HI-TEA MUSLIMAT GOMBAK BERSAMA NON MUSLIM

P8080121

IMG0158A

Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG) telah mengadakan Hi-Tea bersama Non Muslim di Sri Gombak pada 8hb Ogos, 2009 , 3ptg dimana majlis tersebut telah dihadiri oleh berbagai bangsa dan agama.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan  Bin Mohamed Ali diiringi oleh saf-saf pimpinan Gombak iaitu YDP, Utz Al Fadhil Salehuddin Nasir, Utz Al-Fadhil Hasbullah Ridzuan, En Radhi Yusof, Mr Kong

dan saf – saf pimpinan Muslimat (DMPG, Gombak) yang dihadiri oleh Dr Azimah, Ustazah Khatifah Zamani Sulong Ahli Majlis JKP Zon 11.

IMG0154AAlhamdulilah dengan adanya majlis ini maka masyarakat diberi peluang dan ruang untuk bersama dengan Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali untuk menyuarakan hasrat mereka dan menjawab persoalan yang timbul baru-baru ini mengenai Ronnie Liu. Disini Yb Dato’ telah menerangkan hal sebenarnya apa yang telah berlaku dan tidak ada berlaku salah faham antara YB Dato’ bersama  Ronnie Liu. Bagi YB Dato’ sebagai pimpinan dalam PAS mereka berlapang dada dan menerima berbagai pesanan SMS mengenai isu arak. Sokongan padu telah diberi oleh  berbagai bangsa dan agama mengenai isu ini apabila Yb Dato’ telah memperjelaskan hal sebenarnya . Beliau telah menerangkan bahawa antara PAS dan PKR masih mempunyai persahabatan dan hubungan yang baik dan Yb Dato’ meminta semua pihak jangan mudah terpedaya dengan media masa yang kerap mengulas isu-isu yang bercanggah dengan apa yang diolahkan dalam      perbincangan.

P8080136

Salah faham yang telah ditimbulkan oleh pihak media masa dengan menggembar gemburkan PAS dan PKR  semata-mata untuk menjatuhkan imej dan memecah belahkan PKR. Yb Dato’ telah menerangkan bahawa beliau TIDAK menyatakan untuk memecat Mr. Ronnie Liu tetapi untuk kebaikan semua pihak bangsa dan agama maka YB  Dato’ menyarankan agar di pindahkan ke biro lain bukan untuk DIPECATKAN jawatan beliau.


IMG0151A

Semoga dengan penjelasan Yb Dato’ dalam majlis tersebut sedikit sebanyak telah memberi penjelasan kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini.

Dikesempatan yang ada  YB Dato’ bersama saf-saf pimpinan muslimat lain juga turut bersama dengan semua masyarakat untuk bersama meraikan majlis Hi-Tea  dengan dihidangi minuman petang.


IMG0173A

IMG0182A

Yb Dato’ serta  saf pimpinan Gombak bersama masyarakat tidak kira bangsa dan agama menikmati juadah Hi-Tea.


IMG0186A

We Are Brothers’ .


Saf Pimpinan DMPG

Editor by : Khaulah Azwar

8 Responses

  1. pendekarlekir, on July 20th, 2009 at 7:55 am Said:
    Salam.
Bila lagi nak tarik lesen penjualan minuman keras yan ada di 7 Eleven di depan stesen bas, di Greenwoodpark? Untuk pengetahuan YB apa yang telah saya tanya kepada kakitangan yang bekerja disitu dia adalah muslim. Minuman keras yang ada di situ dapat dijual dalam kuantiti yang banyak sekitar 150 botol sehari. Pembeli terdiri daripada Cina, India dan Melayu. Statistik yang dibuat pembeli Cina sekitar 10% India 20% dan Melayu Islam sekitar 70%. Daripada 70% ini pula golongan remaja Islam membeli minuman keras 40% dan selebihnya golongan belia dan warga tua yang tak sedar diri 30%.
    Kenapa kedai serbanika 7Eleven kawasan Majoriti Islam di Greenwood ini masih dibenarkan menjual minuman keras secara terbuka? Sedangkan pekerja disini juga adalan remaja Islam.
    Mengapa masih belum diambil tindakan yang sewajarnya. Adakah Kita masih mahu melihat gejala sosial ini berlaku di sekitar kawasan ini. Pohon supaya diambil tindakan segera. Janganlah hendaknya pemerintahan Pakatan sama jer pandangan rakyat seperti pemerintahan BN.
    Wassalam
    ———————————————————————————————————

    pendekarlekir, on August 9th, 2009 at 4:48 am Said:
    Apabila kamu memadamkan komen saya disini membuktikan bahawa kamu tidak amanah. Kalau kamu nak orang puji jer dalam komen ini baik lah kamu jadi orang Umno.
    Reply
    ———————————————————————————————————

    Pusat Khidmat Masyarakat, on August 10th, 2009 at 8:24 am Said:
    Tuan Pendekarlekir kita minta janganlah buat fitnah kalau tak puashati datanglah ke Pusat Khidmat, kita berbincang.janganlah buat tuduhan yang tak ada bukti.setiap masaalah ada jalan penyelesaian nya.

    ——————————————————————————————————–

    Kepada Pusat Khidmat, Saya rasa anda yany cuba buat fitnah. Sepatutnya apa yang saya komen anda periksa terlebih dahulu? Adakah mengenai kedai 7 Eleven yang jual arak adalah satu fitnah? Adakah anda pernah ambil tahu? Kalau kamu benar kenapa kamu memadamkan komen saya sebelum ini? Adakahkah kamu sedar komen arak yang saya bawa ini sebelum lagi Pemuda PAS selangor membincangkan hal ini dan meminta supaya MB Selangor menyelesaikannya? Adakah kamu nak jaga muka Cikgu radzi mengenai ulasan saya kepadanya. Perkara yang berlaku kepada saya saya lebih tahu dari kamu. Mungkin apa yang berlaku adalah satu perkara yang kecil tetapi inilah gambaran sebenar perangainya. Saya nak katakan Cikgu radzi seorang yang pilih bulu. lkalau benda ini tak berlaku kepada saya, saya tak akan kata. Memang Cikgu radzi hanya pandai bercakap nasihat orang tetapi diri sendiri tak jaga pun. Janganlah depan YB baru nak tiunjuk tawaduk. Untuk pengetahuan anda saya tidak mempunyai masalah dengan anda. sepatutnya anda bagitau cikgu radzi dan nasihat supaya dia ubah tabiat buruk yang tidak sepatutnya ada pada pemimpin Islam. Saya boleh menegur dia pada hari kejadian tetapi memandangkan orang ramai dan majlis yang sepatutnya saya hormati saya berdiam diri. Tidak timbul saya perlu ke Pusat Khidmat atau tidak. Sepatutnya Radzi cari saya dan bertanya apa kesalahan yang dia buat kepasa saya dan anak saya. Tetapi sikap dia pada hari kejadian memang kurang ajar. Jadi jika anda tidak tahu kisah sepatutnya anda tidak kata saya buat fitnah tetapi periksa dahulu.

  2. Kenapa kita tak praktikkan dikawasan kita mengenai arak tetapi heboh tempat orang lain? Adakah kita sedar ada berpuluh kedai arak di Gombak. terutama di Seri Gombak? Dari kedai runcit Cina, Kedai ubat Cina, Kedai sebanika dan termasuk restoran Cina. Buka tak boleh Cina jual tetapi tempat majoriti Melayu mestilah diharamkan arak. Kepada orang bukan Islam mereka boleh mendapatkannya di kedai yang khas menjual arak. Trand sekarang apabila satu kedai serbanika atau pasaraya dibuka mesti ada jual arak contoh yang terbaru Deretan rumai Kedai yang baru di buka berhampiran StesenBas di Pinggiran Batu Caves berhampiran kg Melayu Wira Damai bertentangan Flat di Wira Damai dekat dengan Fasa 10 Seri Gombak. Kedai ini juga ada pekerja melayu yang terpaksa mengedalikan arak disitu? Apa tindakan anda. Kenapa anda gagal beritahu kepada YB masalah ini?
    Didalam Perlembagaan PAS Muqaddimah: “Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan dinamakan “PARTI ISLAM SEMALAYSIA”.

    Bab yang ketiga Fasal 5. Tujuan PAS ialah:
    (1) memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan Islam dan Hukum-hukumnya menuju keredhaan Islam.
    (2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

    Jadi kenapa bila diajukan masalah ini tidak diambil perhatian? kenapa tidak dijalankan di kawasan Gombak Setia terlebih dahulu?

  3. tahniah kepada dr hassan ali khasnya dan parti PAS (yang beria-mengatakan dia memperjuangkan hukum islam yang sebenar, yang lain semua kafir) umumnya, kerana akhirnya isu arak dapat diselesaikan dengan senyuman dan berjabat tangan. maka dengan rasminya penjualan arak dibenarkan dikawasan majoriti penduduk islam hasil kerjasama erat PAS dan DAP. maka tidak lama lagi tidak hairan la kalau kedai-kedai serbaneka akan melebarkan lagi rak-rak jualan arak dan di kawasan gombak pula akan muncul pub, lounge dan disco-disco. apa ada hal dengan hukum hudud, itu semua boleh diputar belit asal sokongan sangat memberangsangkan dari DAP (termasuk la sokongan kewangan) sudah la. Janji dapat kerusi ngan jawatan, yang lain lantak. tengok berita semalam punya la berkobar-kobar sehingga sanggup dipecat semata-mata demi menegakkan kepentingan penduduk islam, alih-alih selesai macam tu je, kesudahannya arak boleh dijual, cuma terpulang kepada orang islam tu sendiri la nak beli ke taknak, kalau sendiri, sendiri tanggung la.tahniah sekali lagi kerana menjalankan hukum hudud dengan cemerlang di selangor. satu lagi ade lagi tak borang keahlian PAS, sebab senang la saya nanti bila undi PAS confirm boleh masuk syurga punya, boleh la saya hidup enjoy sepuas-puasnya, arak pun sudah boleh didapati dimana-mana, takpe, asalkan saya ahli PAS gerenti tetap masuk syurga punya la. tapi kalau saya kena campak masuk neraka juga, sebelum tu sorang2 nama pemimpin PAS saya petik, saya cakap sebelum tuhan campak aku masuk dalam neraka, campak diorang dulu yang mengeluarkan kenyataan undi PAS boleh masuk syurga. UMNO bila join dengan MIC, MCA hukumnya haram, tapi PAS join dengan DAP (terang2 hina/tolak Islam) hukumnya halal, (sebenarnya lagi haram jadah). Owhh… hampir saya terlupa… mungkin PAS tidak mahu rakan DAPnya hidup bersendirian dalam neraka kelak, tu pasal arak dibenarkan. takpe, Inilah yang dikatakan sahabat dunia dan akhirat. akhir kata hidup la PAS demi DAP dan sama-samalah kita meraikannya (jangan risau arak boleh didapati dimana-mana di selangor ni) maka enjoy lah anda semua selagi anda menjadi & mengundi PAS kerana syurga adalah tempat anda kembali bersama-sama DAP.

  4. saya menyokong dan mengucapkan tahniah kepada dr hassan ali yang telah berusaha untuk mengawal jualan arak dan usahanya masih lagi berterusan. dibanding dengan ADUN-ADUN Gombak BN dulu, maaflah… hampeh sadonyo.

    sekarang saya meminta pendekarlekir dan zulnan agar mendesak kerajan BN pusat yang telah melebar luaskan judi dengan penambahan produk judi. yang ni tak fitnah pasal ada disiarkan di akhbar. lu pikirlah sendiri.

  5. Saya ucap terima kasih pendekarlekir dan zulnan di atas pendedahan ini. semoga terbuka mata dan hati. Rajin pulak pendekarlekir dan zulnan menyelidik dan mencari fakta. Cuma, minta tambah sikit lagi penyelidikan biar menyeluruh.

    Lesen untuk jual arak pada premis-premis yang disebutkan tu siapa yang keluarkan?

    …membiarkan penyakit menular memang mudah. Nak membuang kudis dan sopak yang dah bertepek sekian lama, perlu kerja keras, masa dan kesabaran.

  6. kalau dah tak boleh harap orang lain, buat sendiri je.. di tempat saya, 7-11 kawasan AU4 tidak menjual langsung arak.. ini kerana penduduk sendiri membuat bantahan secara terbuka, yang mana akhirnya pihak pengurusan 7-11 menerimanya.. jadi, panggil penduduk yang ramai Islam kat tempat tu, dan buat bantahan kepada pekedai yang menjual arak.. beri tekanan kepada mereka..

  7. kerajaan BN Najib dan BN Pahang teragak-agak nak sebat Kartika Sari walhal hukuman dah dijatuhkan, hanya melaksanakan saja dah riuh… zulnan dan pendekarlekir- mana suara kamu? pertahankanlah pendirian kamu dan luahkan perasaan amarah anda terhadap Najib dan BN Pahang, saya akan menyokong kamu 200%

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: