Mesyuarat Ketua – Ketua Jabatan Teknikal Daerah Gombak bersama EXCO/ADUN Gombak Setia

DSCN0649

02hb November, 2009 –  Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Teknikal Daerah Gombak Bersama Exco / Adun Gombak Setia  telah  diadakan di Pejabat Majlis Perbandaran Selayang yang telah  dipengerusikan oleh En Johari, Pengarah Jabatan Perancang, MPS bagi menggantikan Yb Dato’ Dr. Hasan Bin Mohamed  Ali yang tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut kerana beliau menghadiri mesyuarat penting bersama MB Selangor di Bangunan SUK .

Turut   menghadirkan diri dalam mensyuarat ini adalah  wakil kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, Tn. Pegawai Daerah Gombak, wakil Agensi Kerajaan, wakil daripada Jabatan Kemajuan MPS, Ahli Majlis MPS yang terlibat  di kawasan berkenaan. Tujuan utama mengadakan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan mengenai  beberapa kawasan yang terlibat, yang masih tiada CF  iaitu Sekolah Al-Amin Gombak, Sri Gombak Town Villa, Tmn Desa Gemilang, Kg. Sg. Pusu, Tmn Bukit Permata, Sri Gombak, Flat Pinggiran Bt. Caves Fasa 2, Penempatan dan pampasan Peneroka Bandar Kg Banjar. Masalah  yang timbul tidak dapat diatasi dengan baik kerana ada  pihak pemaju yang tidak hadir dan tidak memberi kerjasama bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

 

DSCN0646

Pihak MPS, akan mengambil tindakan yang lebih efektif di dalam mesyuarat OSC yang akan diadakan dalam waktu terdekat bagi mengatasi masalah ini. Mengenai peneroka bandar Kg. Banjar pihak MPS akan menyediakan laporan yang akan dipanjangkan ke MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor) untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: