ADUN lawat mangsa “kecuaian hospital”

Taman Selasih-Seorang bapa, Hj Abd Aziz Taib meluahkan rasa kesal terhadap sebuah hospital yang lambat mengambil tindakan sehingga menyebabkan jari kaki anaknya mengalami masalah.

Beliau yang juga pesara polis berkata, anaknya yang menghidap sindrom down sejak dilahirkan dimasukkan ke unit ICU hospital berkenaan kerana didapati mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Menurutnya, ketika anaknya itu dimasukkan ke ICU, kaki anaknya bertukar kemerahan dan terdapat kesan suntikan di bahagian kaki itu.

Disebabkan kemerahan itu, isteri beliau memberitahu kepada jururawat yang bertugas namun tiada tindakan sewajarnya yang diambil. Setelah berpindah ke wad lain, 2 jari kaki anaknya bertukar menjadi kehitaman. Abdul Aziz berkata, kesan kelambatan tindakan pihak hospital berkenaan menyebabkan kaki anaknya kehitaman dan hampir dipotong.

Akibat kesal dengan tindakan pihak hospital berkenaan, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Selayang kerana mendakwa berlaku kecuaian oleh pihak hospital berkenaan.

Y.B Dato’ Dr Hasan Ali berkesempatan meluangkan masa untuk menziarahi keluarga Hj Abd Aziz baru-baru ini. Beliau turut bersimpati atas apa yang telah berlaku kepada anak Hj Abd Aziz itu.

Sumber Berita : Sinar Harian

img_5322

img_5323

img_5324

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: