Haram Judi Loteri Cadangan Tepat

background-pas

Sinar Harian, 20/1 – Pas Selangor menyifatkan cadangan pengharaman judi loteri di seluruh Shah Alam sebagai tepat dalam usaha kerajaan negeri mengawal permasalahan sosial masyarakat, kesan aktiviti negatif tersebut.

Pesuruhjayanya , Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pelaksanaan itu perlu disegerakan selepas penyelidikan dan kajian membuktikan kegiatan tersebut banyak menyumbang kepada masalah sosial seperti bunuh diri, jenayah dan keretakan rumah tangga.

“Cadangan itu adalah tepat dan saya yakin pengharamannya adalah seiring dengan kehendak masyarakat disemua peringkat dan perlu dilihat bukan bertujuan menjaga kepentingan agama semata-mata tetapi melibatkan kepentingan seluruh masyarakat”.

“Saya memuji cadangan itu apatahlagi ia sebahagian usaha mengawal permasalahan sosial dalam masyarakat khususnya berkaitan dengan aktiviti judi sehingga kesannya mula menular dikalangan generasi muda terutama golongan pelajar”, katanya.

Menurut Dr Hasan, cadangan tersebut seharusnya mendapat pertimbangan wajar DAP kerana ia memberi kesan positif kepada masyarakat.

Mengenai adakah cadangan tersebut akan menjadi petunjuk aktiviti perjudian di negeri ini akan diharamkan secara berperingkat, Dr Hasan berkata: “Kita tengok apa reaksi masyarakat tetapi saya yakin pencegahan adalah penting dan pengharaman judi ini akan menjadi salah satu cara berkesan”.

3 Responses

  1. Satu lagi bentuk judi yang berluas luasa adalah pertandingan memancing.Orang kita terjerumus dalam judi ini kerana semacam direstui oleh pemimpin yang selalu merasmikan dan ia dianjurkan oleh badan – badan yang nampak baik.Sebarang perbuatan yang mengumpul dana dan dibuat pertandingan dan ada pehak kalah dan ada yang menang ADALAH JUDI.Dato’ Hassan cuba tengao dan juga JAKIM.Jangan jadi masa zaman 60an Loteri kebajikan masyarakat macam OK aje…walhal judi.

  2. memang terdapat pelbagai pandangan ulama mengikut pengajian saya pertandingan memancing tak dipanggil judi krn sebahgian kos yuran itu digunakan utk makan,sewa tempat dsb..bukan semua utk hadiah.Dan ada juga hadiah daripada luar.

  3. hapuskan judi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: