Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia Berpindah

Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak  Setia telah berpindah ke lokasi baru dan telah beroperasi disana..Lokasi baru ini terletak di Jalan Berjaya 6,Taman Berjaya .Dengan suasana dan tempat yang baru ini ,pihak Pusat Khidmat berharap dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Gombak Setia.

IMG0192A

Pandangan sisi Pejabat Pusat Khidmat DUN Gombak Setia

IMG0194A

Pandangan depan pejabat. Jemputlah datang buat semua warga Gombak🙂

5 Responses

  1. Tahniah atas perpindahan ke tempat baru. Bangunan nampaknya alhamdulillah cantik. cuma intai-intai kawasan sekeliling. Jangan nanti cacat pemandangan kerana dihiasi arca beberapa kereta buruk dan sisi binaan yang tidak dikemaskan. Ok Dato.

  2. Apabila kamu memadamkan komen saya disini membuktikan bahawa kamu tidak amanah. Kalau kamu nak orang piji jer dalam komen ini baik lah kamu jadi orang Umno.

  3. Tuan Pendekarlekir kita minta janganlah buat fitnah kalau tak puashati datanglah ke Pusat Khidmat, kita berbincang.janganlah buat tuduhan yang tak ada bukti.setiap masaalah ada jalan penyelesaian nya.

  4. Kepada Pusat Khidmat, Saya rasa anda yany cuba buat fitnah. Sepatutnya apa yang saya komen anda periksa terlebih dahulu? Adakah mengenai kedai 7 Eleven yang jual arak adalah satu fitnah? Adakah anda pernah ambil tahu? Kalau kamu benar kenapa kamu memadamkan komen saya sebelum ini? Adakahkah kamu sedar komen arak yang saya bawa ini sebelum lagi Pemuda PAS selangor membincangkan hal ini dan meminta supaya MB Selangor menyelesaikannya? Adakah kamu nak jaga muka Cikgu radzi mengenai ulasan saya kepadanya. Perkara yang berlaku kepada saya saya lebih tahu dari kamu. Mungkin apa yang berlaku adalah satu perkara yang kecil tetapi inilah gambaran sebenar perangainya. Saya nak katakan Cikgu radzi seorang yang pilih bulu. lkalau benda ini tak berlaku kepada saya, saya tak akan kata. Memang Cikgu radzi hanya pandai bercakap nasihat orang tetapi diri sendiri tak jaga pun. Janganlah depan YB baru nak tiunjuk tawaduk. Untuk pengetahuan anda saya tidak mempunyai masalah dengan anda. sepatutnya anda bagitau cikgu radzi dan nasihat supaya dia ubah tabiat buruk yang tidak sepatutnya ada pada pemimpin Islam. Saya boleh menegur dia pada hari kejadian tetapi memandangkan orang ramai dan majlis yang sepatutnya saya hormati saya berdiam diri. Tidak timbul saya perlu ke Pusat Khidmat atau tidak. Sepatutnya Radzi cari saya dan bertanya apa kesalahan yang dia buat kepasa saya dan anak saya. Tetapi sikap dia pada hari kejadian memang kurang ajar. Jadi jika anda tidak tahu kisah sepatutnya anda tidak kata saya buat fitnah tetapi periksa dahulu.

  5. delete aje pendekarlekir ni, lepas tu cari dia tanya sendiri apa masalah dia. takkan pasal dia sorang ketenteraman orang lain terganggu. saya setuju dia patut datang ke Pusat Khidmat Masyarakat, setahu saya dah berapa banyak kes selesai bila orang pergi ke sana. kalau asyik melalak aje kat sini bila nak selesai, saya pun ada hak jugak.

    pengalaman saya dengan puak UMNO BN lagi teruk, tapi tak adalah nak heboh seluruh dunia, saya selesaikan sendiri tanpa puak UMNO BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: