Perasmian Solat Jumaat Masjid Lama Batu 6

Gombak – Selepas mendapat kebenaran dan pengesahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini, Masjid Lama Batu 6 akan diberi kebenaran kembali untuk menunaikan solat jumaat di situ. Majlis Perasmian akan diadakan pada 9 Januari  2009, Jumaat ( Esok ) mulai jam 12.00 tengah hari. Antara tetamu yang akan hadir adalah Y.B Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak dan Y.B Dato’ Hasan Mohamed Ali, Adun Gombak Setia. Y.B Dato’ Hasan  turut akan menyampaikan khutbah jumaat dan mengimami solat  jumaat.

Aturcara majlis:

  • Ucapan Pengerusi Majlis
  • Ucapan Orang Besar Daerah Gombak
  • Ucapan Y.B Azmin Ali
  • Tazkirah Jumaat oleh Kadi Daerah Gombak, Ust Daim Jajuli
  • Khutbah & Solat Jumaat – Dipimpin oleh Y.B Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali
  • Jamuan

SEMUA MUSLIMIN ADALAH DIJEMPUT HADIR

Advertisements