Jln Tmn Industri Bolton 3 (Side Lane)

Sehubungan dengan itu pihak beliau telah meminta bantuan dan kerjasama dari pihak MPS, JKR untuk membuat tindakan susulan dengan membaiki jalan tersebut secepat mungkin bagi memberi keselesaan rakyat yang melalui jalan tersebut. Dibimbangi jika pihak berkenaan mengambil tindakan sambil lewa akan berlaku perkara tidak diingi lebih-lebih lagi dalam keadaaan cuaca hujan yang tidak menentu.

Semoga  kerjasama yang diberikan oleh PKM DUN Gombak Setia dengan memberi laporan aduan tersebut dapat membantu penduduk dengan memberi keselesaan  kepada pengguna  jalan raya tersebut.

Katanya lagi tujuan tindakan segera perlu diambil  ini adalah bertujuan untuk menjaga imej M’sia sendiri jika dilihat oleh pelancong asing yang datang bercuti sudah pasti akan menjatuhkan imej m’sia. Adakah laungan yang diberikan oleh PM (Najib) iaitu 1 m’sia dengan utamakan rakyat tercapai jika pihak kerajaan tidak ambil tindakan sewajarnya dengan memberi keselesaan kepada rakyat. Jangan hanya meminta wakil rakyat sahaja perihatin kepada penduduk sekitar tetapi sewajarnya pihak PM juga harus memainkan peranan sebaiknya dengan utamakan rakyat.

Diharap  Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh semua pihak  aamtlah dihargai.

Editor :Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: