Pengisian Forum Perdana Ehwal Islam- Berlari Ke Langit

ucapan rasmi En. Mohd Radhi yusof dlm Forum Israk MikrajForum Perdana Ehwal Islam yang telah diadakan di Masjid Asy-Syariff simpang 3  pada 25hb Julai, 2009 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Gombak Setia telah mendapat sambutan yang amat baik sekali. Semoga usaha yang dilakukan oleh Pihak Pusat Khidmat Dun Gombak Setia sedikit sebanyak mengetuk pintu hati kita yang kadang-kadang terleka hal-hal keduniaan untuk menarik kita dengan memberi ruang untuk mencari ilmu akhirat sebagai bekalan yang abadi. Atas permintaan Masyarakat Penduduk Dun Gombak Setia yang tidak dapat hadirkan diri ke Forum tersebut agar dapat diberikan pengisian ke dalam blog ini untuk sama-sama dimanfaatkan sebaiknya. Maka dengan itulah pihak kami sudi berkongsi sedikit ilmu kepada semua sebagai  1 bekalan.

250720091053Ucapan Aluan telah disampaikan oleh En. Mohd Radhi Yusoff selaku Pengarah Pusat Khidmat Dun Gombak Setia.  Kuliah  ini telah disampaikan oleh Utz Mahmud-Al-Hafiz, Utaz Mohd Nizam dan Ustazah Zawiyah Hasan dimana mereka telah memberi kerjasama untuk menjayakan Forum tersebut.

Walaupun kita acapkali mendengar tentang peristiwa Israk Mikraj setiap tahun didedahkan peristiwa itu, tetapi bagi orang yang beriman dan mencintai ilmu mereka tidak akan jemu-jemu mendengarnya kerana pertistiwa Israk Mikraj yang banyak sejarah dan keistimewaan dimana yang kita fahamkan bahawa Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

250720091067Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

kusyuk dan tawadhuk mendengar kuliah diberi

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah

sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.

Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

250720091062“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

(Q.S. An-Nahl: 43).

Semoga 3 bulan yang penuh keistimewaan ini,  sama-samalah kita dapat mempertingkatkan amalan ibadat kita pada ALLAH swt sebagai Tarbiyah (Didikan) hati kita sebelum bertemunya bulan Ramadhan, insya-allah.

Editor : Khaulah Azwar

2 Responses

  1. Assalamualaikum Dato. Dr. Hassan Ali,

    1) Tahniah saya ucapkan kerana Dato berani bersuara diatas isu arak di Selangor disebabkan olen masalah yang dibawa oleh Ronnie.

    2) Tetapi masih ada banyak lagi yang timbul dan masih belum ada sesiapa didalam PAS yang berani bersuara.

    Saya harap Dato dapat bersuara diatas perkara berikut:-

    a) Kalau UMNO membenarkan BABI, kenapa PAS juga membenarkannya apabila berkuasa. Terlalu ingin mengambil hati pengundi Cina? Jadi, apa salah UMNO apabila ianya juga mengambil hati orang Cina?

    Usul saya disini adalah BABI bukan hanya patut diharamkan tapi dimusnahkan dengan serta merta. Tidak boleh ada pembelaan BABI di Tanah Melayu dan sekiranya ada yang ingin makan BABI, mereka hanya boleh mengimpot dalam kuantiti sedikit.

    BABI penyebab segala penyakit. Allah swt telah buktikan berkali-kali. Dan apabila Nabi Isa turun ke bumi, perkara kedua yang dilakukannya setelah memusnahkan salib adalah memusnahkan BABI.

    Jadi Dato’, apa tunggu lagi? Dulu PAS berkobar-kobar menyalahkan UMNO semasa penyakit BABI menular di Bukit Pelandok. Sebagai parti yang memperjuangkan syariat Islam, kenapa lesu apabila berhadapan dengan penyokong Cina di Selangor?

    b) Saya tidak faham kenapa PAS mengatakan ianya tidak memperjuangkan ketuanan Melayu, tapi hanya ketuanan Islam.

    Sebagai orang yang hebat seperti Dato dimana saya masih rasakan Dato mempunyai sensitiviti Melayu yang membara didalam dada, adakah pernyataan seperti ini patut dikeluarkan.

    Kenapa ada pernyataan BANGSA, AGAMA & NEGARA?

    Kenapa BANGSA sebelum AGAMA dan tidak sebaliknya? Adakah AGAMA itu kurang penting dari BANGSA menyebabkan susunannya ditempat kedua?

    Sudah pasti kita semua tahu untuk ISLAM bertapak mesti ada BADAN untuk ianya bertaut. Sebagai contoh sekiranya semua orang islam Burma lari meninggalkan Burma disebabkan penindasan, bagaimana mungkin ISLAM dapat bertahan? ISLAM akan hilang sebab tidak ada BADANnya.

    Sama juga di Tanah Melayu, bolehkah Islam bertahan sekiranya orang MELAYU tidak mendokongnya lagi?

    Apa akan jadi pada Nusantara dan Rumpun Melayu? Risikonya ialah Melayu akan hilang bangsa, tanah dan agama.

    Mengapa PAS tidak nampak ini semua? Saya pun tak faham.

    Apabila kita menolak ketuanan Melayu, ertinya kita juga menolak Raja-Raja Melayu yang mendokong agama Islam. Mereka adalah pengganti Khalifah dan mahukah kita melihat institusi ini hancur. Sekiranya YA, maka akan hancurlah Islam sebab sistem DEMOKRASI akan memastikan agama disama ratakan.

    3) Dato Harun Din mengatakan adalah berdosa melanggar Uli Amri apabila isu perbincangan dengan UMNO berputik. Ini adalah kerana tidak mahu menyinggung perasaan Tuan Guru Nik Aziz sebagai ketua dan ulamak.

    Tapi apabila orang PAS melanggar perintah Sultan Perak, kenapa tidak dinasihatkan dengan hukum Uli Amri.

    Siapa lagi berkuasa dalam konteks HUKUM? Sultan atau Pemimpin Politik?

    Ini pun saya confuse.

    Banyak lagi yang saya confuse. Kalau nak tulis terlalu panjang.

    Saya cuma berharap agar Allah memimpin saya, Dato, sanak saudara dan kesemua umat Islam kejalan yang lurus dan benar. Amin.

    Wassalam.

  2. asalammualaikum,

    saya juga merasa sangat tidak faham,
    apakah dasar perjuangan pas sebenarnya.

    mereka menyatakan boleh jika penyataan di keluarkan
    oleh puak mereka,walau pun benda itu jelas haram.

    Bagi saya perjuangan pas bersama pr,semata mata untuk nama,
    jawatan dan politik .mereka mengambil kesempatan
    diatas agama islam untuk memperdayakan rakyat ,bagi menggambarkan yang mereka ini adalah islam tulin dan berwibawa.

    nasihat saya bagi rakyat malaysia berhatihati lah apabila mengundi dimasa hadapan,jangan mudah terpedaya dengan laungan tak~ bir oleh pas.telah terbukti kerajaan BN lah yang telah mempertabatkan islam di Malaysia MALAHAN di iktiraf diseluruh dunia.

    SEMOGA ALLAH MENYELAMATKAN MALAYSIA INI DARI DI PERINTAH OLEH PR. AMIIIN……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: