Erti Pengorbanan yang sebenar Wakil Rakyat yang sentiasa bersama Rakyat

Gombak- Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini 27hb Nov, 2009 , YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia turut tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban sebagai tanda kesyukuran dan mengingati sirah pengorbanan Nabi Ibarahim a.s bersama anaknya Ismail a.s dalam ketaatan beliau apabila ALLAH swt memerintahkan Nabi Ibarahim menyembelih anaknya yang berusia 7thn yang masih tidak mengetahui apa-apa tetapi apabila perintah tersebut datang daripada ALLAH swt maka anaknya redha dan meminta ayahnya mentaatinya.Inilah pengorbanan anak beranak yang harus kita contohi, bagaimana dengan kehidupan kita??, sanggupakah kita melakukannya apabila kita diminta berkorban untuk menyembelih anak kita yang belum sempat untuk kita memanjai mereka, tepuk dada tanya iman kita. Jika ini tidak dapat kita tunaikan bagaimanakah pengorbanan kita sekarang terhadap ibubapa, guru, majikan, negara, agama, masa dll untuk kita mentaati perintah ALLAH swt? Apakah pengorbanan yang kita lakukan sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini? Masa untuk keluarga, kerjaya, dan lain-lain?? Semoga kita dapat muhasabahkan diri.

Sempena Hari Raya Aidiladha kali ini Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah mengorban masa beliau sepenuhnya dengan memerah keringat membanting tulang untuk bersama ahli keluarga dan juga rakyat disekitar gombak untuk menunaikan tanggungjawab beliau sebagai Wakil Rakyat Gombak Setia. Pagi Raya beliau telah menjadi imam solat dan memberi khutbah di Masjid Al-Syarif simpang 3 sebagai pengisian dalam merenungi sirah Nabi Ibrahim a.s dan Ismail a.s ianya tanda kasih sayang ibubapa kepada anak sempena hari raya korban ini  dan mereka berkorban untuk kesejahteraan anak.

Selepas solat raya beliau telah menghadirkan diri 6 buah masjid dan 3 surau disekitar gombak untuk membuat tinjauan Majlis Qarban setiap tempat untuk bersama rakyat dalam melakukan ibadat korban.  Pada program itu terdapat banyak lembu yang telah disembelih dan diagihkan kepada rakyat yang dalam golongan fakir miskin, penduduk, dan qariah masjid. YB Dato’ tidak ketinggalan bersama rakyat untuk membantu  melakukan penyembelihan.

Dalam pada itu, YB Dato’, pengerusi masjid, surau mengalu-alukan penglibatan kanak-kanak dan remaja dalam membantu memotong dan mengedarkan daging korban tersebut. Katanya beliau tidak menganggap kehadiran golongan terbabit sebagai menggangu malah merasa bangga atas kesedaran dan kesanggupan mereka datang ke masjid, surau semata-mata untuk membantu dan belajar perkara yang mereka belum ketahui dalam bab penyembelihan. Perlu ada pendedahan kepada generasi muda ini kerana merekalah pelapis-pelapis kita apabila kita tiada lagi.

“Kita memang menggalakkan penglibatan golongan anak remaja dalam apa juga program yang dianjurkan oleh masjid/surau. Ini adalah sebagai sebahagian strategi kita untuk menarik golongan terbabit mendekati institut masjid katanya.

KOLEKSI FOTO Masjid Al-Syarif

Rakyat & pemimpin seiring bersama tiada kira pangkat & darjat. Kemesraan sentiasa ada pada setiap golongan. Kita dijadikan daripada segumpal darah yang hina oleh itu harus berbaik dengan setiap insan.

KOLEKSI FOTO Masjid As-Syakirin

KOLEKSI FOTO MASJID Ittafaqiah

KOLEKSI FOTO MASJID AR-RAHIMAH

Masjid Simpang 3

KOLEKSI FOTO Surau Hilaliyah


Koleksi Surau Ar-Rasyidin

KOLEKSI FOTO Surau Pangsapuri Mesra Bolton

Sayiditina Umar r.a pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya ” Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin membantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik??” sahabat2nya menjawab ” sudah tentu wahai Amirul Mukminin..” Sebaliknya Umar menjawab ” Belum..sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!”.. waallahhualam..

Editor : Khaulah Azwar

One Response

  1. Moga PAS terus menjadi pilihan rakyat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: