Lawatan kematian bangsa India oleh YB Dato’ Hasan di Desa Temenggong Pinggiran Bt Caves

15hb Nov, 2009 – Dalam kesibukan YB Dato’ membuat lawatan ziarah dibeberapa tempat beliau telah menerima maklumat mengenai kematian seorang penduduk berbangsa India di Desa Temenggong Pinggiran Batu Caves.

Setelah menjalankan tugasannya dengan menziarahi warga emas dan memenuhi undangan perkahwinan dibeberapa kawasan dengan tidak membuang masa beliau bersama Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia  terus membuat lawatan ziarah kematian di kawasan tersebut.

Bagi beliau sebagai pimpinan harus menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat tidak kira waktu, bangsa dan agama kerana ini adalah amanah yang telah diberikan. Semoga kedatangan Yb Dato’ mengunjungi keluarga tersebut akan memberi kekuatan pada ahli keluarga  dalam hadapi musibah dengan kehilangan ahli keluarga mereka.

Marilah kita sama-sama semak kembali dalam diri kita untuk menjadi seorang pemimpin iaitu di dalam Agama  ISLAM ALLAH swt telah memberi garis panduan pada kita dengan begitu cantik sekali  iaitu Sebagai pimpinan harus mempunyai ciri-ciri pimpinan yang baik dan diantaranya adalah Amanah, Fikiran cergas, Bijaksana, Memperluas pengalaman dan pengetahuan, Cepat memahami masalah dan menangani masalah tersebut dengan baik, tidak pelupa, tidak buntu fikiran waktu marah dan gawat, sentiasa kelihatan tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, seorang yang ramah dengan sesiapa sahaja, sedia menghulurkan bantuan dan pengasih. Semoga sifat-sifat tersebut ada pada diri kita juga bukan kepada pimpinan sahaja. Dengan garis panduan yang diberikan harapan penulis agar kita sama-sama dapat perbaikikan diri, akhlak, dan sentiasa perbetulkan niat  apa juga kita lakukan semua kerana ALLAH swt dan adalah 1 ibadah. waallahhualam.


 


 

Editor : Khaulah Azwar

 

 

 

 

 

 

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: