YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bertemu Penduduk mengatasi setiap masalah

15hb Nov, 2009 Gombak – YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia telah turun padang untuk bertemu rakyat di Tmn Bukit Permata bagi  mendengar masalah yang dihadapi oleh penduduk iaitu :-

a)  Gangguan Lalat yang berpunca daripada aktiviti penanaman sayur-sayuran  ditapak tanah perkuburan cina.

b) Ketiadaan jalan masuk utama (menumpang jalan Fasa 9 Tmn.Sri Gombak),dewan orang ramai dan taman permainanan kanak-kanak.


Untuk mengatasi masalah yang telah timbul maka YB Dato’ telah memaklumkan kepada penduduk bahawa mengenai isu Gangguan Lalat beliau akan merujuk kepada pihak Jabatan Kesihatan MPS dan akan mengambil tindakan yang lebih efektif. Masalah Ketiadaan Jalan Masuk Utama Fasa 9 Tmn Sri Gombak pula beliau menyatakan bahawa sebagai langkah awal, beliau akan meminta pihak wakil Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia  untuk membuat semakan dengan pihak MPS keatas kelulusan pembangunan atau kebenaran merancang yang telah dikeluarkan kepada pihak pemaju samada perkara yang dibangkitkan wujud didalam pelan asal atau sebaliknya untuk tindakan selanjutnya.

Semoga pertemuan 2 mata antara YB Dato’ bersama penduduk – penduduk sedikit sebanyak dapat membantu mereka dan memberi keselesaan kembali kepada penduduk di kawasan berkenaan. Sesi perbincangan berjalan dengan lancar dan diakhir pertemuan Y.B Dato’ turut dijemput menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan  bagi meraikan bakal haji.

KOLEKSI FOTO


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Suara hati penduduk untuk dikemukan kepada YB Dato’ Hasan untuk diambil tindakan segera.

 


 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jemputan penduduk kepada YB Dato’ untuk meraikan kenduri Bakal  Jemaah Haji.

“Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya” Hadis riwayat al-Bukhari



Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: