Tauliah ditarik jika imam berkhutbah konsep Islam Hadhari

Image

SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudaan Awam Negeri, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali tidak membenarkan sebarang program yang berkaitan dengan konsep Islam Hadhari dilaksanakan di negeri Selangor.

Beliau berkata, Islam yang diamalkan dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah kerana ia sudah meliputi pengkhususan cara hidup yang lengkap. “Inilah yang akan kita bekalkan kepada manusia manapun dan kita akan sandarkan ketika mengurus dan mentadbir negeri,” katanya dalam penggulungan ucapan di Sidang Dun.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan mana-mana imam yang membaca khutbah berunsurkan politik atau berkonsepkan Islam Hadhari, tauliahnya akan ditarik.

Dalam penggulungan itu, beliau akan berusaha mengembalikan jawatan penguat kuasa yang dinamakan Badar untuk mencegah maksiat yang telah dimansuhkan ketika Umno-BN memerintah.

Katanya, memandangkan penduduk Selangor berjumlah 4.6 juta dengan penduduk Islam melebihi dua juta kewujudan Badar amat diperlukan bagi membanteras kemungkaran.

Ini kerana tambah beliau, di Selangor terlalu banyak maksiat bukan saja judi, persetubuhan haram, jual arak, malah tidak berpuasa di bulan ramadan dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Adun (Umno) daripada Sungai Panjang, Seri Serdang dan Sungai Burong.

Selain itu Hasan turut mencabar Adun Umno-BN yang mendakwa calon PAS akan menutup kilang-kilang arak seperti Carlsberg dan premis judi supaya serahkan bukti sama ada melalui CD atau DVD.

Menurut beliau, PAS, KeADILan dan DAP mempunyai gabungan yang mantap yang bukan sahaja boleh bertahan setakat dua bulan atau setahun tetapi akan terus memerintah Selangor.

12 Responses

  1. Istilah Islam Hadhari tidak relevan di dalam Malaysia jika pemimpin utama tidak mengutamakan keredaan Allah S.W.T. Maka tertolaklah konsep Islam Hadhari Pak Lah supaya rakyat Selangor tidak terpedaya.

  2. tiada kompromi dengan sebarang unsur sekular…

  3. Rupa-rupanya jumutnya pemikiran sdr Hassan Ali sama dengan pengikutnya.
    Kasihan semoga Allah Memberi hidayah kpd manusia bernama ahli PAS yang seagama dan sebangsa denganku..

    kalu DAP yang keluarkan kenyataan ini sy tidak heran kerana mereka xkenal agama Islam. Tp sdr Hassan Ali yang kononya Tinggi Ilmu Ke Islaman nya pun boleh ckp begini… Takutlah pada dosa2 mu….
    Berjuanglah kearah Agama Islam yang sebenar..
    ALLAHHUAKHBAR!!!!!!!!!!!!!!

  4. Tahniah Dato’..
    Teruskan memerangi pembawa ajaran sesat di Selangor…Rakyat selangor mahukan Islam yang sebenar..yang di bawa oleh rasul terdahulu tanpa ada unsur2 yang boleh memesongkan akidah..

  5. Tahniah Dato teruskan usaha dato. Terlalu banyak slogan dan konsep baru muncul terkini ialah Islam hadhari.Islam hadhari sudah menjadi alat memecah belah umat Islam .Maka bertambah kekeliruan dan perpecahan dalam pemikiran umat Islam. Islam hanya satu tiada lain daripada Islam. ….

  6. assalamualaikum…
    saya rasa saudara semut api lagi jumut tentang islam yg sebenar…. mengapa kita takkan amalkan islam yg telah dibawa oleh Rasulullah… lebih syumul hingga akhirat…. berlandaskan al-quran dan sunnah…

    saya khuatir kita lebih terikutkan tamadun islam bukannya ajaran islam…. akhirnya… kita dapat lihat taman kesenian islam… tapi ape manafaat pada modal insan yg org islam yg mengaku islam tetapi amalkan maksiat..

    adakah semut api sudah mengamalkan secara menyeluruh rukun iman dan rukun islam secara menyeluruh….

    jadi…. pikir2kan balik ape yg ingin dimurnikan balik oleh pemimpin kerajaan selangor (PR)…

    moga allah bantu semut api cari islam yg sebenarnya…

    amin…

  7. Islam Hadhari sesat lagi menyesatkan…

  8. Islam tu.islam je lah..buat apa nak tambah2 lagi..Hadharilah..sikit hari lagi tak apa nak ditambah,yg penting ISLAM tetap satu..

  9. Assalamuailakum Dato, Syabas…. kita harap kerajaan selangor teruskan usaha-usaha yang baik untuk rakyat dan dalam masa yang sama teruskan usaha mendedahkan kemungkaran kerajaan yang lalu kerana rakyat hendak tahu….dan jangan peduli dengan puak-puak umno yang dengki kianat dengan cuba memburuk-burukkan kerajaan selangor sekarang dengan memainkan beberapa isu yang akhirnya memakan diri sendiri…..ambil contoh kerajaan kelantan yang suatu ketika dulu pernah menjadi sasaran golongan-golangan yang perosak bangsa ini, kerajaan kelantan di tekan dengan bermacam-macam tekanan namun ALLAH tetap menbantu golongan-golongan yang benar…kini kerajaan kelantan tidak lagi menjadi sasaran sebaliknya kerajaan pakatan rakyat yang lain termasuk selangor…….kami sebagai rakyat yang perihatin dan terbuka minda tahu mana yang betul dan mana yang dusta…..harap kerajaan selongor terus maju ke depan…..

  10. Saya pun tak nampak apa kelebihan islam atas nama hadhari ini. selamanya ini islam tak bertamaddun ke?.
    Tapi yg jelas umno saja tidak bertamaddun. Tengoklah pemimpin mereka, gambar-gambar iman hadhari ini cukup menjelikkan. Hadhari apa ini?.

    wahai umnoputras, cukuplah itu. Islam hanya satu..tiada penambahan nama dihujung. Jangan terkeliru. Biarlah berhati-hati dan buat yg terbaik dengan mengikut islam yg sebenarnya. Bukan yg dinamakan olih pemimpin umno.

  11. Apa2 pun hendaknya Dato’ terlalu mengikut kehendak DAP dalam memimpin Ngeri Selangor. Apakah kita mahu kuil Hindu, Buddha dan Gereja lebih banyak di Negeri Selangor yg tercinta ni. Saya perlulah ada kawalan..kena pastikan kuil dan gereja hanya dikawasan komuniti mrk saja..jangan macam di dusun tua tu…seorng Hindu pun tak der tapi kuil Hindu tetap ada…wasallam

  12. pembetulan…

    Apa2 pun hendaknya Dato’ TIDAK terlalu mengikut kehendak DAP dalam memimpin Ngeri Selangor. Apakah kita mahu kuil Hindu, Buddha dan Gereja lebih banyak di Negeri Selangor yg tercinta ni. Saya perlulah ada kawalan..kena pastikan kuil dan gereja hanya dikawasan komuniti mrk saja..jangan macam di dusun tua tu…seorng Hindu pun tak der tapi kuil Hindu tetap ada…wasallam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: