Sumbangan Sempena Sambutan Hari Deepavali

PA15070515hb Oktober, 2009 – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia dengan kerjasama Ahli Majlis MPS / JKP Zon 11 telah memberi sumbangan kepada kaum India untuk mereka membuat persiapan sempena Hari Deepavali tidak lama lagi. Program sumbangan tersebut telah diadakan di Dewan Flat Tmn Samudera, Bt Caves.

Sumbangan  tersebut telah disalurkan kepada Fakir Miskin, OKU, Ibu Tunggal di peringkat Dun Gombak Setia, Tmn Sri Bt. Caves, Flat Tmn Samudera dimana bilangan yang layak menerima sumbangan tersebut adalah seramai 70 orang.

Semoga dengan sumbangan pemberian barangan dapur dan kewangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang tidak berupaya untuk bersama-sama meraikan Hari Deepavali. Sehubungan dengan itu Y.B Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali, Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia , Ahli Majlis MPS (Ustazah Khatifah Zamani Binti Sulong) serta AJK JKP Zon 11 mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua Kaum India diseluruh Malaysia dengan ucapan “HAPPY DEEPAVALI” dan berhati-hati memandu semoga selamat perjalanan untuk bertemu kaum keluarga di Kampung.


KOLEKSI FOTO SUMBAGAN SAMBUTAN  HARI DEEPAVALI

PA150689 PA150690

Ucapan Aluan daripada Ahli Majlis MPS/JKP Zon 11 (Ustazah Khatifah Zamani Binti Sulong) kepada YB Dato’ dan semua Kaum India Di Dewan Flat Samudera, Batu Caves.


PA150694 PA150696

Ucapan daripada YB Dato’ Hasan kepada kaum India sempena Sambutan Hari Deepavali

PA150705 PA150701

Penyampaian Sumbangan oleh YB Dato’ Hasan kepada Fakir Miskin, OKU, Ibu tunggal.


PA150707 PA150699

Sumbangan barangan Dapur dan wang untuk membuat persiapan sempena  Hari Deepavali.



Editor : Khaulah Azwar



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: