YB Dato’ Hasan Mohamed Ali turut turun padang Ke Permatang Pasir,KEMENANGAN YG DIJANJIKAN ALLAH swt pd Bulan Ramadhan

IMG0324AGenap 1 minggu PRK N11, Permatang Pasir Berlalu, baru kini penulis dapat berkesempatan memulakan perkongsian rentak kehidupan YB Dato’ Hasan Mohamed Ali. Terlebih dahulu penulis wakil Pusat Khidmat DUN Gombak Setia mohon maaf  jika pembaca dan pengujung blog kami tiak mendapat maklumat terkini kerana tidak berkesempatan untuk menulis kerana kesibukan menjalankan tugasan di Luar disamping itu Gangguan Network. Insya-ALLAH mulai hari ini penulis akan meneruskan titipan untuk juadah semua pengunjung yang sudah kehausan maklumat dan aktiviti yang dijalankan oleh YB Dato’ bersama kakitangan MTD DUN Gonbak Setia untuk pengisian bulan Ramadhan.


IMG0309AAlhamdulilah saat menjelang Ramadhan semua umat ISLAM sibuk menguruskan amal ibadat mempertingkatkan amalan ibadat yang sunat begitulah juga saf-saf pimpinan MTD gombak Setia, DMPG,Nisa Gombak,  DMPNS untuk merebutkan peluang menambahkan markah bonus iaitu menjalankan tanggungjawab kami sebagai khalifah menegakkan Kebenaran dan mempertahankan Kemenangan ISLAM di mukabumi ini insya-ALLAH. 22hb Ogos, 2009 YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama jentera Gombak juga turut bersama jentera-jentera yang lain untuk berjuang di medan pertempuran Permatang pasir (N11) untuk melihat ISLAM  TERUS GEMILANG, Insya-ALLAH. Walaupun berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak mematahkan semangat kami untuk menjalankan tanggungjawab kami apatah lagi YB Dato’ Hasan yang terpaksa meninggalkan keluarga sebentar dan urusan lain seketika untuk menjalankan tugasannya disini .

“Katakanlah Jika bapak,anak, saudaramara, kekayaan yang kamu usahakan perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal kamu cintai daripada ALLAH dan Rasulnya serta berjihad di Jalan ALLAH maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keputusannya dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik”{Al-Taubah:24}

Alhamdulilah disini YB Dato’ sempat juga memberi suntikan semangat motivasi kepada semua petugas dan beliau juga sempat membuat perancangan gerakkerja bersama Dewan Muslimat PAS Negri Selangor  bersama Ustazah Wan Hasrinah & Ustazah Mariyam bagi melancarkan gerakkerja PRK N11.


IMG0317A

Kemesraan antara pimpinan dan rakyat terserlah pada diri beliau.






IMG0316A


“Apa yang difikirkan oleh Dato’ bersama sahabat seperjuangan ini??”Serius nampak🙂




IMG0318A



YB Dato’ bersama saf pimpinan Permatang Pasir untuk beri ucapan kepada semua petugas.





IMG0449A


En. Mohd Radhi juga turut turun padang dengan memberi suntikan kepada semua petugas.






IMG0319A



Ketua AJK Lajnah saf pimpinan yang begitu setia menanti  ucapan YB Dato’ Hasan.






IMG0321A


Saf pimpinan DMPNS tidak berganjak malahan kusyuk dan tawadhuk mendengar ucapan YB  Dato’ yang banyak membakar semangat kepada semua petugas..TERIMA KASIH Dato’ atas ILMU dan skill diberi.insya-allah akan kami gunakan untuk meneruskan tanggungjawab kami disini.




IMG0448A








IMG0451A

Doa dipanjatkan daripada hati yang tulus semoga dengan bulan Ramadhan yang penuh barakahnya  para malaikat sentiasa mengaminkan doa-doa pejuang ISLAM ini, insya-ALLAH.






IMG0325APesan Yb Dato Pada kami. Ingatlah jangan jadikan bulan Ramadhan untuk tidak melakukan ibadat yang lain. Berperang di bulan Ramadhan telah berlaku pada zaman Nabi saw bersama sahabat-sahabat baginda, dan Janji ALLAH dengan memberi kemenangan pada  Perjuangan ISLAM. Seharusnya kita harus banyak bersyukur kerana dengan pilihan ALLAH swt pada kita semua untuk berada disini dengan terpaksa berpisah dengan kaum keluarga tidak semua orang mampu melakukannya tetapi dengan pilihan ALLAH swt maka kitalah orang-orang yang ALLAH sudah pilih meneruskan tanggungjawab ini.


“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun denga rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan ALLAH yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui-{Al-Taubah : 41}

YB Dato’ juga minta agar semua petugas tidak mudah merasa puas hati degan gerakkerja dilakukan tetapi seharusnya mengemaskini gerakkerja dengan lebih baik dan lebih mantap. Kalau dulu P.Raya Umum kemenangan disini boleh mengaut  sebanyak 5ribu lebih maka seharusnya kita melipat kali gandakan gerakkerja dengan mendapat kemenangan yang lebih berlipat ganda iaitu 10ribu keatas..insya-allah jika dengan kesatuan hati kita semua, pasti ALLAH akan membalasnya dengan berlipat ganda. Selain daripada itu YB Dato’ juga berpesan bahawa perjuangan ini harus ada kesinambungannya bukan untuk generasi ini sahaja malahan ke anak cucu kita harus dibimbing dengan mencintai perjuangan ISLAM dan menentang segala kezaliman. Didikan ibubapa pada anak-anak dengan mencintai ilmu Dunia akhirat harus diselaraskan dengan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Kepada semua saf pimpinan juga diminta perbanyakkan berbagai program dengan mendekati masyarakat dan anak-anak. Semoga dengan  sedikit lontaran kata-kata YB Dato’ dapat memberi dan membakar semangat perjuangan kami disini.Inys-allah.

“Perangilah mereka niscaya ALLAH akan menyiksa mereka dengan perantaraan tanganmu dan dia akan menghinakan mereka dengan menolongmu dengan kemenangan atas mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman”{Al-Taubah:14}

Editor :Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: