`Kuliah Magrib Surau Jabbar Nur Di Sri Gombak Fasa 8

Salam/ selamadato bg ceramaht sejahtera..

Gombak Setia- 29hb Jun, 2009- Yb Dato’ Dr Hasan Mohamed  Ali, Dun Gombak Setia merangkap  Exco Kerajaan Negeri Selangor alhamdulilah dapat meneruskan tanggungjawab menjalankan tugasannya bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia  untuk bersama  penduduk Sri Gombak Fasa 2 menunaikan solat berjemaah disamping itu dapat memberi ruangan tazkirah dan membuat perjumpaan dengan AJK surau menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pihak Surau Jabbar Nur.

Yb Dato’ Hassan menyarankan agar setiap surau dan masjid hendaklah mengimarahkan rumah-rumah ALLAH setiap hari dengan mengadakan kuliah magrib 3x seminggu atau paling kurang mengadakan kuliah subuh hujung minggu dengan mengadakan kuliah dhua. Dengan adanya kuliah di Masjid/surau maka anak-anak muda, penduduk sekitar dapat manfaatkan masa dengan sebaiknya.

discuss surauSelain daripada  itu juga Yb Dato’ Hasan memberi tekanan pada pentadbiran Masjid/surau hendaklah mainkan peranan dengan baik dengan menjalankan tugasan dengan penuh jujur. Pentadbiran kewangan hendaklah dimanfaatkan sebaiknya untuk mengadakan berbagai program untuk kaum ibubapa dan anak-anak. YB dato’ Hasan memberi contoh di Singapura meruapakan pentadbiran masjid yang baik walaupun Negara itu terdiri ramai orang kafir, amatlah berbeza di M’sia. Namun pun begitu YB Dato’ Hasan serta pihak pengurusan yang lain akan berusaha membantu sedaya upaya untuk melengkapkan kelengkapan Masjid, Surau. Kini pihak mereka sedang dalam peringkat perancangan untuk adakan kompleks setiap Masjid dimana akan terdirinya sebuah Nursery, Klinik  dan diadakan  Padang Futsal berhampiran Masjid agar  selepas anak-anak bermain mereka boleh berhenti seketika dan tunaikan solat kemudian boleh meneruskan riadah mereka. Disamping itu juga kompleks tersebut akan dibawa masuk barang-brang produk yang halal tanpa was-was kepada semua pengguna. Semoga dengan usaha sedemikian akan memberi kemafaatan sebaiknya pada kita semua sebagai umat ISLAM.

perbincagan masaalah surau jabar nurYb. Dato’ Hasan juga berkata bahawa Masjid dan surau selain tempat beribadat, menuntut ilmu akhirat ia  boleh juga digunakan tempat bermusyawarah/mesyuarat, mengeratkan ukhwwah antara AJK dan penduduk, tempat  perbincangan dengan semua Ahli pengurusan pentadbiran dan penduduk juga boleh mengemukakan sebarang masalah pentadbiran kepada AJK pentadbiran yang telah dilantik agar dapat diperbaiki dengan lebih baik. Semoga dengan kerjasama Yb Dato’ Hasan dengan semua masyarakat tidak kira bangsa dan agama akan melahirkan Masyarakat yang harmoni..insya-allah..

Alhamdulilah program  ini selesai 9:30mlm dengan jamuan ringan bersama pendududuk. waalaupun dihidangi dengan juadah tetapi beliau tetap melayani kereneh AJK pengurusan dengan berbagai Surat, dokumen untuk ditandatangani.

Seperti sunah Nabi saw ketika bersama sahabat-sahabat dimana Baginda gunakan masa untuk perbincangan pentadbiran Negeri. Semoga sunah baginda diikuti oleh kita sebagai umatnya.. Insya-ALLAH.

dato mendengar masalah pendudukmkn mslmt

Editor by : Ukhti Khaulah Azwar

http://khaulah-azwar.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: