PESTA TANGLUNG KELAB PENYOKONG PAS DUN GOMBAK SETIA

DSCI0043

Pusat Khidmat Masyarakat  DUN Gombak Setia dengan kerjasama  Kelab Penyokong PAS dan Peniaga Pasar Moden Sri Gombak telah mengadakan Pesta Tanglung atau dikenali sebagai  “Moon Cake Festival”.

Majlis Perasmian Pesta Tanglung yang terdiri daripada Ahli Kelab Penyokong PAS telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali dengan begitu meriah sekali. Majlis ini telah diadakan pada 16hb Oktober, 2009 di Pasar Moden Fasa 3 Sri Gombak pada 8:00 mlm dengan kehadiran berbagai bangsa dan agama.

Majlis ini telah diwarnai dengan berbagai warna – warni lampu Tanglung yang dibawa oleh berbagai peringkat umur samaada tua dan muda. Kelihatan Pesta Tanglung ini kelihatan meriah apabila majlis ini dihadiri oleh YB Dato’ Hasan bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Kakitangan Ahli Majlis MPS/JKP Zon11, peniaga -peniaga pasar moden sri gombak dan persatuan Ibu tunggal. Semoga Pesta Tanglung ini akan dapat diraikan setiap tahun kerana dengan adanya Pesta tanglung ini akan memberi peluang dan ruang kepada semua bangsa dan agama di M’sia ini dapat mempelajari adat istiadat bangsa lain juga.

Ahli jawatankuasa Pesta Tanglung dilihat sangat bekerja keras dan memberi komitmen pada taDSCI0010hap maksimum demi kelancaran program. Pada pihak  Pusat Khidmat DUN Gombak Setia sangat memuji atas kerjasama yang ditonjolkan antara ahli jawatankuasa itu sendiri dan mengharapkan sifat sebegini diteruskan dalam apa jua bidang yang diceburi melalui teamwork.

DSCI0043

Tanglung yang berbentuk bulat mewakili setiap ahli dalam Pesta Tanglung ini menyerupai ahli sekeluarga, bersatu padu, menjayakan lagi Pesta Tanglung ini, dengan inilah semua kaum dapat bergaul bersama dengan penuh keharmonian tanpa mengira kaum atau agama.

KOLEKSI FOTO PESTA TANGLUNG (MOON CAKE FESTIVAL)


DSCI0008 DSCI0015

DSCI0021 DSCI0017

DSCI0023 DSCI0019

DSCI0037 DSCI0030


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: