Pusat Khidmat Masyarakat ADUN GOMBAK SETIA Cawangan Tmn Sri Gombak

Gombak Setia 03hb Julai, 2009 – Pusat Khidmat Masyarakat Adun Gombak Setia kini telah menubuhkan sebuah cawangan Pusat Khidmat Masyarakat iaitu Cawangan Tmn Sri Gombak  yang terletak berhampiran Pasar Tmn Sri Gombak di Tingkat 1 Fasa 3. Sebelum ini Pusat tersebut telah beroperasi di Fasa 1.

Pusat Khidmat tersebut  telah beroperasi pada  1hb Julai, 2009 dan waktu pejabat adalah 9:30pagi sehingga 5:00ptg. Sekiranya orang ramai ingin berurusan mengenai sebarang permasalahan boleh membuat aduan di  Pusat Khidmat Masyarat Cawangan Tmn Sri Gombak dan boleh berhubung terus dengan Mr. Kwong di Talian : 019-3376353.

Semenjak pejabat Pusat Khidmat ini beroperasi dengan adanya Kelab Penyokong PAS yang terbuka kepada kaum India & Cina, kini Mr. Kwong telah berjaya mengumpul ahli lebih 60 orang. Kelab penyokong PAS terbuka peringat umur 21thn keatas.

Tujuan penubuhan Pusat Khidmat ini adalah  untuk memudahkan semua masyarakat untuk berurusan dengan ADUN. Mereka boleh membuat berbagai aduan, permohonan bantuan seperti mendapatkan borang  Bantuan (Pegajian IPT, Ibu Tunggal, Warga Emas, Kelab Penyokong PAS)   serta  lain-lain urusan.

Dengan tertubuhnya kelab penyokong PAS , insya-ALLAH akan diadakan beberapa program untuk semua peringkat umur dan kini dalam peringkat cadangan yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat  adalah perlawanan Badminton pada 2hb Ogos,2009.

Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk menarik minat  masyarakat untuk mengisi waktu lapang dengan kerja-kerja aktiviti yang berfaedah bagi mengelak  anak-anak muda terlibat dengan aktiviti sosial yang tidak berfaedah.

IMG_6896

Mr. Kwong sedang melayani beberapa orang untuk menjadi Ahli  Kelab Penyokong PAS yang  begitu semangat untuk menjadi ahli.


IMG_6895

Mr. Kwong menerangkan  cara-cara mengisi borang  kepada  mereka yang berminat untuk  menjadi ahli.


IMG_6894

Pandangan hadapan Pejabat  PUSAT KHIDMAT  MASYARAKAT ADUN GOMBAK SETIA CAWANGAN TMN SRI GOMBAK.

IMG_6893

Pandangan  di dalam bilik pejabat beliau  yang baru operasi…

Editor By: Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: