Pusat Khidmat Adun Gombak Setia Anjur Smart Learning UPSR, PMR & SPM.

ImageMotivasi pendidikan merupakan elemen penting dalam menjana kecemerlangan seseorang pelajar terutamanya bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaaan utama di alam persekolahan.

 

Justeru itu, bagi memenuhi manifesto pendidikan inilah, pihak ADUN Gombak Setia di bawah Pusat Khidmat Masyarakat  bertindak untuk menganjurkan program motivasi pendidikan yang dinamakan “Pecutan Akhir Peperiksaan” dengan harapan akan menjadi suatu usaha untuk membantu para pelajar tahap UPSR, PMR dan SPM untuk menyiapkan diri terhadap peperiksaan dengan rasa keyakinan yang lebih baik.

 

Kita mahu seluruh pelajar dalam daerah Gombak mendapat kejayaan yang terbaik. Begitu juga pihak sekolah yang akan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan untuk seluruh warga Gombak.

 

Antara objektif program tersebut ialah untuk memberi input kepada para pelajar strategi menghadapi peperiksaan dengan lebih tenang dan lebih berkeyakinan serta membantu para pelajar menyusun strategi berkesan untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

 

Program tersebut akan diadakan sebagaimana berikut:-

 

Tarikh             : 22 Jun 2008 (Ahad)

Masa               : 7.30 pagi – 6.30 petang

Tempat           : Auditorium Kuliyyah of Engineering UIAM, Gombak

Yuran              : RM 10.00 sahaja

Hubungi         : Muiszuddin Helmi (017-304 9394), 03-6188 7869

 

Program tersebut akan dikendalikan oleh pakar-pakar dalm bidang pendidikan dan motivasi. Y.B Dato’ Dr. Hasan Ali akan bersama ibubapa dan pelajar dalam majlis penutup dan ikrar peserta.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: