Lawatan Kematian Di Kg Kerdas

IMG0495APusat Khidmat Dun Gombak Setia -30hb Ogos, 2009 selepas menjalankan tanggungjawab dalam memberi tazkirah solat subuh di Surau Al-Falah Yb Dato’ bersama excord kakitangan MTD Gombak setia membuat lawatan kematian Pn Joriah Binti Mat di Kg Kerdas. Beliau meninggal ketika usianya 79 thn akibat sakit tua.

Warga emas dan ibu tunggal ini mempunyai seorang anak tunggal perempuan . Arwah dijaga oleh jirannya  iaitu En. Zulkifli Ibrahim 45thn.

Sepanjang lawatan Yb Dato’ ke rumah warga tua sempat juga YB Dato’ membuat lawatan tapak perumahan di Kg. Kerdas dan persekitaran penduduk disini.


IMG0498APerbincangan YB Dato’ bersama En.Zulkifli dimana penulis difaham kan bahawa  arwah meninggal didalam rumahnya pada 12: 00 malam 27hb Ogos, 2009 dimana jirannya tidak tahu arwah telah meninggal. Beliau tergerak hati selepas balik daripada solat terawih untuk ziarah arwah, alangkah terkejut bila di lihat arwah tidak bergerak lagi. Yang amat menyedihkan hati penulis, YB Dato’  dan kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setia apabila rumah tersebut telah dikuncikan keesokkan harinya oleh anak arwah.  Pengurusan Jenazah diuruskan oleh Keluarga En Zulkifli.

Belum sampai seminggu arwah pergi, anak arwah sudah merebutkan rumah kediaman arwah sedangkan semasa arwah masih hidup tidak pula dijaga dengan baik oleh anak beliau.

Disini bukanlah penulis ingin memburukkan seseorangn tetapi penulis ingin berkongsi pendapat dan pandangan agar kita semua jauhkan daripada melakukan perkara tersebut terutamanya kepada kedua ibubapa kita. Sekiranya anak arwah membaca penulisan ini, penulis mohon kemaafan tetapi sebagi saudara seislam perlu  kita memberi teguran dengan berhikmah dan membetulkan kesilapan saudaranya kerana orang mukmin itu merupakan cermin kepada saudaranya sendiri.  Sungguh hati penulis rasa amat sedih bila anak-anak melakukan perkara yang sedemikian pada ibubapa mereka. Semoga perkara yang tidak baik dijauhkan dalam diri kita untuk lakukan itu semua. Sebagai anak jalankan tanggungjawab dengan baik kepada orang tua kita tanpa mereka sudah pasti kita tidak dapat hidup sehingga kini. Ingatlah bahawa Redha ALLAH tidak akan dapat sekiranya ibubapa tidak meredhai kehidupan kita. Wahai Anak adakah Engkau Tahu betapa ibumu  sukar melahirkanmu??.


IMG0499A

YB Dato’ memberi ketenangan dan pulih semangat kepada En Zulkifli yang  merasa sedih apa yang berlaku keatas arwah. YB Dato’ memberi sumbangan kepada En Zul untuk urusan seterusnya terutamanya pengurusan jenazah dan lain-lain.

Editor : khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: