Kuliah Subuh Surau Al-Falah

hayatiramadhan2Gombak 30hb Ogos, 2009 selepas solat subuh surau Al-Falah, Tmn Melewar dipenuhi dengan penghuni-penghuni yang merindui mengunjung rumah ALLAH untuk melengkapkan diri dengan mencari ilmu sebagai bekalan.  Alhamdulilah kini umat ISLAM telahpun  menunaikan Ibadat Puasa dan sedar tidak sedar kita telah melangkah ke station pertengahan Ramadhan. Bagaimana Ibadat kita bulan Ramadhan Tahun ini?? Moga semua dapat membaikikan diri, iman dan ketaqwaan kita kepada penciptanya. Disini penulis ingin berkongsi sedikit santapan rohani yang diberikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dalam penyampaian kuliahnya pada 8 Ramdhan, tempohhari. Semoga dengan sedikit ilmu diberi, boleh dikongsi bersama yang tidak dapat hadirkan diri dalam kuliah tersebut, Insya-ALLAH. Tajuk yang diberikan dalam kuliah tersebut adalah Awalnya Rahmah, Pertengahan keampunan dari ALLAH dan akhirnya Kelepasan dari azab Api Neraka’ sungguh molek bila kita tengok Kelebihan-kelebihan diberikan ALLAH swt pada umatnya dalam bulan Ramadhan. Tetapi setakat manakah kita sebagai umat ISLAM menghargai Markah BONUS yang ALLAH bagi pada kita dalam bulan yang penuh keberkatan??. Siangnya kita berpuasa menahan lapar dan dahaga disitu ALLAH mendidik hati, nafsu kita dan sejurus mengingatkan kita pada saudara mara kita di bumi Palestin dan negeri lain yang telah diserang dengan tentera-tentera yahudi dengan sedaya upaya mereka hendak menindasi umat ISLAM. Kita dibumi Malaysia perlu bersyukur kerana masih dipelihara oleh ALLAH swt daripada ditimpa musibah tetapi kini ALLAH uji kita dengan penyakit H1N1. Itu peringatan yang ALLAH beri pada kita sedar/tidak untuk kita ubah kehidupan kita dengan berbanyakkan solat hajat dan taubat. Moga kita semua dipelihara musibah tersebut. Dengan berhadapan bulan Ramadhan ini adalah bulan didikan yang terbaik untuk kita mengubah kehidupan kita dimana Suami menjadi yang solih, isteri menjadi soliha pada suaminya dan anak-anak menjadi Quratul Ain pada ibubapanya. Tetapi adakah kita benar-benar berhadapan dalam bulan tarbiyah ini dengan penuh keikhlasan dan mendidik diri kita  kepada penciptanya,malahan bila kita renungkan kembali ibadat kita dalam bulan Ramadhan waktu siangnya menahan lapar dan dahaga tetapi sayang pada waktu malamnya ramai yang terleka dengan hal dunia semata-mata sanggup tidak menunaikan solat terawih yang hanya kita temui 1 thn sekali dan belum tentunya kita akan bertemu bulan ini pada tahun akan datang,  malahan bagi generasi anak muda berpeleseran dengan bertemu yang bukan mahramnya disitu maksiat telah berlaku dan  bagaimanakah markah yang ALLAH nak beri pada kita pada puasa tersebut??

Adakah turget kita tercapai untuk mendapat markah yang penuh daripada ALLAH untuk diberi pada kita seperti  “Awalnya rahmah, pertengahan keampunan dari ALLAH dan akhirnya Kelepasan dari Azab Api Neraka” tepuk dada tanya iman kita sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut kita lakukan dalam bulan Ramdhan.


260820091203Selain daripada itu sebagai umat ISLAM kalimah LailahaillaALLAH harus disematkan dalam hati kita,setiap sebelum solat pastikan kita mengucap khalimah itu terlebih dahulu kerana kadangkala dalam kata-kata, perbuatan kita disedari/tidak kita terlepas cakap yang amat membimbangkan diri kita sekiranya kata-kata tersebut boleh merosakkan akidah kita sendiri, nauzbillah. Cuba kita renungkan kembali dosa-dosa yang telah kita lakukan pada Ibubapa, anak-anak, adik beradik dan orang-orang sekeliling kita.

Dosa Anak Kepada Ibubapa: Setiap hari pernah tak kita megeluarkan kata-kata yang kesat pada Ibubapa kita, ingatlah semakin hari Ibubapa semakin tua mereka begitu sensitif dengan apa yang kita lakukan, hargailah orang tuamu selagi mereka masih ada. Penulis ingin berkongsi cerita yang telah YB Dato’ sampaikan dalam kuliahnya untuk anak-anak muda fikirkan dan renungkan kembali begitulah juga pada Ibubapa. Jangan ingat Ibubapa tak buat kesilapan pada anak-anak. Dosa Ibubapa pada anak-anak juga ada.  Mana yang baik kita ikut jadikan tauladan yang baik untuk kita contohi dan amalkan insya-ALLAH. “Ibubapa YB Dato’ Hasan telah pulang kerahmatuallah ketika ibunya berusia 45thn genap 5thn ibunya pergi sejurus kemudian diikuti oleh ayahnya. Beliau sakit tua dan strok.

IMG0475A

Ketika Ibunya sakit anak-anaklah yang menjaga kebajikan ibubapanya secara bergilir-gilir. Yb Dato’ Hasan menjaga ibunya dengan amat baik sekali dengan memandikan, bedakkan ibunya kemudian dimasakkan makanan untuk ibunya selepas semua diuruskan beliau, YB Dato’ akan kucupkan dahi ibunya sehingga ke tapak kaki ibunya. Mohon restu ibubapa untuk keberkatan kehidupannya dan lihatlah sehingga kini apa yang YB Dato’ dapat dengan kejayaan doa restu ibubapanya hingga beliau berjaya. Disini cuba kita renungkan kembali adakah kita mampu buat sedemikian pada IBubapa kita sekarang??, mampukah kita berikan kucup kasih sayang kepada ibubapa kita??,salam mereka ketika kita hendak keluar rumah, walaupun kita dah berumur mampukah kita nak peluk ibubapa kita??? bertubi-tubi soalan  dilontarkan YB Dato’ pada kita semua yang mendengar kuliah tersebut. Bagaimana pula dengan penghormatan kita sebagai seorang pelajar pada Guru-guru yang mengcurahkan ILMU pada kita?? Adakah kita menghormati mereka?? Ingatlah jika Guru kita tidak hormat maka ILMU tidak diberkati. Semasa Yb Dato’ belajar di England beliau mendapat gelaran pelajar contoh oleh Dekannya. Inilah doa ibubapa untuk dirinya. Ibubapa YB Dato’  walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi tetapi ILMU agama mereka cukup dibanggakan, Didikan Ibubapa pada anak-anak apabila sudah solat subuh, mereka diajarkan dengan membuka Kitab AlQuran, akan disemak bacaaan anak-anak setiap kali hendak melangkah ke surau/masjid. Begitulah didikan ibubapa nya pada YB Dato’ dan adik beradiknya.

Alhamdulilah moga dijadikan contoh terbaik pada kita yang dulu penulis juga rasa igin menjejaki tingkah  laku YB Dato’. Beliau adalah Ikon pada penulis sehingga kini. Setiap kali penyampaian ceramah dan motivasi pelajar yang dijalankan semasa penulis dibangku sekolah lagi penulis tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti program beliau yang banyak memberi semangat kepada penulis dan sahabat-sahabat yang mengikuti program YB Dato’. Siapa sangka kini penulis berkesempatan untuk mencurahkan khidmat sepenuhnya bekerja dibawah YB Dato’ Hasan Ali. Alhamdulilah penulis dan YB Dato’ diberikan umur yang panjang untuk menjalankan tanggungjawab kepada generasi muda dan kepada rakyat umumnya. Alhamdulilah doa dimustajabkan kerana diberi peluang dan ruang untuk bersama dengan kakitangan MTD Gombak Setia dan YB Dato’. Sehingga kini semenjak YB Dato’ pegang Exco Negeri dan kemenangan di beri penulis lihat rumah-rumah ALLAH kini banyak diimarahkan dengan banyak majlis ilmu semua saf pimpinan yang mempunyai ILMU agama yang tinggi kini dibenarkan menjalankan tangungjwab mereka menyampaikan dakwah. Alhamdulilah semoga rumah-rumah ALLAH tidak menjadi kubur dan kosong hanya besar sahaja tetapi tidak diimarahkan dengan majlis-majlis ILMU, tiada keberkatan daripada ALLAH. TAHNIAH YB Dato’ daripada penulis kerana kejayaan dan telah banyak membantu kami mengimarahkan rumah-rumah ALLAH.

IMG0473A Bagaimana pula dosa Ibubapa kepada anak-anaknya pula?

I) Adakah Ibubapa telah mendidik anak-anak kearah kebaikan, memberi ILMU dunia akhirat diselaraskan??

ii) Daripada anak-anak dilahirkan bagaimana pemberian nama pada anak-anak, ambil berat amal ibadat anak-anak dan-lain-lain??

Semoga dengan lontaran berbagai persoalan yang diberi oleh YB Dato’ kepada kita dalam majlis ilmu ini kita dapat membaikikan diri kita untuk mendidik anak-anak kearah kebaikan yang mencintai ISLAM di dalam hatinya jangan kita biarkan mereka hidup tanpa arah haluan dengan mengikuti jejak-jejak kehidupan seperti nasrani, yahudi, Majusi tetapi hendaklah diberikan didikan dengan ISLAM.

IMG0479AYb Dato’  bersama saf pimpinan lain, kini telah mengusulkan kepada Majid Negeri untuk meminta agar semua masjid dan surau dibuatkan berbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Dibenarkan Masjid-masjid dibuka untuk kegunaan orang ramai agar di manfaatkan masjid/surau untuk beriktikaf saat-saat kehilangan bulan Ramadhan yang akan pergi. Semakin hari waktu berlaku dalam bulan Ramadhan kita akan merasa kesedihan kerana Ramadhan akan pergi dan belum tentu kita akan bertemu pada tahun hadapan. Bukan kita merasa gembira dengan berakhirnya Ramadhan. Bagi Ibubapa yang ingin bawa anak-anak kemasjid diminta agar pihak berkuasa masjid tidak menyekatkan kedatangan tetamu kecil ini kerana daripada kecillah kita harus mendidik anak-anak mencintai rumah ALLAH. Bukan bila sudah besar baru nak lentur, tidak guna lagi. Tetapi harus diingatkan kepada ibubapa agar sentiasa ingatkan anak-anak berakhlak dirumah ALLAH dan pastikan anak-anak kecil dipakaikan pampers agar tidak belaku kekotoran di masjid. Disamping itu YB Dato’ sudah meminta agar Masjid Negeri sediakan risalah untuk diberi pada semua surau dan masjid adab-adab iktikaf.

IMG0480AAkhirnya YB Dato’ menutupkan majlis ini dengan iringan doa ” Ya-ALLAH Ya TUHAN Kami, dipagi yang mulia kami diberi peluang untuk beribadat dirumahmu pada bulan yang penuh keberkatan.Ya-ALLAH YA TUHAN kami, dipagi mulia ini kami tadahkan tangan yang hina ini sentiasa mengharap pertolongan dan redhamu. Berilah kami, anak-anak, isteri, suami, kaum keluarga kami, dan umat ISLAM lain dengan cahaya iman dan cahaya Hidayahmu, bukakanlah pintu hati kami semua untuk mencintaimu dan rasul junjunganmu, jangan kau biarkan kami semua dengan kegelapan terus menerus membuat kesilapan. Bukalah hati-hati kami untuk mencintai ISLAM dan mengamalkan ajarannya, Ya-ALLAH ya TUHAN, kami meminta perlindunganmu daripada ditimpa segala musibah daripada penyakit H1N1  yang kini semakin merebak. Ya-ALLAH berilah kami kekuatan dalam meneruskan tanggungjawab kami sebagai pimpinan dan membawa genarasi kami kearah kebaikan mencintai amal ibadat dan sentiasa mengingatimu dimana saja, jangan kau biarkan kami ya-ALLAH. Ya-ALLAH selamatkan umat mu saudara mara kami di bumi Palestin, China, India, Di malaysia ini dan Selamatkan semua umat ISLAM dan berikan kemenangan ISLAM dipelosok dunia termasuklah kemenangan pada perjuangan ISLAM di Gombak ini.Istiqamahkanlah hati-hati kami dalam tiap amal perbuatan kami dalam membantu agamamu. Satukanlah hati-hati kami dan pimpinan kami dalam menjalankan tanggungjawab kami. Ya-ALLAH terimalah doa kami kerana hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan dan redhamu.. Amiin Ya Rab.

IMG0484A


Kenangan bersama rakyat dan saf pimpinan Surau Al-Falah selepas kuliah Subuh.






IMG0486A


Sifatnya yang penulis sering nampak setiap kali bertemu dengan kanak-kanak dipeluk, dibelai kepala anak-anak, Jiwanya yang penyayang kepada kanak-kanak.Sifat seorang ayah dan pimpinan yang harus dicontohi.






IMG0489A



saf pimpinan Masjid & beberapa rakyat bergambar didepan surau AL-Falah.






IMG0490A


Aik, berminat ke Dato’ dengan Kamera daripada Jerman Ni..beli-beli Dato’ boleh wartawan MTD Gombak Setia guna untuk aktiviti Gombak. Baru clear foto..






IMG0488A



Ops sukanya En Omar dan Utz Abd Rahman.. apa yang melucukan tu ye??





Semoga sedikit ilmu diberi dapat dimanfaatkan sebaiknya yang terbaik semua daripada ALLAH swt. waallahhualam


Editor : Khaulah Azwar

One Response

  1. DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

    Surat ini ditujukan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23, Hj. Zainuddin & Pengerusi Surau Seksyen 23, Azrul Hakim, Penduduk ISLAM Seksyen 23, Para pemimpin ISLAM dan umat Islam keseluruhannya.

    Saya merupakan seorang penduduk di Seksyen 23 dan telah hidup secara aman bersama jiran tetangga yang berbilang bangsa dan berlainan agama. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk untuk kebaikan penghuni tanpa mengira bangsa dan agama. Jiran-jiran saya terdiri dari kaum India. Ada yang beragama Kristian dan Hindu. Manakala kaum Cina pula ada yang beragama Kristian dan Buddha.. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit cebisan pandangan saya berikutan kekecohan yang berlaku di kawasan perumahan kami sejak akhir-akhir ini. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

    Saya ucapkan tahniah kepada KHALID IBRAHIM kerana masih ingin meneruskan hasrat untuk memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Perlu diingat sejarah Khir Toyo dan UMNO/BN, SALAH SATU FAKTOR KEKALAHAN pada 2008 adalah berpunca dari ‘anugerah penyapu’ yang diberikan. TIDAK MUSTAHIL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR AKAN BERPUNCA DARI PROJEK KANDANG KHINZIR, ISU ARAK DAN PEMBINAAN ATAU PEMINDAHAN KUIL. INSYAALLAH.

    Saya juga mengucapkan terima kasih kepada KHALID SAMAD kerana menerangkan sejarah kuil di Seksyen 19 dengan begitu panjang lebar. Cuma tuan TERLUPA menjawab isu yang dibangkitkan oleh penduduk Seksyen 23 – MENGAPA PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 23 YANG MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH YANG BERAGAMA ISLAM? Sedangkan pada bulan Mei 2009, pertanyaan penduduk mengenai isu kuil tersebut ditolak mentah-mentah dan penduduk dikatatakan mempercayai ‘khabar angin’. ADAKAH INI JAWAPAN DAN TINDAK TANDUK SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG DILANTIK? KINI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!

    Sekiranya UMNO/BN GAGAL menangani isu kuil di seksyen 19 yang mana majoriti penduduk adalah beragama ISLAM, tuan sebagai salah seorang pemimpin yang dilantik hendaklah cuba menyelesaikannya permasalahan penduduk tersebut. Sekiranya SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN YANG DAPAT DICAPAI ADALAH SEKADAR MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 YANG JUGA MEMPUNYAI MAJORITI PENDUDUK YANG BERAGAMA ISLAM, itu bukanlah satu penyelesaian yang bijak kerana anda cuma ‘MENCAMPAKKAN’ MASALAH KUIL DI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23!!!

    ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULA INGIN MENCIPTA REKOD UNTUK MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DAN MENGULANGI IGAUAN DAN TRAUMA YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 19 KEPADA PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 23 DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 2 TAHUN SEJAK MEMERINTAH SELANGOR???

    ADAKAH INI PERUBAHAN YANG DIINGINKAN OLEH PENDUDUK SHAH ALAM SEWAKTU MENGUNDI PADA 2008???

    SURAH AL-MAIDAH : 90
    “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (BERKORBAN UNTUK) BERHALA, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

    Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama, bangsa dan kaum, maka lahirlah pelbagai parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Mereka semua ada yang hidup berjiran. Begitu juga di Seksyen 23. TETAPI KAMI TIDAK PERNAH MENJADIKAN PARTI POLITIK SEBAGAI ALASAN UNTUK BERMUSUH DAN KAMI DAPAT HIDUP BERJIRAN DENGAN AMAN. KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, CUBA CELIKKAN MATA DAN BUKA MINDA MENGENAI ISU YANG SEBENARNYA! KAMI MEMBANTAH PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DI MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH BERAGAMA ISLAM!!!

    Kepada RODZIAH ISMAIL pula saya ucapkan jutaan terima kasih kerana ketidakprihatinan puan ke atas permasalahan yang melanda penduduk ISLAM di Seksyen 23. PERTANYAAN PENDUDUK DARI BULAN MEI 2009 MENGENAI ISU KUIL TERSEBUT HANYA DIJAWAB PADA BULAN OGOS 2009. ITUPUN JAWAPAN DIBERIKAN MELALUI MEDIA CETAK. MENGAPA WAKIL RAKYAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23 PERLU ADA PEJABAT DI SEKSYEN 23 SEKIRANYA TIDAK PERNAH BERJUMPA ATAUPUN INGIN BERKHIDMAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23???

    Kepada Pengerusi Penduduk, HAJI ZAINUDIN, saya berharap tuan agar dapat memimpin penduduk ISLAM Seksyen 23 bagi membela nasib kami dan anak-anak kami demi menegakkan agama ISLAM. INSYAALLAH.

    SURAH AT-TAUBAH : 123
    “Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, BAHAWASANYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”

    Kepada Pengerusi Surau, AZRUL HAKIM, saya utarakan pertanyaan-pertanyaan tersebut. Adakah wajar seseorang mengherdik dan memaki seseorang yang lebih tua dari dirinya yang sebaya dengan ayahnya sendiri? Dalam ceramah agama pula adakah wajar diceritakan perihal seorang pendakwah bebas yang ‘berkawan rapat’ dengan seorang artis wanita sebelum isteri pendakwah bebas tersebut tampil ke media massa untuk menerangkan keadaan sebenar rumahtangga mereka? Adakah wajar juga sewaktu ceramah agama, dijadikan medan untuk menjelaskan mengenai lokasi kuil sedangkan orang yang menjelaskan perkara tersebut bukanlah ahli yang layak ataupun wakil rakyat yang dilantik untuk menerangkannya kepada penduduk? Adakah wajar juga sesi ceramah agama dijadikan medan untuk memburuk-burukkan orang-orang lain yang seagama ISLAM hanya kerana berlainan pendapat atau berlainan parti politik? WALLAHU’ALAM.

    AKHIR SEKALI, saya memohon maaf di atas kata-kata yang menyinggung perasaan tuan puan tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ISLAM untuk mengingatkan di antara satu sama lain. SEGALA YANG BAIK DATANGLAH DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.

    SURAH AL-FURQAN : 17
    ”Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) ALLAH menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain ALLAH , lalu ALLAH berkata (kepada yang disembah); ‘ Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hambaKU itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”

    AL-FATIHAH : 5-7
    “Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”. TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS, (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan ) mereka yang sesat (Nasrani)”.

    SURAH AL-AN’AM : 162
    “SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.”

    AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: