Pusat Khidmat Adun Gombak Setia Anjur Smart Learning UPSR, PMR & SPM.

ImageMotivasi pendidikan merupakan elemen penting dalam menjana kecemerlangan seseorang pelajar terutamanya bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaaan utama di alam persekolahan.

 

Justeru itu, bagi memenuhi manifesto pendidikan inilah, pihak ADUN Gombak Setia di bawah Pusat Khidmat Masyarakat  bertindak untuk menganjurkan program motivasi pendidikan yang dinamakan “Pecutan Akhir Peperiksaan” dengan harapan akan menjadi suatu usaha untuk membantu para pelajar tahap UPSR, PMR dan SPM untuk menyiapkan diri terhadap peperiksaan dengan rasa keyakinan yang lebih baik.

Continue reading

ADUN Gombak Setia Lancar Kelab Belia Setia

Image14 Jun, Gombak Setia –  ADUN Gombak Setia Y.B Dato’ Dr, Hasan Ali hari ini telah melancarkan Kelab Belia Setia bertempat di Dewan MPS, Taman Gombak. Lebih 200 belia dan beliawanis dari pelbagai kaum hadir menyaksikan upacara tersebut. Hampir kesemua mereka telah mendaftarkan diri sebagai ahli kelab dan dihadiahkan sehelai T-shirt dan topi sebagai tanda penghargaan.

 

Majlis itu juga diwarnai dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan seni dari pelbagai kaum, antaranya persembahan nasyid, seni silat gayong, silambam (India) , Taichi dan tarian kipas (Cina).

  Continue reading