Liputan Kempen Kesedaran OSCC Isu Keganasan Rumah Tangga & Perundangan Wanita

21hb Jun, 2009-Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kehadrat ILAHI akhirnya program yang disusun atas permintaan Wirda (Women’s Institute for Research Dev. & Advancement) agar Pusat Khidmat Dun Gombak Setia dapat memberi kerjasama dengan mereka untuk menjayakan program ini..

Walaupun kami di Pusat Khidmat GS jadual terlalu penuh dengan program..ketika ini tetapi kami tidak mahu mengecewakan permintaan mereka maka dengan itulah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia telah berbincang dgn Yb Dato’ Hasan Ali untuk menerima program ini walaupun last-last minit tetapi akhirnya proram ini dapat berjalan dengan baik atas kerjasama semua AJK yang terlibat..kerana apa yang kami fikirkan bahawa ada baik juga program ini dilangsungkan kerana bila dilihat modulnya sangat baik dan perlu didedahkan kepada semua kaum WANITA tidak kira Pelajar IPT, Ibu, Remaja/Kanak-kanak kerana penderaan seperti Kes Rogol, Ugutan, Penderaan Emosi, Gangguan Seksual yang berlaku tidak kira dimana saja samada di Sek, IT,Pejabat. Dengan itulah kami perlu meneruskan program yang banyak memberi manfaat kepada yang mendengar dan meluangkan waktu untuk kebaikan diri mereka sendiri.. TAHNIAH DAN SYABAS untuk mereka yang hadir  bagi yang tidak dapat hadir..insya-allah akan dibuat lain waktu.. dan pihak kami ingin  sertakan  rakaman video klip OSCC tetapi besar sangat filenya,  maka kami tidak  dapat  sertakan rakaman tersebut..mohon maaf tidak dapat memenuhi permintaan.

Alhamdulilah majlis akhirnya di tutup oleh Ustazah Khatifah Zamani Sulong Ahli Majlis MPS/JKP Zon 11..Gombak

Ahli panel yg terdiri daripada :
Dr Patmawati Ibrahim- Penysarah UM
Dr Siti Norain Roslim-Ketua Jabatan Kecemasan, Hospital Selayang
En. Ishak – Peg. kecemasan Daerah Gombak
Tn Asp Abd. Nasser B. S. Salleh-Ketua Polis Ibu pej. Polis Daerah Gombak
Pn. Afzan Harison-Peguambela & Peguamcara Ahli BAR Counsel.

Alhamdulilah pengisian mereka sungguh mantap buat semua peserta begitu teruja untuk terus mendengar dan tidak mahu berganjak..TAHNIAH kepad semua ahli panel..

TAHNIAH juga kepada semua Peserta yang tidak berganjak mendengar taklimat OSCC.. mendapat sambutan yang amat baik sekali.. moga ILMU yang diberi dapat membantu mereka mempersiapkan diri sebelum ditimpa musibah pada diri sendiri, keluarga/ jiran tertangga.. KATAKAN TIDAK pada penderaan!!!

Alhamdulilah Muslimat tidak pernah mengenal erti penat.. selepas program kaum Ibu 20/6/09 hari ini mereka juga menyumbangkan tenaga mengemaskan Dewan, PA sistem dan lain-lain  tugasan, buah fikiran bagi meneruskan perjuangan ini untuk memastikan program OSCC berjalan dengan baik walaupun diberi notis program seminggu (Terima Kasih En.Omar mentarbiyahkan kami buat kerja dengan short notis.. (Lain kali buat lagi ye..hehe..) untuk melihat gerak kerja muslimat yang tidak pernah mengalah /mengeluh, kerana kami diajar dengan “Baiah” pada pimpinan setiap arahan diberi dengan apa sekalipun asalkan tidak melanggar syariat) hanya tawakal pada ALLAH moga semua urusan dipermudahkan…..walaupun muka nampak penat dimamah kepanasan mentari dalam program sambutan hari Ibu.. tetapi bila bertemu dengan sahabat2 semua tenaga kami disatukan.. syukran sahabat2.. apa yg penting KERJASAMA..


Majlis dirasmikan oleh Yb Cikgu Mohd Radhi Yusof merupakan Pengarah Pusat Khidmat Adun Gombak Setia. Mohon maaf YB Dato’ Hasan Ali tidak dapat hadirkan diri di program ini kerana beliau merasmikan program Bola Sepak yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Gombak Setia..alhamdulilah.. semua dapat memberi kerjasama dengan baik.


Doa menjadi tunggakan utama sebelum majlis dirasmikan bagi memberkati majlis tersebut.. Doa Dibaca oleh Ybhg. Utz Amir daripada JKP Zon 11..

Alhamdulilah tidak disangka-sangka program yang dirancang last-last minit mendapat sambutan orang ramai..kehadiran yang tak disangka2 mencecah lebih daripada turget kami… sehingga makanan pun tidak mengcukupi kemudian kami terus membuat tempahan lebih agar semua peserta dapat menikmati juadah dengan sama rata..


AJK WARDA dan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia melayani kerenah anak2… ana juga teringin nak masuk… tapi takde harapan buat pertama kalinya ana kena uruskan Unit IT.. seumur hidup berkhidmat dalam Unit IT dalam program.. tapi alhamdulilah semua berjalan dengan baik..bila lagi nak belajar sesuatu yang kita tak pernah buat..

Wah kusyuk dan tawadhuk adik2 nak siapkan lukisan mereka, ni mak/anak yang ambil bahagian ni ye??

Cerianyale adik-adik ini bila mendapat hadiah saguhati…

Walaupun kalah anak-anak ini tetap diraikan dengan hadiah saguhati daripada Pusat Khidmat Adun Masyarakat GS..

Alhamdulilah dapat jg saya hadiah bagiak kaum ibu..

TAHNIAH  & TERIMA KASIH BUAT YB DATO’ HASAN ALI, Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia serta semua AJK yang terlibat atau tidak  kerana memberi laluan untuk meneruskan program ini..

Editor by : Ukhti Khaulah Azwar



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: