• Jom Daftar Pemilih!

  • RSS Harakahdaily

    • PAS Sarawak pertimbang guna lambang BN January 19, 2020
      KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) di P.176 Kimanis semalam adalah sebahagian daripada petanda awal Muafakat Nasional (MN) sudah mula diterima di Borneo. Fenomena ini adalah sebagai refleksi daripada kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurus negara dan gagal mengembalikan kepercayaan rakyat Sabah khususnya di Kimanis. Ini perlu diterima oleh PH supaya mere […]
      Zaid Adhar
    • JAKIM dan isu Pesta Ponggal January 19, 2020
      SURAT yang dikeluarkan oleh Sektor Operasi Sekolah KPM bertarikh 13 Januari 2020 jelas menyatakan bahawa Haram bagi Muslim meraikan perayaan Ponggal. Keputusan ini adalah berteraskan Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM yang diputuskan pada 8 dan 9 April 2019. Mesyuarat turut menjelaskan bahawa acara memasak Nasi Susu mestilah dijauhi oleh Muslim. Anehnya, ke […]
      Zaid Adhar
    • Krisis Idlib dan psywar Amerika January 19, 2020
      LATAR belakang (1)     Idlib bergolak sejak sekian lama. Sarat dengan propaganda Barat yang menghiasi alam media. Pada 31 Ogos 2019 BBC menyiarkan serangan US ke atas Idlib. Tetapi mereka lapik dengan mengatakan serangan itu ke atas pimpinan al Qaeda di Idlib. Al-Qaeda di Idlib asalnya dikenali dengan nama an-Nusra Front. Kemudian bertukar kepada Fatah Syam […]
      Zaid Adhar
    • Rumah RM423k tidak seheboh RM328k Mercedes January 19, 2020
      HAMPIR sehari berlalu, berita dan peristiwa Kerajaan Kelantan pimpinan YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob yang telah menganugerahkan sebuah Rumah Banglo bernilai hampir setengah juta Ringgit (RM423,000.00) kepada Johan Qari Antarabangsa kali ke-60 (2018), Ustaz Haji Abdullah Fahmi Che Nor. Hadiah yang diberikan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran per […]
      Zaid Adhar
    • Isu Ponggal: Perlu hormati pegangan agama lain January 19, 2020
      IPOH: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Perak, Yougan Mahalingam menyifatkan bahawa isu meraikan Pesta Ponggal ini tidak seharusnya terjadi di dalam negara Malaysia yang sekian lama telah didiami oleh masyarakat berbilang kaum. Menurutnya, tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran mem […]
      Izwan Abdul Halim
    • PAS galak ahli sertai sektor pertanian January 19, 2020
      BUKIT GANTANG: PAS menggalakkan ahli-ahlinya menyertai pelbagai bidang dalam sektor pertanian kerana ia merupakan  sumber pendapatan yang stabil dan mampu meningkatkan ekonomi keluarga. Pertumbuhan penduduk semakin meningkat telah membuka peluang luas dalam menyediakan sumber makanan dengan harga berpatutan sesuai dengan perkembangan ekonomi negara dan globa […]
      Izwan Abdul Halim
  • Archives

  • March 2009
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Online

    website stats
  • Meta

ADUN lawat mangsa “kecuaian hospital”

Taman Selasih-Seorang bapa, Hj Abd Aziz Taib meluahkan rasa kesal terhadap sebuah hospital yang lambat mengambil tindakan sehingga menyebabkan jari kaki anaknya mengalami masalah.

Beliau yang juga pesara polis berkata, anaknya yang menghidap sindrom down sejak dilahirkan dimasukkan ke unit ICU hospital berkenaan kerana didapati mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Menurutnya, ketika anaknya itu dimasukkan ke ICU, kaki anaknya bertukar kemerahan dan terdapat kesan suntikan di bahagian kaki itu.

Disebabkan kemerahan itu, isteri beliau memberitahu kepada jururawat yang bertugas namun tiada tindakan sewajarnya yang diambil. Setelah berpindah ke wad lain, 2 jari kaki anaknya bertukar menjadi kehitaman. Abdul Aziz berkata, kesan kelambatan tindakan pihak hospital berkenaan menyebabkan kaki anaknya kehitaman dan hampir dipotong.

Akibat kesal dengan tindakan pihak hospital berkenaan, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Selayang kerana mendakwa berlaku kecuaian oleh pihak hospital berkenaan.

Y.B Dato’ Dr Hasan Ali berkesempatan meluangkan masa untuk menziarahi keluarga Hj Abd Aziz baru-baru ini. Beliau turut bersimpati atas apa yang telah berlaku kepada anak Hj Abd Aziz itu.

Sumber Berita : Sinar Harian

img_5322

img_5323

img_5324

Keprihatinan ADUN

Sri Gombak-Masalah gas toksik yang berpunca dari tempat pelupusan sampah haram berdekatan Sri Gombak Fasa 8 telah diambil perhatian oleh pihak yang berkaitan.

Pegawai Operasi Balai Bomba Selayang, PBK 2, Azrel Azuan Ahmad berkata, bagi menangani masalah ini sementara waktu, pihaknya menggunakan kaedah “Total Flanting” dengan mengalirkan air dan meresap ke bahagian bawah tanah untuk memadamkan gas toksik dan juga api di kawasan itu.

Menurutnya, disebabkan kawasan itu jauh dari sumber air pihaknya sukar untuk menjalankan kerja-kerja memadam api dan gas tersebut. Katanya, bagaimanapun pihaknya mendapat bantuan air dari SYABAS yang menghantar beberapa lori tangki air untuk memudahkan kerja memadam terbabit.

ADUN Gombak Setia, Y.B Dato’ Dr Hasan Ali turun meninjau kerja-kerja yang giat dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Beliau berharap penduduk dapat bersabar dan berterima kasih kepada pihak yang turut bersama dalam menangani masalah ini termasuk pihak Balai Bomba Selayang, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Selayang, SYABAS & penduduk tempatan.

img_5317

img_5320

img_5321