Dr. Nisa’ Kapsul Ramadhan

Image Hosted by ImageShack.us

Setelah melalui fasa rebranding di mana pelbagai program dan gerak kerja dilakukan bagi mencapai misi kebajikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan, Nisa’ Gombak terus bergerak dengan variasi dakwah yang lebih kreatif dan meluas.
Jika sebelum ini Nisa’ Gombak banyak memberi tumpuan kepada program pembangunan remaja dan belia, kali ini kami cuba mencari nafas baru untuk memperluas cabangan dakwah kepada khalayak yang berbeza.

Ia berkesinambungan dengan satu program khidmat masyarakat sebelum ini iaitu ‘Senyum Orang Asli’ iaitu program ziarah dan sumbangan ke perkampungan orang asli, Kemensah, Hulu Kelang.


Dengan itu, satu program yang diberi nama Kapsul Ramadhan telah diadakan di Hospital Selayang pada 3 September 2009 bersamaan 13 Ramadhan 1430H. Program yang melibatkan kakitangan dan keluarga pesakit di hospital tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Islam Hospital Selayang.
Melihat kepada nama program yang dipilih, Kapsul bermaksud suatu pemberian atau sumbangan yang diberikan kepada pesakit untuk meringankan beban kesusahan yang dialami mereka. Jika dalam bidang perubatan, kapsul berperanan sebagai ubat, begitulah dalam bidang kebajikan. Harapan Nisa’ Gombak agar sedikit sumbangan dalam bentuk material dan Selain itu, program ini menggalakkan para kakitangan seperti doktor, jururawat dan pentadbir hospital untuk turut sama mencakna persekitaran yang positif lalu mewujudkan kuantum motivasi bagi pesakit dan suasana hospital yang harmoni dengan nilai-nilai Islam.n spiritual ini dapat menjadi ‘ubat’ mengembalikan kegembiraan dan meringankan kesusahan mereka.
Pada perangkaan awalnya, sasaran program ini adalah para pesakit. Kami turut menyambut baik cadangan daripada salah seorang kakitangan agar mendekati golongan unmarried iaitu wanita yang tidak berkahwin tetapi mengandung di luar nikah dan menggugurkan kandungan yang menjadi penghuni hospital.Cadangan itu sangat kreatif dan membuka ruang cabaran dakwah kepada Nisa’ sendiri. Namun apakan daya, pengarah hospital tidak membenarkan pihak kami menganjurkan program kepada pesakit buat masa ini untuk mengelakkan penularan virus H1N1.

Kapsul Ramadhan dimulakan dengan majlis pemberian sumbangan dari Nisa’ kepada penghuni Anjung Kasih. Anjung Kasih adalah pusat penginapan yang menempatkan keluarga pesakit yang kurang kemampuan termasuk mereka yang tinggal jauh dan perlu berulang alik dari rumah dan hospital. Sumbangan telah disampaikan oleh En. Harul Hanan, pegawai Jabatan Kebajikan dan Sosial Hospital Selayang.

Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat tarawikh dan sesi tazkirah Ramadhan di surau hospital Selayang. Masa antara Maghrib dan Isyak pula telah dipenuhi dengan majlis perasmian dan ucapan dari Pengarah Hospital Selayang, Dr. Hajjah Siti Zaleha binti Mohd Salleh dan Ketua Nisa’ Gombak, Pn. Arfifah bt. Abdul Sabian.

Ustaz Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud dari PTS Islamika, telah membuka sesi ceramahnya dengan begitu baik.sekali. Bertepatan dengan tema program, beliau awalnya memuji tindakan Nisa’ terhadap anjuran program ini, tambahan diadakan dalam bulan Ramadhan.

Selain menerangkan perihal Ramadhan, tetamu Slot Remaja Radio IKIM.FM ini turut menyelitkan motivasi kepada hadirin bahawa setiap inci kehidupan iSelaku penganjur, Nisa’ Gombak mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak Hospital Selayang atas kerjasama yang diberikan. Harapan kami agar pihak hospital dapat memanjangkan kerjasama untuk program-program susulan pada masa akan datang.ni terutama khidmat sosial yang dihulurkan kepada pesakit adalah nilaian kebajikan dan Ibadah.
Editor : Khaulah Azwar









Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: