JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN GOMBAK SETIA

DSC_407410hb Oktober, 2009 – Pusat Khidmat DUN Gombak Setia dengan kerjasama DMP  Kawasan Gombak telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Rakyat tidak kira bangsa dan agama bagi meraikan semua rakyat samada tua dan muda.

Majlis ini yang telah bermula daripada 11 :00 pagi sehingga 4:00 ptg telah mendapat sambutan dan sokongan sepenuhnya oleh semua rakyat yang amat baik sekali dengan kehadiran yang telah mencapai tahap yang tidak didugai kerana inilah julung kalinya Pusat Khidmat di Negeri Selangor inilah (GOMBAK) salah satunya telah diadakan majlis yang amat meriah dan didatangi oleh berbagai kaum  dengan kehadiran terlalu ramai. Disamping itu juga berbagai Badan NGO, VIP, Nisa’ Gombak, Ahli Majlis MPS dan  berbagai pertubuhan  turut bersama menghadirkan diri bagi menjayakan  Jamua Hari Raya Aidilfitri.

YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah memaklumkan kepada semua warga penduduk Gombak Setia bahawa Pusat Khidmat DUN Gombak Setia telah berpindah dan beroperasi disini hampir 3 bulan dan sangat dialukan kepada semua warga Gombak untuk menggunakan Pusat Khidmat ini dengan sebaiknya jika ingin meminta bantuan dan lain-lain urusan boleh berhubung terus dengan Pusat Khidmat. Insya-ALLAH segala masaalah akan diatasi dengan sebaiknya dengan kerjasam semua pihak.

YB Dato’ bersama kakitangan Pusat Khidmat dan DMP Kaw. Gombak mengucap jutaan ribuan terima kasih kepada semua rakyat atas sokongan diberi, semua Cawangan-cawangan, DUN, dan Parlimen Gombak, serta semua kakitangan Syabas, Alam Flora, TNB  dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana  bertungkus lumus memberikan sumbangan tenaga, fikiran dan lain-lain. Semoga majlis ini mendapat keberkatan oleh ALLAH swt seperti yang dikehendaki dan semoga tahun hadapan majlis ini akan diraikan lagi untuk bersama rakyat, insya-ALLAH.

KOLEKSI FOTO AIDILFITRI PUSAT KHIDMAT  DUN GOMBAK SETIA DENGAN  KERJASAMA DMP  KAWASAN GOMBAK

prepare IMG0783A

Kakitangan Pusat Khidmat merupakan Hardcore yang bertungkus lumus memerahkan tenaga dan fikiran bagi membuat persiapan tempat dan lain-lain pengurusan.

DSC_0009

DSC_0002

Sumbangan Duit Raya kepada si comel dan tersenyum riang 3 kakitangan Pusat Khidmat apabila melihat majlis berjalan dengan baik sekali. alhamdulilah…

IMG0846A IMG0858A

Pemuda PAS Kaw. Gombak dan Nisa’ Gombak yang turut bersama memberi sumbangan tenaga sebagai AJK Makanan.

IMG0859A IMG0865A

Hai.. kusyuknya dia membuat air cendol.. sambil mendengar DJ program yang sangat mengalukan kedatangan semua rakyat..

IMG0880A DSC_0023

Mesra Rakyat yg tua dihormati yang muda dikasihi, itulah sifat yang ada kepada Yb Dato’.

DSC_0013 DSC_0017
Walaupun sibuk menjadi jurufoto dan multimedia sempat lagi Rakyat membuat aduan kepada kakitangan Pusat Khidmat  (Che Sue) dan salam dihulur buat YB Dato’..

DSC_0032 DSC_0034

Tidak kira bangsa dan agama kemesraan tetap diberi kepada semua rakyat. Dan yang tidak upaya akan dipapah untuk menuju meja makan.

DSC_0049 DSC_0055
Melayani kerenah anak-anak amat disukai oleh YB Dato’..

DSC_0005 DSC_0076

Duit Raya diberi kepada semua anak-anak untuk menghiburkan hati si kecil dan si comel.

DSC_3994 DSC_4113

Kehadiran rakyat tidak kira bangsa dan agama muda / tua turut  memberi sokongan kepada pimpinan yang dibawa oleh YB Dato’ dalam menjalankan tanggungjawabnya  sebagai  Exco/Adun Gombak Setia walaupun sering diuji dalam menjalankan tangungjawabya sebgai pimpinan.

DSC_0120 DSC_4146

Kemesraan YB Dato’ bersama Isteri yang dikasihi yang sentiasa menjadi tulang belakang perjuangan. Turut bersama menyokong perjuangan YB Dato’ saf pimpinan DMP, DMPP, Unit Amal, Nisa’  Kaw Gombak.

DSC_4143 DSC_4121

Kenangan YB Dato’ bersama YB Saudara Azmin Ali, YB  Saudara Shaari Sungip dan beberapa orang AJK Kaw Gombak.

IMG0870A IMG0875A

Kehadiran rakyat yang tidak putus – putus hadir ke Majlis Hari Raya Aidilfitri.

IMG0841A IMG0851A

Kakitangan Multimedia, Web Blog Master DUN Gombak Setia yang bertungkus lumus memastikan segala gerak kerja multimedia berjalan dengan baik. TAHNIAH DAN SYABAS…

IMG0884A IMG0861A

TERIMA KASIH BUAT SEMUA KAKITANGAN ALAM FLORA, SYABAS, TNB dan semua PAS Caw, DUN, Kaw, Unit Amal, Nisa’ Gombak, Ahli Majlis MPS JKP Zon 11 dan lain-lain yang terlibat secara langsung/ tidak bagi menjayakan program ini.. Ya-ALLAH Barakatilah..

Editor: Khaulah Azwar





One Response

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: