ADUN janji masalah banjir akan diselesaikan

Sinar Harian,24 Julai 08, Khamis – Masalah banjir yang telah sekian lama dihadapi oleh masyarakat di daerah ini akan diselesaikan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali berkata, sebagai wakil rakyat di sini beliau mahu memberikan keutamaan untuk menyelesaikan masalah ini yang telah sekian lama berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia. Menurutnya, perkara utama yang akan dijalankan ialah dengan melakukan penebatan banjir di kawasan yang telah berpuluh-puluh tahun dilanda banjir seperti Taman Greenwood dan Taman Gombak bermula 1 Ogos ini.

“Satu mesyuarat khas telah pun diadakan bersama penduduk kampung dan agensi-agensi utama termasuklah Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Pengairan dan Saliran  (JPS),  dan Pejabat Daerah Gombak yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah khususnya di DUN  ini, ” katanya.

Katanya, perancangan mengenai penebatan banjir di kawasan Batu 6 Gombak hingga Batu 12 Gombak telah dipilih untuk dijalankan tidak lama lagi dan pertemuan yang diadakan adalah untuk mengemukakan masalah, kemudian disiasat dan seterusnya diambil tindakan.

4 Responses

  1. Assalamualaikum Dato,Jika jadi Pas Selangor menerima tawaran bergabung dengan Umno maka terjatuhlah TALAK TIGA keatas isteri-isteri semua YB ADUN PAS Selangor termasuklah isteri Dato sendiri seperti lafaz TAKLIK yang pernah Dato ucapkan di Taman Seri Gombak semasa kempen PR sejurus sebelum pilihan raya dulu.Saya hanya sekadar rewind memory sahaja.

  2. waalaikumsalam,

    orang tanjung kena faham lafaz taa’liq yg disebutkan itu jikalau kita masuk UMNO yg masih mengamal dasar sekular,tetapi kalau ditakdirkan bergabung dgn UMNO yg blh terima hukum islam ,maka terbatallah lafaz tadi,kerana content nya berlainan. Dlm kaedah ” Taghaiyurul hukm ma’a taghaiyurul zaman wal makan”

  3. Informasi Permatang Pauh khusus dan info terkini bagi team Ketua Wanita Keadilan di Permatang Pauh

    http://www.p99ampang.com

    klik ke Permatang Pauh ataupun

    http://www.p44.p99ampang.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: