Qiammulail-Kem Smart Solat

Gombak-14-16hb Ogos, 2009 merupakan

160820091146

kesibukan bagi warga kakitangan Pusat Adun Gombak Setia menguruskan program untuk para pelajar terutamanya dalam pengurusan Kem Smart Solat, kemudian pihak pengurusan menguruskan pula slot Ibubapa dalam Qiammulail yang dimbingi oleh AlFadhil Utz Othman Ibrahim dan YB Dato’ Hasan Mohamed Ali. Alhamdulilah kini umat ISLAM semakin sedar dan semakin banyak program-program yang berbentukkan kepada mendekati kepada penciptanya . TAHNIAH diucapkan kepada YB Dato’ Hasan dan kakitangan Pusat Khidmat Dun Gombak Setia yang sentiasa mengemaskinikan gerakkerja untuk mendekati masyarakat dan  anak-anak muda tidak kira bangsa dan agama.

160820091144Ingin sekali penulis berkongsi sedikit suntikan rohani dalam ruangan qiammulail munajat-munajat yang disampaikan oleh Utz Alfadhil Othman Ibrahim dimana beliau banyak menyentuhkan diri kita dengan memberi gambaran dengan meletakkan diri kita di kubur.. Cuba bayangkan wajah-wajah orang yang kita sayang iaitu Ibu, Ayah, Suami, Isteri, anak-anak.. jika mereka telah tiada lagi. Semasa mereka masih hidup apakah sumbangan kita sebagai anak kepada ibubapa kita??Kita sering menyakiti hati mereka, kita tidak ambil peduli tentang kehidupan Ibuayah kita. tetapi sebagai Ibubapa mereka tidak pernah menghampakan hati kita sebagai anak.Bayangkanlah tanah yang menghimpit kuburan ibuayah kita?? Ketika mereka sudah tiada sebagai anak apakah sumbangan kepada mereka, adakah kita kerap mengunjung pusara Ibu/ayah kita, adakah kita sentiasa mndoakan Ibubapa kita?? Wahai Isteri.. jika dirimu masih ada seorang suami apakah kau telah menjalankan tanggungjwabmu pada suami dengan baik 160820091155dan sebagai seorang suami apakah Engkau telah laksanakan tanggungjawab pada isteri dan anak-anakmu?? Sebagai Khalifah apakah tangungjawabmu kepada Agama telah terlaksana?? Berbagai soalan yang timbul membuat hati yang mengungjung ke majlis Qiammulail itu begitu tersentuh.Moga sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita tanggungjawab kita sebagai anak, isteri dan suami pada kedua ibubapa.

Alhamdulilah selepas menunaikan tangungjawab disini YB Dato’ sempat juga diburu oleh pihak wartawan Sinar Pn Farhana dimana beliau ingin membuat rumusan kejayaan program smart solat, forum perdana dan Qiammulial yang sekaligus mendapat tautan hati penduduk warga parlimen Gombak. Semoga usaha ini mendapat keredhaan ILAHI.. insya-ALLAH160820091164Temuduga yang dibuat oleh wartawan Sinar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: