“Generasi Ahlul-Masjid Yang Membangunkan Masyarakat” Tazkirah Fasa ke 3 Ramadhan Madrasah Hilaliah Gombak

P9130414

Pusat Khdimat DUN Gombak Setia – 14hb September, 2009 -YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali telah menyampaikan Tazkirah Fasa 3 dimana kita sebagai umat ISLAM telah berjaya menunaikan ibadat puasa yang saat-saat genting untuk kita meninggalkan Ramadhan. Bagi orang yang beriman pasti akan merasa kesedihan kerana akan berpisah dengan Bulan yang penuh keberkatan dan belum tentu kita akan bertemu pada tahun hadapan.

Alhamdulilah kali ini YB Dato’ sampaikan tajuk Tazkirah mengenai “Generasi Ahlul-Masjid Yang Membangunkan Masyarakat”. Semoga sedikit ILMU yang diberi dapatlah kita sama-sama kongsi bersama untuk disebarkan kepada semua sahabat-sahabat yang tidak hadir didalam solat terawih & tazkirah Fasa ke 3.

Penulis  tertarik sangat dengan saranan YB Dato’ yang meminta ahli jawatankuasa masjid dan surau mencari jalan untuk menarik golongan muda supaya terus mengimarahkan masjid selepas bulan Ramadan.

Bukan apa,  cuba kita lihat dan perhatikan anak-anak remaja khususnya jangan pandang terlalu jauh yang terhampir adalah anak-anak kita, adik-beradik  sendiri dan diri sendiri. Kebiasanya memang ramai  solat sembahyang tarawikh dalam bulan ramadan. Tapi jumlahnya amat berkurangan sangat selepas bulan ramadan. Mana agaknya  anak-anak remaja ini pergi?? Rasanya kerajaan Negeri dan pihak YB  Dato’ sebagai Exco Kerajaan Negeri sudah buat macam-macam program pada remaja ni. Contohnya program Rakan Muda Masjid, yang antara lain tujuannya untuk mendekatkan dan menarik golongan remaja ke masjid. Program Smart Solat.. Erm.. penulis rasa boleh dikatakan 2 bulan sekali pihak YB Dato’ Hasan dan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia telah menjalankan tanggungjawab dengan membantu membuat pelbagai program remaja agar mereka tidak terleka hal keduniaan semata-mata dengan melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Cuba kita muhasabahkan diri dalam bulan ramdhan ini kita renungkan anak-anak yang ibarat kain putih ini sedalam-dalamnya. Jadi marilah kita sebagai  Ibubapa penjaga berfikir  dimanakah  kelemahannya atau memang sikap remaja kita kurang berminat nak ke masjid atau surau, adakah tangungjawab ibubapa penjaga sudah kita laksanakan kepada anak-anak sebaiknya mengitiberatkan solat anak-anak ?.

Seperti dalam blog yang penulis pernah utarakan  dimana YB Dato’ telah membincangkan dalam mesyuarat diamana agar masjid-masjid yang ada kawasan besar, kita jadikan sebagai pusat komuniti remaja. Dimana sedia kemudahan sukan pada remaja gelangan Futsal, badminton atau takraw selain daripada itu ada juga pusat membeli belah untuk masukkan produk yang halal dan lain-lain lagi. Tujuan utama selepas mereka beriadah remaja kita main dalam kawasan masjid, bila masuk waktu solat,  kita minta mereka solat pula dan sambung main balik. Semoga saranan ini akan terbukalah pintu hati-hati anak remaja kita mencintai Masjid/surau insya-ALLAH.

2 objektif  besar yang ingin dicapai di dalam Tazkirah ini ialah membiasakan remaja dengan pengimarahan masjid untuk menggerakkan aktiviti peringkat remaja, serta objektif terbesar iaitu mewujudkan seterusnya melantik Jawatankuasa Sahabat Masjid JAIS Daerah Gombak mewakili masjid masing-masing.

“Generasi Ahlul-Masjid Yang Membangunkan Masyarakat”. Beliau menekankan remaja yang ingin menggerakkan aktiviti keremajaan di masjid terlebih dahulu mesti hati dan jiwanya dekat dengan Allah SWT, melalui 8 adab-adab yang mesti dijaga. Di antara adab yang paling besar adalah menyeru peserta mengingati Allah SWT sepanjang masa dalam setiap tindakan. Tambah beliau, disamping menjaga adab dengan Allah SWT, peserta mestilah memahami adab memilih kawan kerana kawan yang baik umpama penjual minyak wangi, kita sebagai kawannya akan turut sama mendapat bau wangi dari si penjual minyak wangi tersebut. Justeru ahli-ahli sahabat masjid mesti mempunyai kawan yang dapat membawa ke jalan bermanfaat.

P9130418
Berdasarkan objekif besar tadi,tazkirah yang dirancang memang terperinci dan  dijaga dengan sangat rapi. Ini kerana selain mengetengahkan elemen kepemimpinan di dalam modul, elemen penda’wah juga diterapkan secara serius kerana sahabat masjid adalah umpa seorang penda’wah.

Besarlah impian kami agar mengembalikan remaja cinta masjid dapat disahut semua pihak. Diharapkan  semoga tazkirah yang disampaikan kali ini berjaya mengurangkan kebejatan sosial di kalangan remaja.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: