Rawatlah Hati Bangunlah Insan bersama YB Dato’ Hasan Mohamed Ali dan YAD Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. W. Mahmood Bin Pa’ Wan Teh

12072009983 Gombak- Pusat Khidmat Adun Gombak Setia telah berjaya menjalankan program Ibadat dengan mengadakan Qiammulail

” Rawatlah Hati Bangunlah Insan Siri ke 2″ pada 12/07/09 dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Othman Ibrahim,  Alhamdulilah program ini mendapat sambutan yang amat baik sekali dimana telah dibanjiri dengan begitu ramai yang hadir. Ketika insan sedang tidur lena tetapi hanya orang-orang yang ALLAH swt sudah pilih untuk bersama program tersebut untuk mengimarahkan rumah-rumah  ALLAH untuk merintih kepada penciptanya. Alhamdulilah program ini telah dihadiri orang besar iaitu YAD Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. W. Mahmood Bin Pa’ Wan Teh bersama ahli keluarganya. Keadaan di Masjid As-syakirin telah dipenuhi dengan begitu ramai umat ISLAM menjalankan tangungjawab walaupun solat sunat tetapi semoga dengan ibadat sunat ini dapat membantu melengkapkan ibdat yang fardhu jika terkurang.

12072009984 Kaum Ibu  dan muslimat juga turut menghadirkan program ini. Jangan kita jadikan alasan bila kita digelar kaun Hawa kita tidak boleh beribadat lebih apabila diberikan tanggungjawab untuk menjaga suami dan anak-anak.Yang penting adalah Niat kita dan semoga kaum Bapa dapat mainkan peranan sebaiknya untuk membantu isteri meringankan tugasan ikutilah sunnah Nabi saw dimana baginda tidak suka membebankan isterinya tetapi baginda amat ringan tulang untuk membantu isterinya. Sifat baginda yang penyayang itulah menjadi contoh terbaik pada kita.. Semoga dengan tolong menolong, harga menghargai, bertolak ansur akan lahirnya keluarga sakinah impian setiap insa.{Sedikit tazkirah untuk kita perbaikikan diri antara satu sama lain}


12072009991YB Dato’ Hasan Mohamed Ali dan YAD Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. W. Mahmood Bin Pa’ Wan Teh juga turut menghadirkan diri ke Program Qiammualail. Walaupun tugasan harian terlalu banyak tetapi Ibadat tidak dilupakan. Apabila kita berada di rumah ALLAH kedudukan kita adalah sama, tinggalkan segala kedudukan pangkat dan darjat yang perlu dibawa adalah Niat untuk beribadat dan  berhadapan dengan ALLAH swt dengan bersihkan hati..semoga amalan diterima..

Editor by : Khaulah Azwar

4 Responses

  1. tuan hassan ali saya mohon penjelasan tuan tentang pendirian tuan mengenai masalah politik di selangor. saya harap tuan bukan YB cari makan tapi berjuang untuk agama dan bangsa. ada pendirian sendiri. selamatkan selangor dari di perintah oleh gangster. selangor untuk melayu.

  2. Salam.
    Bila lagi nak tarik lesen penjualan minuman keras yan ada di 7 Eleven di depan stesen bas, di Greenwoodpark? Untuk pengetahuan YB apa yang telah saya tanya kepada kakitangan yang bekerja disitu dia adalah muslim. Minuman keras yang ada di situ dapat dijual dalam kuantiti yang banyak sekitar 150 botol sehari. Pembeli terdiri daripada Cina, India dan Melayu. Statistik yang dibuat pembeli Cina sekitar 10% India 20% dan Melayu Islam sekitar 70%. Daripada 70% ini pula golongan remaja Islam membeli minuman keras 40% dan selebihnya golongan belia dan warga tua yang tak sedar diri 30%.

    Kenapa kedai serbanika 7Eleven kawasan Majoriti Islam di Greenwood ini masih dibenarkan menjual minuman keras secara terbuka? Sedangkan pekerja disini juga adalan remaja Islam.

    Mengapa masih belum diambil tindakan yang sewajarnya. Adakah Kita masih mahu melihat gejala sosial ini berlaku di sekitar kawasan ini. Pohon supaya diambil tindakan segera. Janganlah hendaknya pemerintahan Pakatan sama jer pandangan rakyat seperti pemerintahan BN. YB telah menjadi wakil rakyat kami lebih setahun dan bukan alasan lagi untuk membiarkan penjualan arak ini berterusan. Tambah pula YB adalah wakil Parti Islam Semalaysia.

    Kepada orang yang bukan Islam mereka bolehlah membeli minuman keras di Seri Gombak yang bersepah kedai yang menjualnya termasuk di tempat gerai makanan berhampiran dengan Pusat Khidmat BN, TC Permata, 7 Eleven yang remaja Islam mengendalikan kedai itu, kedai runcit Cina dan restoran Cina. Jadi saya rasa tidak ada masalah untuk masyarakat bukan Islam untuk mendapatkannya.

    Wassalam

    • pendekarlekir, berapa banyak kali mahu copy paste lah? sana sini sama aje…. orang dah faham. sekarang dr hassan ali tengah usaha. kalau boleh kita terus sokong usaha dia. kalau nak cakap direct, boleh jumpa dia kat Pusat Khimat Masyarakat.

  3. saya sokong Fadzullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: