ADUN Gombak Setia Lancar Kelab Belia Setia

Image14 Jun, Gombak Setia –  ADUN Gombak Setia Y.B Dato’ Dr, Hasan Ali hari ini telah melancarkan Kelab Belia Setia bertempat di Dewan MPS, Taman Gombak. Lebih 200 belia dan beliawanis dari pelbagai kaum hadir menyaksikan upacara tersebut. Hampir kesemua mereka telah mendaftarkan diri sebagai ahli kelab dan dihadiahkan sehelai T-shirt dan topi sebagai tanda penghargaan.

 

Majlis itu juga diwarnai dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan seni dari pelbagai kaum, antaranya persembahan nasyid, seni silat gayong, silambam (India) , Taichi dan tarian kipas (Cina).

 

Ketua Penaja Kelab, A. Manaf Yusof dalam ucapan aluannya menekankan perlunya ada usaha untuk menanamkan nilai-nilai murni sebagai teras pembentukan personaliti dan akhlak belia. Belia juga perlu bimbingan bagi memupuk nilai-nilai kemanusiaan agar mereka tidak terjerumus ke kancah kemelut sosial dan akhlak, sebaliknya turut bertanggungjawab terhadap agama, masyarakat dan negara.

 

Katanya, antara tujuan Kelab tersebut ditubuhkan ialah untuk mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli. Selain itu kelab ini juga menjana aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian serta menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat.

 

ImageSementara itu, Y.B Dato’ Dr. Hasan Ali dalam ucapan perasmian melahirkan rasa gembira terhadap sambtan para belia untuk meyertai kelab tersebut. Katanya, program pembangunan belia sememangnya menjadi fokus yang penting terutamanya di DUN Gombak Setia dalam usaha membangun masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Beliau berharap agar para belia meningkatkan kualiti hidup dari segi pengetahuan dan kemahiran bagi menyesuaikan diri dengan cabaran-cabaran globalisasi hari ini.

 

Beliau juga berharap Kelab Belia Setia menjadi contoh kepada kelab-kelab belia yang lain dalam membangun dan memandu arah belia menjayakan masa depan belia yang baik.

 

Para belia yang ingin menyertai Kelab Belia Setia bolehlah menghubungi pejabat sekretariat di talian

03-6188 7869.

 

 

 

 

 

2 Responses

  1. alamak x dpt dtg smlm, sy cadangkan dibuat satu online form, supaya boleh register secara online.

  2. Saya ingin mencadangkan Ahli Jawatankuasa Kelab Belia Setia untuk mengambil bahagian dalam inisiatif kerajaan negeri yang menubuhkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dibawah naungan Pihak Berkuasa Tempatan. Berbagai aktiviti boleh dijalankan memandangkan PeBT bernaung di bawah PBT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: