Majlis perkahwinan di Batu 8.

DSCN0665 “Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan saling menasihati untuk  kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran {Surah Al-Asry}.

Begitulah kehidupan seorang YB walaupun rutin kehidupan sentiasa dipenuhi dengan menjalankan tanggungjawabnya dalam Exco Negeri Selangor dan Adun Gombak Setia namun pun begitu beliau tidak akan menghampakan permintaan daripada masyarakat untuk Memenuhi undangan didalam majlis perkahwinan atau apa juga majlis dan aktiviti yang diadakan. Kalau tidak diuruskan masa dengan sebaiknya sebagai khalifah sudah pasti kita akan menjadi manusia yang sentiasa di dalam kerugian dan hidup seperti tiada arah tujuan seperti mana ALLAH swt turunkan surah al-asry dimana adalah peringatan ALLAH swt pada kita. Begitu indah susunan ALLAH swt dengan menurunkan kitab iaitu Al-Quran  untuk kita rujuk agar tidak sesat selamanya.  Jika kita tidak temui apa tujuan ALLAH swt ciptakan kita maka hendaklah kita kembali kepada fitrahnya, Apa tujuan kita hidup dimuka bumi ini, melainkan sebagai khalifah dengan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya..  Maka sebagai orang mukmin dan beriman  apabila kita bangun daripada tidur sehingga tiba pada waktu malamnya untuk kita berihat (tidur) semuanya dianggap 1 ibadah dan dicatitkan amalan kita samada baik/buruk dan perlu ada muhasabah diri sebelum kita tidur dengan persoalan Apakah yang telah aku lakukan hari ini?? Baik/ buruk, pahala, dosa yang aku dapat…dan perlu setkan minda kita pada esok hari apakah pekerjaan yang hendak aku lakukan..(Mind Set) Maka perlu ada perancangan dalam kehidupan agar rutin kehidupan kita dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dan dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Semoga perancangan gerak kerja yang hendak dilakukan dapat dilakukan dengan terbaik.

DSCN0669

Begitulah rutin hidup Yb Dato’  setiap hari dipenuhi dengan dengan kerjaya dan dihujung minggunya pula jika tidak ada tugasan yang lebih penting dan aktiviti DUN Gombak Setia beliau akan penuhi masa dengan menghadirkan diri didalam semua undangan majlis perkahwinan atau sebarang aktiviti untuk majlis perasmian / majlis penutup.

Pada 7hb November, 2009 beliau telah  dijemput oleh seorang penduduk  di  Batu 8, Gombak dalam majlis perkahwinan.Turut bersama beliau adalah isterinya.  Semoga dengan kunjungan YB akan dapat mengeratkan siraturrahim antara seorang pemimpin dan masyarakat. Semoga sedikit suntikan tazkirah akan dapat dimanfaatkan kepada kita semua utk peribaikikan diri kearah yang lebih baik, insya-ALLAH..

KOLEKSI FOTO

DSCN0662DSCN0666

DSCN0663DSCN0664

DSCN0667DSCN0670

DSCN0678DSCN0680

Editor : Khaulah Azwar

2 Responses

  1. Assalamualaikum,

    Saya harap datuk bersabar menghadapi dugaan yang maha hebat ini. Saya harap Allah akan memberi keadilan yang seadil-adilnya. Saya juga berharap datuk akan menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Saya telah banyak mendengar berbagai-bagai cerita yang tidak baik mengenai
    khidmat datuk dan tindak tanduk datuk dalam parti. Walaupun asalnya saya percaya tetapi akhirnya saya dapat lihat beberapa tomahan itu adalah fitnah semata-mata. Saya juga berdoa semoga Allah akan mengembalikan semula keadaan yang tenang seperti sebelumnya dalam jiwa dan parti kita. Saya juga berharap apa yang ditohmahkan terhadap diri datuk kepada masyrakat dan parti adalah fitnah dari golongan orang yang dengki dan khianat.

    Bagaimanapun jika keputusan Jawatankuasa disiplin tidak menyebelahi datuk, Datuk terimalah dengan redha. Tetapi sebagaimana kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam wawancaranya dalam siasah keluaran bil 0174, Melepaskan orang yang bersalah adalah lebih baik daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Insyaallah satu keadilan akan wujud dalam siasatan JKD parti. Kepada orang yang membocorkan rahsia parti kamu tidak akan terlepas. Allah akan membalas atas setiap perbuatan khianat kamu. Perbuatan kamu adalah antara dosa besar dan perbuatan yang menjijik dan memualkan.

  2. Salam YB ,Mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi YB dari fitnah yang melata dan menjurus pada PAS dan juga YB .Semoga Allah memberi kekuatan hikmah dan fizikal agar YB dapat meneeruskan perjuangan Islam ini denga tabah .
    Kami sentisa menyokong tindakan YB dan yakin YB sentiasa di pihak yang benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: