Kearah Pencapaian Kecemerlangan Gombak Setia

Gombak, 22 Jun, 2008. Seramai 480 peserta yang terdiri daripada mereka yanag akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM telah datang ke Program SMART LEARNING yang di anjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia. Program yang julung kalinya di adakan ini setelah Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor adalah bertujuan untuk mendedahkan anak-anak yang mengambil peperiksaan pada tahun ini teknik pembelajaran yang efektif bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

YB Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali telah meluangkan masa bersama para peserta serta ibu-bapa di sebelah petang dan memberikan semangat serta motivasi agar masyarakat Gombak dapat  melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang melalui program sebegini yang berterusan akan di adakan.  

7 Responses

  1. Tak nak buat kat Klang sekali ke?

  2. 25 Jun 2008

    Kepada

    YB Datuk Dr. Hassan Ali
    PENGERUSI J/KUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM,
    ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
    PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT
    KERAJAAN NEGERI SELANGOR,
    TINGKAT 2, BANGUNAN SSAAS,
    40503 SHAH ALAM
    eMail : HASANALI@SELANGOR.GOV.MY

    YB Datuk Dr ;

    SURAT TERBUKA BUAT YB. DATUK DR. HASSAN ALI.

    Salam buat YB Datuk Dr. diharap dalam lindungan Allah di pelihara semangat juang yang tinggi.

    Sejak kebekangan ini ada banyak desas desus yang kedengaran berkaitan nama YB Datuk Dr Hassan Ali yang agak kurang enak didengari. Cerita ini mungkin timbul ekoran ketidaksenangan teman – teman BN terhadap sokongan rakyat terhadap kejayaan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan jayanya dan kegusaran mereka jika Kerajaan Pakatan Rakyat benar – benar berjaya dibentuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan yang PAKATAN yang lain.

    Persoalan ini seolah terawang awang dikalangan penyokong PAKATAN dan rakyat Selangor dan ia amat bahaya jika dibiarkan dan mungkin menjadikanya fitnah yang tidak baik pada sosok YB Datuk Dr. dan masa depan PAKATAN juga. Mungkin YB Datuk Dr. tidak punya ruang dan alasan untuk menjawab khabar angin. Saya rasa kehadiran surat terbuka ini memberikan YB Datuk Dr. ruang untuk menjawab antara khabar angin yang bertiup itu.

    soalan pertama benarkah selepas keputusan 8 Mac 2008 diumumkan YB Datuk Dr. Hassan Ali bersungguh – sungguh untuk menempatkan diri sebagai MB Selangor ? Kesungguhan ini sehinggakan YB Datuk Dr. turut mengadakan pertemuan dengan pemuka Umno untuk membincangkan jawatan MB juga beberapa kali naik turun Istana dalam cubaan mempengaruhi DYMM Sultan Selangor ?

    Ramai yang mengatakan YB Datuk Dr. Hassan Ali terlibat untuk menghantar maklumat beberapa perkara yang YB Datuk Dr. tidak puas hati kepada Ezam Md Nor. Jika tidak secara lansung ia dihantar secara tidak lansung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. Malah selepas berita ini muncul dan beberapa pimpinan bertanya kepada YB Datuk Dr. dan oleh kerana rasa tertekan sekali lagi secara lansung atau tidak lansung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. memaklumkan kepada Ezam betapa YB Datuk Dr. tertekan dan kononya ini boleh dijadikan bukti bahawa PAKATAN berpecah kerana kononya tidak percaya kepada YB Datuk Dr. Benarkah ?

    Ada yang mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak bersama dengan dengan Kerajaan Selangor dalam cubaan menyelesaikan isu air. YB Datuk Dr. sering mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak mengetahui apa-apa tentang air Selangor dan diketepikan dalam hal menyelesaikan pemberian air percuma. Malah YB Datuk Dr. turut memaklumkan kepada beberapa pimpinan PAS bahawa betapa kerajaan negeri mengenepikan dan tidak menghormati PAS dalam banyak keputusan. Namun mengikut maklumat yang diperolehi, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), anak syarikat Kerajaan Negeri yang memainkan peranan penting menyelamatkan maruah PAKATAN dalam isu air telah sekurang kurangnya dua kali mengadakan pembentangan mengenai isu air ini kepada exco Kerajaan Negeri Selangor, malah berdasarkan maklumat kami ada perkara yang YB Datuk Dr. bangkitkan jelas kelihatan memihak kepada Puncak Niaga (Tan Sri Rozali Ismail).

    Malah dalam isu air ini juga dilaporkan ada pertemuan YB Datuk Dr. adakan dengan Tan Sri Rozali Ismail atau pihaknya tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Benarkah ?

    Tidakkah YB Datuk Dr. tahu betapa Tan Sri Rozali ini ialah agen kapitalis Bn, yang mengaut keuntungan dari dasar penswastaan yang menzalimi rakyat. Dia merupakan kawan rapat malah ada yang mengakatan dia ialah proksi Senator Muhammad Muhd Taib. Dia juga ialah penipu besar yang telah memperdayakan peneroka Sungai Buaya yang sehingga kini kes tanah penduduk Sungai Buaya terbiar tanpa penyelesaian.?

    Harap YB Datuk Dr. dapat menjelaskan beberapa perkara yang dinyatakan diatas. Saya amat mengharapkan bahawa khabar – khabar angin ini merupakan khabar palsu dan tidak punya asas. Namun saya menulis surat ini memohon penjelasan apabila setelah saya sendiri siasat terdapat sedikit keraguan untuk menafikan kesemuanya terus.

    Kemungkinan penafian sumpah atas nama Allah dan kenyataan YB Datuk Dr. bahawa YB Datuk Dr. juga berikrar untuk terus bersama dengan aspirasi PAKATAN dalam merialisasikan kerajaan PAKATAN yang benar mampu berkhidmat untuk rakyat Selangor dan mungkin PAKATAN peringkat pusat jika perancangan pengambil alihan diizinNya.

    Akhirnya janganlah YB Datuk mengaanggap saya menyerang peribadi tetapi ini ialah cetusan kegusaran saya yang setiap hari dihentam persoalan dari kawan – kawan yang selama ini saya kempen habis habisan. Selepas ini saya juga ingin meminta penjelasan daripada YB Teresa Kok kerana timbul desas desus bahawa beliau ada ‘mendesak’ sebuah syarikat kenalanya untuk mendapat hak membekalkan meter air kepada rakyat Selangor jika siasatan lanjut saya mendapati ada keraguan untuk menafikan sepenuhnya khabar angin itu.

    Sekian dan salam perjuangan.

    salinan kepada blog-blog pemimpin PAKATAN

  3. Pandangan saya sama macam teman di atas. Itulah desas desus yg kami dengari. Mungkin ini hanya satu fitnah umno untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor.

    Satu lagi pasal Ezam. Saya rasa dia cukup munafik. Sanggup bersama perasuah-perasuah untuk merosakkan PR Selangor. kalau dia ikhlas kenapa dia tak masuk PAS.?. Dari dulu memang hatinya tidak lupa pada umno dan dia sengaja mencari alasan palsu untuk menghalalkan dia kembali kepada umno. Kini belangnya jelas. Memang sudah jadi belaci umno.
    Awas PAS, tunggu dia akan menyerang PAS pulak satu hari nanti apabila sudah puas PKR difitnah. Dato pun mungkin tidak terlepas dengan permainan si munafik ini. Berhati-hati dengan dia ini. Sudah jelas di pihak mana dia sekarang dan kenapa harus kita merapati dia. Jauhkan diri Dato.

  4. ini boleh bagi bola tanggung pada rejim umno . Tolong Dato settlekan segera walaupun hal ini tidak benar takut jadi fitnah pulak.

  5. kepada YB Dato’ Dr…
    pandangan saya Dato’ persetankan sahaja la mainan propaganda murahan ameno ni…
    Dato’ sebagai yang bertanggungjawab tentang hal ehwal agama di Selangor ni perlu tumpukan 100% kepada pembangunan insaniah di Selangor tu…
    politik2 ni tunggu Pilihanraya nanti…
    peluang yang ada ni untuk berdakwah jangan disia2 kan dengan melayan perkara politik yang remeh temeh ni…
    teruskan sahaja program2 pengisian di seluruh masjid dan surau2 yang telah dirancang…
    lantak la puak2 ameno tu nak ngata apa pun, yang penting Dato’ mesti ikhlas dan jangan rasuah!!!
    TAKBIR!!!

  6. ngapenya senyap sunyi ni…
    dah bersawang dah blog ni wehhhh…

  7. YB

    Kenapa YB dalam diam2 pergi berbincang dgn Khir Toyo. Tahu tak YB bahawa Khir Toyo merupakan org yg paling kami benci ..Tolong jgn pandai2 buat keputusan sendiri. Kalau camnie sia-sia shaja saya memilih YB . Lebih baik YB masuk UMNO je dari duduk dalam PAS .. Ambil contoh Nik Aziz , keputusannya jelas .. KAMI pengundi GOMBAK Setia tidak rela untuk berbaik2 dgn UMNO . Bersusah payah kamii memenangkan PAS inikah balasannya.

    Buat keputusan yg jelas …Dengar Pendapat kami yg bersusah payah memenangkan YB….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: