Mangsa Kebakaran Dapat Bantuan

27 Mei – Sebuah rumah telah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Changkat, Gombak Setia. Orang ramai yang melihat kejadian tersebut tidak dapat membantu kerana api marak dengan begitu cepat dan bimbang dengan ancaman kabel elektrik yang turut terbakar dalam kejadian tersebut.

Bomba tiba 25 minit kemudian  bersama sebuah kereta peronda polis. Walaubagaimanapun pihak bomba menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air di kawasan tersebut. Api padam setengah jam kemudian dan tidak merebak ke kawasan sekitar.

Beberapa pegawai dari Pusat Khidmat DUN Gombak Setia hadir menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa terbabit. Turut menyampaikan sumbangan ialah Pegawai dari Pejabat Daerah, Lembaga Zakat dan Lembaga Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

 

7 Responses

  1. Datuk kalau boleh jawab kenyataan mufti Perlis ni….

    http://www.malaysiakini.com/news/83723

  2. Dato,

    Tempohari saya balik ke kampong saya di Gombak Utara dan bertemu dengan teman-temandi sana. Dalam sembang-sembang kami berbual juga bab politik. Apa yg saya nak sampaikan di sini ialah KETIDAKPUASAN hati ramai teman-teman di sana tentang gerak kerja pakatan rakyat di Gombak Utara. Tiada bilik atau wakil ADUN di sana. Penduduk pun tertanya-tanya mana perginya Dato’ atau setidak-tidaknya wakil Dato’ datang melawat atau membuat program di sana. Mana perginya Cikgu Radzi?. Mereka nak tengok wakil mereka turun ke padang menemui rakyat macam ADUN Hulu Klang atau pun ADUN Batu Caves. Membuat macam program mendekati rakyat. Dato’ sedar di Gomabk Utara hampir semuanya penduduknya orang melayu kecuali sedikit orang asli dan India. Dan di sini PR kalah di semua saluran dalam PRU12. Tidakkah Dato’ berazam untuk memenangi hati pengundi di sini?

    Untuk kebaikan PAS dan imej Dato’ saya cuma bolih memberi pandangan agar Dato’ atau wakil Dato’ buatlah sesuatu di sana. Kalau tidak pengundi yg mengundi Dato’ tempohari akan beralih angin.

    Turunlah ke padang dengari masaalah rakyat di sini. Buatlah program, contohnya hari kesihatan, khidmat peguam, dll lagi. Sekian Terimakasih.

  3. Alahai Pak Abas,

    Saat2 terakhir Pak Abas berkhidmat sebagai Pengerusi JKKK, kecualilah Pak Abas menerima tawaran pakatan rakyat.

    Lepas ni saper ye jadi pengerusi JKKK baru Kg Changkat, tinggal sejarah.

    Untuk YB Dato’ , tak payahlah susah2 turun padang kat Gombak Utara, kami tahu hidup sendiri. Kalau turun nanti ada pulak insan2 yang minta YB Dato’ luluskan tanah2 Mimaland dan sebagainya yang telah bermasalah dari sejak azali. Tak taulah kalau YB Dato’ bermurah hati.

    Salam.

  4. Salam YB,

    Betul ke kerajaan Selangor akan mengadakan maksiat pada 8 Jul nanti, seperti yang dinyatakan oleh saudara Roslan dalam blognya

    http://www.n32.blogspot.com/

    Tolong bagi penjelasan.

  5. Penghulu Zuraimi senyum kambing..

  6. Kerajaan Selangor tolong batalkan konsert dangdut tu..!!bukan tu carannya nak tarik perhatian orang pergi Stadium,umno bolehlah!

  7. Salam,

    bila nk adakan program di Gombak Utara??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: