Mesyuarat Pengerusi-pengerusi & Setiausaha Surau Dun Gombak Setia

05112009140905hb November, 2009 -Mesyuarat Pengerusi & Setiausaha Surau Dun Gombak Setia telah diadakan di Pejabat  Pusat Khidmat Masyarakat DUN  Gombak Setia yang telah dipengerusikan oleh En Radhi Yusof bagi menggantikan Yb Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed Ali yang tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut kerana beliau menghadiri mesyuarat penting.

Turut menghadirkan diri dalam mensyuarat ini adalah pengerusi – pengerusi, setiausaha Masjid seramai 28 orang. Tujuan utama mengadakan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan mengenai :-

i) Prasarana dan kemudahan yang lengkap – Dewan solat muslimin & muslimat yang lengkap, tempat wudhu & tandas, Sistem Audio visual, dan lain- lain keperluan;

ii) Kecerian dan kebersihan surau – Warna cat, hiasan dalaman (Al-Quran, Rak Al-Quran, papan kenyataan, panduan waktu solat dan lain-lain;

iii)  Mengadakan sistem pengajian yang teratur, lengkap dan meliputi segenap aspek – Kuliah Magrib mengikut silibus (Berkitab), Kuliah Subuh Dhua, Kelas, Al-Quran dan lain-lain kelas pengajian ISLAM; dan

iv) Mengadakan  program-program hari kebesaran ISLAM – Ma’al Hijrah, Maulidul Rasul, Israk Mikraj dan lain-lain.

051120091410

Dan berbagai perkara berbagkit dan cadangan telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Semoga usaha yang murni ini diberkati ALLAH swt bagi mengimarahkan Masjid & Surau, insya-ALLAH.

Editor : Khaulah Azwar

3 Responses

  1. Dato’…semalam 07.11.2009 sebelah petang hujan agak lebat di Taman Greenwood dan kawasan sekitarnya…hanya dalam tempoh satu jam banjir kilat mula kelihatan berlaku walaupun sebelum ini kami sedia maklum longkang baru telah siap dibina…

    Harap Dato’ dapat memantau semula kenapa walaupun longkang baru sudah siap dibina tetapi banjir kilat tetap juga berlaku di Taman Greenwood dan kawasan sekitarnya…

    Moga Dato’ sebagai ‘wakil rakyat’ di kawasan ini dapat menyelesaikan masalah banjir tersebut dengan sebaik mungkin…wassalam..

  2. Salam. merujuk kepada email penduduk taman greenwood, saya juga bersetuju dgn saranan beliau.mohon pihak Dato’ membantu memantau status penaiktarafan saliran tersebut.

    Adakah penaiktarafan tersebut dapat membantu kerana rumah saya di jalan 1 juga mengalami banjir kilat tersebut (keadaan longkang di jalan 1 juga amat mendukacitakan kerana mendapan tanah yang turut mengalir menjadikan ianya cetek)

    Mohon perkara ini dapat diberikan perhatian bersama oleh pihak Dato’.

    wassalam..

  3. Assalamualaikum,

    Yang dikasihi Dato’.
    Saya adalah nazir masjid Ar-Rahman, Pendamaran Jaya. Pelabuhan Klang.
    Saya ingin mencadangkan tentang pengambilan pelajar-pelajar kesekolah menengah ugama untuk tahun 2010. Jika belum terlambat, Dato’ boleh memberi arahan supaya semua pelajar yang ingin memasuki sekolah menengah ugama mendaftarkan nama dimasjid-masjid seluruh Selangor. Mereka mendaftar melalui masjid-masjid dengan pengesahan nazir. Nazir-nazir akan menghantar nama-nama calun ke PAID masing-masing.
    Perkara-perkara lain yang bersangkutan, Dato’lah yang lebih arif.

    Ikhlas dari saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: