LABAIKALLAH, Masjid Ar-Rahimah

PA150715

15hb Oktober, 2009 masjid Ar-Rahimah, Greenwood telah mengadakan program 3 in 1 iaitu bagi meraikan Jemaah bakal Haji, perlantikan AJK Masjid sesi 2009-2012 dan peyampaian watikah kepada AJK Masjid yang lama diatas perkhidmatan mereka didalam Masjid.

Jesteru itu YB Dato’ Hasan yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu , Insfrastruktur & Kemudahan Awam  dan Adun Gombak Setia  beliau merasakan adalah satu tanggungjawab yang berat dan besar bagi beliau untuk memastikan segala Hal Ehwal Agama di Masjid/surau program berjalan dengan baik.


Didalam  majlis ini Beliau diminta merasmikan Majlis tersebut dan  memberi sedikit suntikan semangat kepada Bakal Haji dan  bagi AJK-AJK Masjid baru yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab diamanah diberikan oleh Penduduk.

YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali rasa amat bersyukur kerana sepanjang beliau memangku jawatan dalam Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu dan Adun kini pihak-pihak JAIZ, MAIZ dan semua pihak Masjid dan surau telah banyak memberi kerjasama dan memainkan peranan yang baik dimana apabila dilihat dalam bulan Ramadhan tahun ini rumah-rumah ALLAH telah diimarahkan dengan majlis ilmu sehingga akhirnya bulan Ramadhan. Besar harapan semoga ibadat tersebut akan berkekalan tidak hanya bulan Ramdhan sahaja. Semoga dengan perlantikan AJK baru ini pihak Nazir dan AJK masjid dapat menghidupkan masjid dengan berbagai program dan insya-ALLAH pihak Pusat Khidmat Masyarkat Dun Gomak Setia akan memberi kerjasama untuk meraikan program – program yang telah disusun dengan baik.

PA150733

Sehubungan itu  YB Dato’ Hasan serta semua sahabat-sahabat seperjuangan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia juga telah menyusun program anak-anak sempena cuti sekolah akan datang dengan mengadakan Program Daurah dimana program tersebut banyak mendekatkan anak-anak mencintai masjid, mengenali ALLAH, tasmik bacaaan Al-Quran, Talaqi, akidah dan lain-lain. Insya-ALLAH semoga apa yang dirancangkan akan dimudahkan oleh ALLAH swt hendaknya dengan kerjasama semua pihak samada Ibubapa/Guru-guru, semua AJK Masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor.

Alhamdulilah  Masjid Ar-Rahimah  telah  mengadakan Kursus Haji tahun ini dan bakal yang akan menunaikan Haji adalah  seramai 82 orang.  Semoga semuga jemaah Haji akan mendapat menunaikan Ibadat Haji dengan sempurna serta mendapat Haji Mabrur, doa kami semoga semua jemaah Haji  selamat pergi dan balik, insya-ALLAH.

KOLEKSI PENYAMPAIAN WATIKAH AJK SESI 2006-2009, BAKAL HAJI dan AJK MASJID BARU SESI 2009-2012

PA150735 PA150736

PA150739 PA150753

PA150745

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: