Majlis Ihtifal (Kecemerlangan Pelajar Sesi 2009) Sekolah Kafa Ibtidaiya

Majlis Ihtifal (Kecemerlangan Pelajar) Sekolah Kafa Ibtidaiya telah diadakan pada 22hb Nov, 2009 yang telah dirasmikan oleh En Mohd Radhi Yusof bagi menggantikan YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali yang  tidak dapat menghadirkan diri pada waktu tersebut kerana didapati beliau kena menghadirkan diri didalam program yang penting pada waktu yang sama.

Majlis tersebut jelas kelihatan kemeriahannya apabila kira-kira 300 orang hadir pada hari tersebut. Ibu Bapa dan penjaga hadir bersama sebagai tanda sokongan kepada para pelajar.

Untuk memeriahkan majlis ihtifal ini pihak penganjur telah mengadakan berbagai pertandingan iaitu Bacaan Al-Quran,Hafazan, Nasyid, bercerita sirah Nabi dan lain-lain.

Majlis tidak akan menjadi seri apabila segala bakat telah terserlah oleh para pelajar jika tidak diberikan hadiah sebagai satu dorongan utama. Penyampaian hadiah tersebut diberi kepada pemenang dan pelajar yang mendapat mumtaz dalam pelajaran dari tahun 1 -6. Akhir program semua pelajar ibubapa yang hadir telah diraikan dengan juadah bagi mengeratkan ukhwwah ibubapa bersama guru-guru.

Semoga generasi ini adalah pelapis yang mengcintai Al-Quran & Al-sunah dengan ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru untuk meneruskan kehidupan yang banyak ujian dan mehnahnya.

Bagi pihak YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan kakitangan PKM Dun Gombak Setia mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH & SYABAS kepada semua pelajar yang  memperolehi kemenagan dalam pertandingan dan cemerlang dalam pelajaran. Teruskan Usaha yang gigih agar matlamat tercapai.

Bagi pelajar yang tidak memperolehi kejayaan jangan putus asa teruskan usaha, perbaiki cara, waktu pelajaran yang sistemetik dengan galakan dan dorongan daripada ibubapa/penjaga.

“BELAJAR HARI INI UNTUK KEJAYAAN HARI ESOK”

Semoga pelajar-pelajar semua akan berjaya seperti mereka…

Editor : Khaulah azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: