Lawatan Ziarah Warga Emas di Desa Temenggong Pinggiran Bt. Caves

15hb November, 2009 – Gombak,  YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah membuat lawatan  penduduk di Desa Temenggong Pinggiran Bt. Caves.


Lawatan ziarah tersebut diadakan di rumah kediaman Pn. Lawayah Binti Hj. Ismail berusia 82thn. Beliau tinggal bersama anaknya Pn. Rosmi Abdullah berusia 49thn. Menurut anaknya, Ibu beliau  menghadapi sakit tua selama 9thn. Semoga lawatan YB Dato’ kepada Pn. Lawayah akan merapatkan ukhwwah antara penduduk dan seorang pimpinan.

Sedikit santapan rohani untuk dikongsi bersama dalam Adab Memasuki Rumah dan  menziarahi orang sakit iaitu :-

a)Lakukan ziarah ikhlas kerana ALLAH swt untuk menjalinkan silaturahim;

b) Ucaplah salam sebelum memasuki rumah. Jika sudah 3x memberi salam, tetapi tiada jawapan, maka hendaklah kita beredar berdasarkan anjuran Rasuallah s.a.w.;

c) Jika kita menziarahi rumah seseorang, masuklah hanya setelah diberi keizinan;

d) Jika kita menziarahi seseorang maka dahulukanlah dengan berjabat tangan;

e) Perkenalkan teman kita kepada tn. rumah;

f) Masuk dengan kaki kanan;

g) Tundukkanlah pandangan jika kita berada dirumah orang lain;

h) Jangan melakukan perkara yang tidak disenangi tuan rumah seperti mengintai-intai, menyelongkar atau sebagainya;

i) Jauhilah melakukan perkara yang haram seperti berjabat tangan dengan orang yang bukan mahram, mengumpat dan sebagainya;

j) Berbual-buallah dengan tuan rumah tentang topik-topik yang sesuai tanpa menyentuh isu yang tidak disenanginya;

k) Jangan duduk terlalu lama sehingga menyusahkan tuan rumah. Tempoh bertamu dalam ISLAM ialah 3 hari; Selepas itu tetamu hendaklah berusaha mencari tempat tinggal yang lain.


Semoga sedikit perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama untuk kita amalkan seperti mana yang ISLAM  gariskan dan hendaklah disampaikan kepada saudara seislam yang masih tidak mengetahuinya. Pesan Nabi Muhammad saw ” sampaikan pesananku walaupun 1 ayat”.. waallahhualam.




Editor : Khaulah Azwar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: