Meluangkan Masa Bersama Peserta SMART CAMP1

Jadual yang ketat tidak menghalang YB Dato’ Dr. Hasan Ali untuk turun memberikan motivasi kepada seramai 170 orang peserta program Smart Camp 1 yang di adakan di Kem Rabutia, Gombak anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia. Kem yang julung kalinya diadakan oleh Pusat Khidmat ini telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dari masyarakat Gombak. Beliau yang sememangnya pakar dalam program sebegini telah memberikan kata-kata peransang kepada para peserta agar perlunya dan mustahaknya para remaja menjadi pemangkin dalam memberikan khidmat kepada masyarakat yang boleh memberikan pandangan positif golongan dewasa. Beliau berharap agar remaja Gombak menjadi contoh kepada remaja lain yang sanggup turun padang membantu masyarakat dalam segala hal. Sikap serta ciri-ciri inilah yang ingin ditanamkan dan di hasilkan melalui program ini. Program ini adalah merupakan salah satu daripada program pembangunan insan yang diwar-warkan oleh YB Dato’ semasa kempen pilihanraya ke 12 yang lalu. Masyarakat DUN Gombak Setia akan di hidangkan dengan program demi program yang berteruskan di dalam usaha membentuk satu masyarakat yang madani yang penuh dengan kasih sayang.

4 Responses

  1. tahniah diucapkan

  2. Saya tidak nampak Dato atau wakil Dato membuat apa program di Gombak Utara? PAS kena turun padang temui rakyat dengan masaalah mereka.

  3. Betul tu slyderrose….!!

  4. apasal la blog ni makin boring ni…
    mana berita2 terkini pasal YB Dato??
    takkan la pegawai2 khas tak de masa langsung nak update berita2…
    aku rindu bebenor dengan aktiviti2 YB Dato’ ni..
    tolong la update selalu blog ni, jangan dibiarkan bersawang dengan berita2 yang dah basi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: