ANCAMAN ISLAM LIBERAL

hasan-ali08 Shah Alam- Umat Selangor di Selangor kini menghadapi satu    lagi ancaman yang boleh merosakkan akidah. Selain ancaman  ajaran sesat yang kini berjumlah 23 ajaran yang telah difatwakan, ancaman terkini yang boleh memesongkan akidah ialah gerakan fahaman Islam Liberal.

Fahaman berkenaan dikatakan lebih mempersoalkan Hadith Nabi s.a.w, ibadah harian dan wahyu termasuklah ketuhanan yang ditafsirkan menggunakan logik akal semata-mata.

Fahaman ini dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dan negara barat yang digerakkan secara terancang oleh individu yang berfahaman sekular dan mendapat serta dinaungi organisasi tertentudari dalam dan luar negara. Demikian dinyatakan oleh YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur, dan Kemudahan Awam, semasa merasmikan Muzakarah Sehari Bersama Ulama’ sempena sambutan 60 tahun Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ).

” Ia ( Islam Liberal ) memang sama sekali bertentangan dengan apa yang diasuh oleh Islam. Mereka manjadikan akal fikiran sebagai tuhan tanpa percaya kepada wahyu Al-Qur’an dan Allah swt “.

Beliau turut menambah, ” Dengan pendekatan strategik mempengaruhi golongan atasan dan intelektual dan bergerak secara terang seakan ajaran Islam sebenar. Modus Operandi hampir menyamai golongan anti hadith yang terdiri dari golongan orientalis atau sekular”.

2 Responses

  1. Salam… Dalam memerangi ajaran sesat ini, saya mengharapkan pihak kerajaan negeri selangor terutamanya dari kalangan PAS agar lebih berhati-hati. Kita tidak mahu menzalimi atau mengulangi kezaliman yang berlaku di zaman silam. Kita perlu ingat di dalam Islam mmg ada jalan2 kesufian yang menjuruskan amalan ke arah zikir yang kelihatan seperti sesat malahan ia hanyalah ketekunan pengamal kesungguhan dalam beribadat.

    Seperti mana kita tidak jelek melihat org memekik melolong mencarut ketika di stadium, menagapakah kita hairan org berzikir dengan sungguh2 di surau.

    Harap kita tidak memerangi org yang tekun beribadat semata2 mencari keredhoan Allah di atas jalanNya.

    Ia perlu dilakukan dengna hati-hati dan penuh hikmah.

  2. Di Gombak utara ni sudah banyak ajaran sesat sudah menular, bermacam macam ajaran yang saya dengar, contonhya yang tidak mempercayai sirah nabi pun ada,belajar menyorok nyorok supaya jangan di ketahui oleh orang,kaafi lah konon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: