MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Taman Gombak – Baru-baru ini, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia telah menganjurkan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Dun Gombak Setia. Anugerah pelajar cemerlang tersebut diberikan kepada pelajar cemerlang UPSR & PMR bagi tahun 2008 yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan ; 5A bagi pelajar UPSR & 8A bagi pelajar PMR. Penyertaan yang diterima amat menggalakkan dengan melebihi daripada 200 penyertaan. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Dr Hasan Ali, ADUN Gombak Setia dan oleh En Radzi, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia.

img_5441

img_5454

img_5455

img_5463

img_5467

img_5464

img_5472

img_5480

KEM KEPIMPINAN REMAJA ISLAM

banner-kkri1

Majlis Penyerahan Skim Mesra Emas Fasa 2

Taman Gombak – 8 keluarga di bawah Dun Gombak Setia hari ini telah menerima sumbangan skim Mesra Usia Emas yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi bayaran kali kedua. Sebelum ini, 8 keluarga telah menerima bayaran kali pertama sebanyak RM1000 dan bagi bayaran kali kedua ini, mereka menerima bayaran sumbangan sebanyak RM1500. Serahan ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Dr Hasan Ali, ADUN Gombak Setia pada satu majlis yang telah diadakan baru-baru ini.

img_5404

img_5405

img_5406

img_5409