Suara Hati Ibu tunggal di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Pokok tidak ditebas

 

18hb Nov, 2009- Gombak rintihan hati seorang ibu tunggal mengenai kediaman beliau di GI/2A Kg Sri Gombak Indah telah menghadapi masalah kerana sudah banyak kali beliau menyuarakan masalah tersebut ke pihak MPS & pihak TMB yang tidak mengambil tindakan secepat mungkin dan secara efektif.

Ibu tunggal tersebut adalah Pn Khadijah Shaari berusia 53 thn yang mempunyai 6orang anak kesemua masih belajar lagi dan beliau hanya bekerja 3x seminggu sebagai seorang pencuci pejabat. Pendapatan  beliau terima adalah sebanyak RM500 sebulan dan penerimaan wang zakat sebanyak RM250. Suami beliau telah meninggal dunia 10thn yang lalu kerana sakit kencing manis. Kini beliau yang bekerja keras untuk membayai persekolahan anak-anak dan meneruskan kehidupan beliau.

Masalah yang sering merungsingkan beliau adalah mengenai Pokok yang begitu besar tidak ditebas kerana setiap kali hujan apabila petir berlaku pokok-pokok tersebut sering terjatuh dibumbung kediaman beliau dan berlaku kerosakan. Selain daripada itu akibat pokok tersebut tidak ditebas maka telah menyebabkan wire/cable Elektrik tersebut sering tersangkut  dan ini amat membimbangkan keselamatan ahli keluarga mereka apabila sembahan petir berlaku. Setelah acapkali disuarakan kepada pihak MPS & TNB yang tidak mengambil tindakan segera  dan efektif maka beliau telah menyuarakan kerungsingan itu kepada pihak Pusat Khidmat DUN Gombak Setia dan Yb Dato’ Hasan telahpun membuat ziarah kerumah beliau semasa penyampaian sumbangan Hari Raya Aildilfitri. Menurut beliau dan pengerusi JKP Zon 8 iaitu En Harun  Bin Mat Hajar beliau telah suarakan masalah ini kepada Ahli Majlis MPS  Zon 8 iaitu En Zuhadi untuk diusulkan kepada pihak MPS tetapi tindakan masih juga tidak diambil, sekiranya pihak MPS/ TMB datang mereka hanya melihat sahaja tanpa membuat tindakan apa-apa. Itulah amat mendukacitakan tuan rumah dan En Harun juga.

Tindakan yang telah diambil oleh YB Dato’ selepas mendengar masalah ini bahawa beliau akan membawa usul tersebut ke MPS untuk tindakan segera, sekiranya tiada apa-apa tindakan juga maka beliau akan cuba membantu memberi sumbangan kewangan agar  tn. rumah dapat mengupah pihak tertentu membuat cantasan pokok tersebut.  Menurut En. Harun sudah 3x mereka membuat aduan di MPS & TMB tetapi akhirnya beliau sendiri mengambil tindakan segera dengan mengusul masalah ini kepada Pej. Adun Gombak Setia. Beliau telah memberi maklumat no rujukan daripada pihak TMB iaitu U763VH tarikah laporan aduan adalah 7/11/2009, 12/11/2009 dan akhir  bulan Oktober, 2009.

Semoga tindakan beliau dengan mengusulkan masalah ini kepada YB Dato’ dapat diatasi dengan segera agar tidak berlaku kecelakaan kepada penduduk dikawasan rumah tersebut. Harapan Pn Khadijah & En Harun semoga pihak MPS & TMB dapat memainkan peranan sebaik mungkin dan melakukan kerja lebih efektif. Kepada Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan semua kakitangan Pusat Khidmat yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab di pusat Khidmat dengan memberi layanan yang baik kepada masyarakat diucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan mereka terhadap semua penduduk.

KOLEKSI FOTO










Temuramah wartawan Pusat Khidmat merangkap S/U Ahli Majlis JKP Zon 11 membuat liputan.















Pn Khadijah menunjukkan kerosakan rumah beliau yang telah dihimpap pokok, siapakah yang akan mengganti rugi kerosakan tersebut???











 


“Cable” Elektrik yang bersangkut paut dengan pokok amat membimbangkan diri beliau dan ahli keluarga jika berlaku hujan lebat dan sembahan petir sudah pasti akan berlaku kebakaran.












Pokok yang telah tumbang di perkarangan rumah beliau, amat membahayakan keselamatan anak-anak dan penduduk persekitaran.











 

Wartawan Pusat Khidmat Membuat temubual Pengerusi JKP Zon 8  En. Harun Bin Mat Hajar.











Inilah pokok raksasa yang menjadi kebimbangan tn rumah dan penduduk. Pokok tersebut bukan milik beliau tetapi memang sekian lama wujud semenjak beliau pindah ke kawasan ini.


Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: