Koleksi foto Camp Briged Amal, Ukhwwah terpaut.

Gombak Setia 07Julai, 2009 – Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia telah berjaya menjalankan program Briged Amal di Alang Sedayu Gombak pada 4-5hb Julai, 2009 {2hari 1 mlm} dengan kerjasama Briged Amal Selangor. Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada umur 13-17th. Mereka yang hadir ke program ini datang daripada berbagai kawasan terutamanya daripada, Gombak, Rawang, Keramat, dan-lain.

Alhamdulilah. Pogram ini selamat dijalankan dengan mengadakan berbagai aktiviti untuk mendidik anak-anak muda kearah kebaikan.

Disini mereka diuji kecekapan, kemantapan diri, minda, emosi, daya ketahanan dan kekuatan dengan tujuan untuk menyerapkan nilai-nilai murni dengan kewujudan sikap bertuhan yang perlu ada dalam diri setiap insan. Disini pihak pengurus, dan AJK-AJK yang menjayakan program ini telah membuka minda pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh, menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan sebagai seorang pelajar. Selain dairipada itu disini mereka dilatih hidup berdidikari dengan diuji kesusahan ketika berada di dalam Hutan. Mereka dibuka dengan berbagai pendedahan. Para pelajar telah diberi semangat untuk belajar dengan sungguh-sungguh dimana pihak penganjur telah menyediakan berbagai modul daripada berbagai Jemputan pakar-pakar motivasi serta para ustaz untuk diberi suntikan rohani agar mereka sedar bahawa hidup ini amat bermakna jika dimanfaatkan sebaiknya dengan tidak membuangkan masa dengan aktiviti tidak befaedah serta mereka diajar menghormati serta menghargai Kedua Ibubapa, Guru-guru serta orang yang lebih tua. Pihak fasilitatior juga terdiri daripada Guru-guru serta pelajar-pelajar IPT dimana mereka yang telah dilatih dan telah banyak mengikuti program-program motivasi.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada pihak penganjur YB Dato’ Dr Hasan Ali, Kakitangan Pusat Khidmat ADUN Gombak Setia,  Briged Amal Selangor, Pihak-pihak fasilitator serta semua Ibubapa yang telah memberi kerjasama sehingga program ini telah berjaya dijalankan seperti yang dikehendaki. Semoga dengan adanya program-program murni ini dapat membantu dan memberi kesedaran para pelajar agar ingat 5 perkara sebelum tiba 5 perkara, dan para pelajar menjadi generasi yang berguna dimata masyarakat.


Hardcore urusetia dan barisan facilitator yang bertungkus lumus untuk bekerjasama menjayakan prgram ini.

Kedatangan adik-adik yang diberi amanah pada kami menguruskan mereka sepanjang program.. Selamat Datang dan selamat perbaikikan diri..

Akhie Zaim yang tidak jemu-jemu memberi dorongan pada adik-adik.. wah senyum lebar apa le yang dia dok mengusik adik-adik  kita ni ye..

Barisan facilitator Muslimat, adik-adik  ana yang telah diberi bimbingan oleh ana dan sahabat-sahabat pimpinan dalam apa juga kerja-kerja amal dan kini mereka turut banyak membantu kami dalam apa juga aktiviti .. terima kasih  semua semoga ALLAH menambahkan pengalaman kalian menjadi pimpinan yang lebih beribawa 1 hari nanti..insya-allah.. Daripada kiri : Liza, Atika, Ain, yani, K.Sue. K.Ani..

Barisan facilitator muslimin terdiri daripada Zaim, Redha, Yusof, Farhan, Hafiz, Kamarul

Adik2 yang telah dilantik urusetia utk jadi AJK sepanjang program mengikut lajnah.. langkah pertama untuk mendidik mereka menjadi pimpinan..

Taklimat kepada semua pserta hari pertama di Alang Sedayu.. Badan oh badan hanya disini tapi hati di lain…

Acara Pecah belon Mini Explorance .. adui.. sapa le yang menang ni…hah… games belum mula tapi banyak belon telah pecah..

Yes.. inilah juara muslimat.. 2 org yang adik baju mereh adalah juara.. disebabkan dia menang ana minta dia didenda.. heh.. tukar selera lain pula.. kesian dia. Teruk betui k.sue kita ni punya games.. seronok betul adik-adik  yang kalah tak kena denda… sabar je le..

Semua peserta diberi belon ditiup sebesar2nya sebelum games bermula..

Dah lama kami tak tiup belon tapi hari ni kami diberi peluang tiup belon sehingga banyak angin yang keluar.. haha..

Pecah jangan tak pecah belon sahabat- sahabat kamu… sapa yang hebat ni.. jom kita tengok  sapa yang kena….
Pihak urusetia & faci bagi taklimat kepada peserta.. syarat2.. games…


Apa le k.ani dan k.sue kita dok cerita ni.. ye.. ada je syarat2.. yang nak kenakan org lain ni…

Tokman yang berbaju oren banyak memberi kata-kata nasihat pada peserta

Upacara mencari harta Qarun.. ada juga yang kena sengat ulat.. disini peserta diminta cari 7jenis bunga, batu,ulat, tanah, daun, 3 cacing yang masih hidup. Tujuan adanya games ini supaya peserta tahu menilai nikmat pemberian ALLAH swt, nilai bekerjasama dengan tidak mementingkan diri sendiri..

Ya-ALLAH Napa le terseksa jiwa aku kena ikat kaki dok dalam hutan.. inilah kata2 adik2 yang kena dihantar ibubapa ikuti program ini… demi kebaikan adik2 kami kena jlnkan tgjwb dgn sebaiknya utk melihat kalian menjadi insan rabbani.

Ni dia kak kami dah dapat barang2 dikehendaki tapi ada yang tak cukup.. Pihak Faci..beri markah berapa yang layak mereka dapat…

Semua peserta diberi tunjuk cara solat yang betul.. Solat berjemaah dengan semua urusetia.

Peserta diajar mengambil wudhu dalam keadaan darurat.. bila bekalan air terputus.. jangan jadikan alasan jika air terputus tidak boleh solat,disini peserta diajar cara mengambil wudhu di sungai. Nanti kita belajar bab Tayamum ye..

Ya-ALLAH betapa penat diri ikuti program ini tapi amat menyeronokkan kerana disini saya diajar dengan berbagai aktiviti untuk membaiki kelemahan diri.. terima kasih mak ayah hantar saya disini..

Survivor cook (Masak telur Ayam).. huhu.. tak pernah2 kena masak telur. tapi bila masuk hutan saya kena ajar masak telur.. guna 2 batang mancis saja.. betul2 kes dera..

Meh2.. aku tlg hang.. ni api dah besar,, nanti telur hangus le.. (semangat kejesama…)

huhu.. telur saya hangit… habis le… tak pasal2 kena makan telur hangit..

Pasangan peserta kena mengambil peralatan masak dengan tutup mata…

Nyam.. sedapnya.. dapat makan telur separuh masak…

Ni baru ada gaya orang masuk dapur… Ginile cara yg betul…

Woi… cepat le padamkan api tu… tak pasal2… aku terbakar ni karang.. amboi Atika ni siapa yang jadi Peserta..???

Telatah adik2 yang nakal mencuit hati… asyik berposing je bila nak siap games ni..

hehe.. ingat tak dpt makan sandwish.. sebenarnya ana kena paksa makan telur.. depa dah penat masak.. so telur ni ada rasa masin, rasanya pihak urusetia takde bekalkan garam tapi napa masin ye??? nak taknak kena jugak makan.. rezki jgn tolak musuh jgn dicari…

Peserta di ajar bangun 3:30pagi untuk bangun Qiammulail.. Wahai orang yg berselimut bangunlah sucikan diri utk bertaqarub denganku (ALLAH).. Solat itu adalah lebih baik daripada tidur..Dibimbing oleh Utz Halim..dengan pengisian ruangan tazkirah..

Peserta diajar berkawad dibimbing oleh P. ibrahim bekas daripada Tentera..

Mesyuarat faci dan urusetia untuk memantapkan gerak kerja dan Games jejak bertapak yang bermula daripada 9:30mlm sehingga 1:00 pagi..

apa lagi adik2 kita ni masih tak dapat checked point yang dikehendaki..

Huhu.. peserta kena jadi ulat bulu.. tujuan games ini diadakan adalah untuk menguji emosi, daya ketahanan, amanah dll.. Kesian mereka bila sorang buat hal semua kena..patah balik.. disini ana, zaim, redha, hafiz, halim.. kena mainkan emosi peserta.. Bab buat menangis memang ana suka.. utk tarbiyahkan peserta agar amanah diberi hendaklah di jaga dgn baik.. disini ana selitkan jg tanggungjawab mereka bila mak ayah tiada lagi.. amanah diberi harus dijaga dgn baik… .

Apa yang hang belek tu… jumpa peta nak kemana pula tu…

Hehe.. adik2 yang begitu semangat bangun awal pagi utk teruskan aktiviti amal..

P.Ibrahim yang tak henti2 bagi araham pada peserta dalam pembahagian tugasan kepada adik2 muslimat..

Amboi suka benar depa ni bila kamera mengadap ke mereka.. telatah adik2 muslimat..

Lapor le akak.. nak makan dulu sebelum bertugas…

Amboi tengok tu adik2 kita ni… makan dengan penuh kusyuk..kan bagus jg akhlak jadi anak yang sopan dalam apa sekali keadaan..

Nak hilangkan penat.. sempat juga adik2 muslimin ni nak berfoto dgn ana.. 2 org ni memang nakal.. becok mulut macam murai.. hehe..

Adik-2adik muslimat telah sampai ke Masjid Zakaria mendengar taklimat sebelum mula tugasan.. Perbetulkan Niat adik sebelum kita mulakan tugasan ingatlah 7 golongan yang ALLAH cinta.. salah 1nya adalah org muda yang hatinya bertaut dirumah ALLAH dan melakukan kerja-kerja kebajikan…

Urusetia begitu semangat menggantungkan banner dimasjid..

Hai tukang cuci meyakitkan hati.. hehe..sempat lagi adik2 ni menyayikan lagu p.ramle.. tegok tu adik2.. seronok betui depa cuci masjid.. sempat lagi berposing.. suka hatile.asalkan keje hangpa siap noh…


Lap jang tak lap…. hati kita ibarat seperti cermin, kalau tidak dibajai dgn zikruallah dan ILMU maka hati itu akan menjadi keras dan hitam begitulah cermin.. bila tidak dilap maka cermin akan menjadi kotor dan berdebu..

Wah mengalahkan Technician le pula sampaikan kipas angin pun dibuka utk bersih dan betul yang rosak.. bagus3x.. teruskan

Semangat kerjasama.. alhamdulilah akhirnya bersih juga kapet masjid ni..

Bestnya le dapat main sabun…



hari ini kami kena mengecat masjid.. semoga setitis air peluh yang mengalir diterima ALLAH swt.. & jika ada pahala akan diberi pada kedua ibubapaku.. Ya-ALLAH terimalah amalanku..
Alhamdulilah akhirnya Signboard Masjid dpt disiapkan.. syukran k.sue tunjuk ajar kami menyusun atur dgn cara yang betul..

Ok adik2 tlg buatkan 3 colum untuk ruangan tazkirah, Akiviti Masjid, Informasi.. mana2 iklan lama tlg buangkan.. ok..

Erm.. baru nampak keceriaan pandangan masjid.. lebih2 bila dah kena cat…

Alhamdulilah kami dah selesaikan tanggungjawab kami… best dapat buat keje amal ni…

Bersama adik2 peserta didepan Alang Sedayu…

Kumpulan adik2 ni paling aktif dan sporting..mereka menang tempat ke 2..bangunan mereka blh menampung 17 file je lepas tu runtuh.. hah… hah… ini dia rupa bentuk straw utk membina bangunan dimana pserta hendaklah kaitkan bangunan tersebut dgn ISLAM dalam diri…

kumpulan adik ni menjadi johan.. dimana mereka blh muatkan 30 file.. TAHNIAH ADIK/ kreatifnya adik2 semua.. inilah bakat yag ALLAH beri perlu diasah dgn baik.. Bangunan petronas..

kak kami tak siap lagi bagi masa 20 minit..Erm cana nak siap semangat kejesama sama tidak ada.. kalau berposing blh harap le.. .. adik2 perbaikikan diri ye..

Peserta diberi kain utk tutupkan mata sebelum mula games Blind trail

aya.. ini orang mahu bawa kami dimana.. jauhnya perjalanan..

Ya-ALLAH kenapa le hari ini kami jadi tentera tak bertauliah.. disini peserta diuji daya ketahanan.. semangat berpasukan..

Erm tak dapat menaiki gunung everest pun tak pe le tapi hari ini kami diajar mendaki gunung dan cara turun bukit yg betul.. betul2.. mencabar.. Kesabaran teruji..

Letih betul le.. saya orang pertama sampai dan berjaya megharungi ujian ini… Nak tidur sat le.. sementara tunggu kawan -kawan lain..


hehe.. jadi kelam kabut adik2 muslimat ni.. bila tali rintangan terlalu banyak dan kawasan lecak..

Modul ni K.sue minta mereka nyayi lagu aya cik titi perempuan banyak muda.. ana banyak susah hati krn mata ditutup.. wang dan ringgit nana tata helan…tp jlan banyak sangkut2.. pe…pe..le..


Wah ada gaya masuk kem askar ni.. depa terpedaya dgn kami.. rupa2 ini cara depa.. bocor rahsia.

Huhu, kawan2 cepatle.. dah tak larat ni… tlg pastikan jgn ada yang tercicir ye…tak larat asyik main lumpur hilang jerawat kita semua dapat  losyen muka terbaru..huhu.. kena pula masuk sungai.. dgn tutup mata.. halangan ke 3.. ni…dibawah jambatan..

Hah… pusingkan badan kebelakang, langkah 2 tapak.. tunduk.. ada pokok atas tu ada kera nanti ada juga kera naik atas kepala.. tunduk2 ada kayu tu.. heh.. tu le arahan k.sue.. yg suka kenakan adik2.. menguji kesabaran betul.. jgn marah k…

yes.. bestnya dapat main air… tapi kami tak puas mandi 10 minit je dibagi..

huhu,, sejuk2.. tak tahan le.. cepat le naik..adik2 semua ada lagi games nak kena buat ni…

sesi muhasabah diri dan perjanjian kontrak peserta perlu diisi utk diberi pada mak ayah..



Alhamdulilah selamat sudah program 2hari 1 mlm.. lepas ni blh le tidur sepuasnya2 ye..

K. adik2 akak semua.. kak wakil Staff ADUN Gombak setia & semua AJK yg terlibat mohon maaf banyak2 sepanjang bersama kami jika terdapat kesilapan dan kekurangan..apa yag kami lakukan adalah utk kebaikan adik2.. ok.. Ubahkan pradigma anda,org lain tak mampu mengubahnya melainkan diri kita sendiri..moga jadi anak yang soleh.. kuatkan semangat utk belajar bersungguh2.. KEJAYAAN ADIK2 KEGEMBIRAAN KAMI SEMUA.. K. Illaliqa.. Maaf atas segalanya.. semoga diberi peluang bertemu kembali.. isnya-allah..

Mak abah kami merindui kalian… ..

Amboi Abng Yusof dapat adik nampak.. oo adik ni memang touching.. selalu je tegur ana.. minta diri dinasihatkan.. sayu je dia saat perpisahan.. TAUTAN hati sudah bertaut disini..

Kenangan terakhir bersama Utz Akhwan pakar motivasi.. yang tak kering gusi mendengar ceramahnya tapi banyak pesanan diberi.. moga ada keinsafan dihati adik2 semua..


BERAMAL KERANA ALLAH .. ILMU, LATIHAN, TEKUN

Editor by : Khaulah Azwar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: