Selangor haramkan program berkonsepkan Islam Hadhari

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.

“Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

 “Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin.

Persuruhjaya PAS Selangor itu berkata semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.

Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin PAS, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.

 

“Jika ada yang mendakwa saya atau pemimpin PAS yang membuat dasar janji ini, sila tunjukkan bukti, ” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu berkata, PAS yang bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat mahu mentadbir Selangor dengan menegakkan prinsip sama rata dan keadilan.

“Kita tidak mahu mengamalkan pentadbiran 30 peratus komisen, 50 peratus komisen atau memberi tender kepada kroni.

“Malah kita ubah tender yang diberi secara runding terus kepada tender terbuka kerana tidak mahu membuat dosa,” katanya.

 

23 Responses

  1. takbir!!!!!

  2. islam tiada had hari tp islam sepanjang waktu, masa , dan zaman… Allahu Akbar

  3. tahniah diucapkan, dgn perubahan2 seperti ini rakyat tidak akan was2 utk mengundi pas utk pilihan raya akan dtg, cuma harapan saya supaya keputusan ini disepakati juga dgn kerajaan negeri2 lain di bwh pakatan rakyat. biar nampak ada kesinambungan. skrg nampak selangor buat cara selangor. lain2 negeri buat perubahan masing2.

  4. akm…Datuk…Tahniah…kita tak perlu islam ada had dan ada hari nya…kita tengok tak ada sebarang perubahan langsung setelah 4 tahun ia dilaksanakan …dan idea nya pon di ilhamkan oleh punah sihat 25%….

  5. Tahniah dato’ krn melaksanakan dasar tender terbuka dan anti kronisme. Selain YB tidak digalakkan berniaga, para pegawai ADUN juga perlu dipastikan agar tidak mempunyai kepentingan dan kaitan dengan hal tesebut. Jgn kita ‘membelasah’ UMNO krn sifat rasuah & kronisme sedangkan kita 2×5 shj. Rakyat memandang berat hal tersebut dan ini dapat mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan pakatan rakyat. Saya yakin Dato’ mempunyai prinsip yang tinggi dalam hal tersebut. sekadar pandangan

  6. Konsep Islam Hadhari hanya kosmatik yang berbentuk falsafah(phileo ) berasal dari yunani yang memisahkan dunia dan agama. Pelaksanaan yang amat menyimpang daripada amalan kerana ia hanya falsafah (sekular). Ia amat menyesatkan bagi golongan sedang mencari Islam sebenar.Ketegasan Dato adalah amat wajar dengan di susuli dengan program intraksional pemahaman moden berasaskan Islam yang sebenar.Teruskan akhirnya kebenaran yang bercahaya menyeliputi kemunafikan manusia.

  7. Assalamualaikum…kpd sdr Hassan Ali dan pengikut PAS yang dikasihi..

    Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta fizikal.

    Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemai nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

    Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;
    Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
    Kerajaan Adil dan Beramanah
    Rakyat Berjiwa Merdeka
    Penguasaan Ilmu Pengetahuan
    Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
    Kehidupan Berkualiti
    Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
    Keutuhan Budaya dan Moral
    Pemeliharaan Alam Semulajadi
    Kekuatan Pertahanan

    Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah Negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

    Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sector atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan tasawwur seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip Maqasid al-Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara;
    Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
    Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
    Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
    Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
    Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan

    Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap dan budaya umat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad. Konsep jihad perlu ditafsirkan secara meluas, meliputi aspek kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. Peningkatan kualiti ( itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberi pengiktirafan.

    Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan umat menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global untuk membolehkan umat berperanan secara berkesan di peringkat global. Semangat ukhwah Islamiah perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan rangkaian social yang mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing umat. Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain.

    Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu diubah kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur Islam. Umat perlu menjadi masyarakat iqra’ dalam hasrat mahu membina kemampuan bangsa dari segi peningkatan penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran. Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu dihayati. Perlu diperbetulkan sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak berlaku pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu agama. Penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan kemahiran dan kepakaran merupakan sebahagian dari tuntutan Islam. Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib diketahui oleh semua pelajar Islam. Usaha melahirkan saintis Islam yang dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru perlu diperbanyakkan.

    Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian manusia kepada Allah SWT dengan mnyempurnakan tanggungjawab fardu Kifayah secara sempurna, jujur,telus dan amanah. Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini dengan baik jika sikap dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat. Manusia itu adalah khalifah dimuka bumi ini . Oleh itu, amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia atau , menjalankan peranannya untuk memakmurkan dunia.

    Kalau sdr Hassan Ali betul2 Berani siarkanlah, apa nak ditakutkan jika sdr dipihak yang benar biar rakyat tentukan.k
    Kalau tak siar tu maknanya sdr telah silap k..

  8. cuba ckap dimana salahnya?????

  9. Takkan semua mufti-mufti sebelum ini tidak betul kerana tidak mengeluarkan fatwa Islam Hadhari itu Haram seperti yang sdr hassan ali katakan..
    Kata2 sdr hassan ali sama sekali telah menjatuhkan martabat mufti-mufti di Malaysia.

  10. SOALAN-SOALAN YANG BERKAITAN
    DENGAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI

    1. Apakah gambaran al-Quran dan al-Hadith mengenai Islam Hadhari?

    Jawapan:

    Pendekatan Islam Hadhari memberikan penekanan kepada kemajuan dan pembangunan ummah dalam aspek spiritual, keilmuan, ekonomi, kualiti hidup masyarakat, undang-undang dan sebagainya. Terdapat banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang berkaitan dengannya. Antaranya;

    (i)Mengenai keseimbangan kemajuan dunia dan akhirat.

    Maksud ayat al-Quran:

    “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala kebahagiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari dunia…” (Surah al-Qasas: 77)

    (ii)Mengenai Keilmuan

    Maksud ayat al-Quran:

    “Allah meninggikan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan
    beberapa darjat.” (Surah al-Mujadalah: 11)
    (iii)Mengenai Pertahanan Fizikal

    Maksud ayat al-Quran:

    “Dan sediakanlah untuk menentang mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan berkuda… (Surah al-Anfal: 60)

    Demikian juga dalam hadis-hadis yang menyeru kepada kemajuan ummah, seperti berikut;

    (i)Menggalakkan Menuntut Ilmu.

    Maksud Hadis:
    “Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap orang Islam. (Riwayat Ibnu Majah)

    (ii)Mengenai Bio Teknologi.
    Maksud Hadis:
    “Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu” (Riwayat Muslim)

    (iii)Mengenai Keimanan.

    Maksud Hadis:
    “Iman itu bukanlah dengan cita-cita dan angan-angan tetapi iman itu apa yang tetap di hati dan dibuktikan sebenarnya dengan perbuatan”. (Riwayat al-Daylami)

    (iv)Mengenai ekonomi.

    Maksud Hadis:
    “Dunia adalah ladang bagi akhirat” (Riwayat Bukhari)

    2. Adakah Islam Hadhari mazhab baru, ajaran baru atau agama baru?

    Jawapan:

    Islam Hadhari bukanlah mazhab baru, ajaran baru atau agama baru tetapi ia merupakan pendekatan atau usaha kerajaan untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar menurut al-Quran dan al-Sunnah. Islam Hadhari merupakan satu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. tanpa mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariah. Perkara yang ingin diperbetulkan ialah mengenai al-Tadayyun iaitu cara umat Islam memahami dan mengamalkan ajarannya.

    Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta alam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal secara seimbang untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

    3. Kenapakah Islam perlu dinisbahkan kepada Hadhari?

    Jawapan:

    Memang benar Islam tidak perlu lagi kepada apa-apa sifat tambahan atau nisbah kerana ia adalah satu ajaran yang syumul. Islam dalam al-Quran merujuk kepada dua hakikat bahawa sebelum kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W, syari’at Islam adalah berbentuk umum untuk seluruh umat manusia. Setiap nabi dibangkitkan dengan syari’at Islam yang mana pokok akidahnya hanyalah satu. Syari’at yang mereka bawa adalah berbeza-beza, tetapi untuk mencapai matlamat keesaan Allah S.W.T. Selepas kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf dan diredhai oleh Allah S.W.T.

    Tidak dinafikan Islam tidak perlu dikaitkan dengan sesuatu sifat, nama yang lain atau sebagainya kerana ia sudah sempurna dan lengkap. Walau bagaimanapun Islam tidak dilihat hebat dan tinggi adalah kerana kesilapan penganutnya terutamanya selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Ketika itu perpaduan kaum muslimin didapati mula menghadapi keretakan, khususnya ketika menghadapi krisis kepimpinan selepas kewafatan Nabi atau selepas zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Oleh itu timbullah aliran pemikiran yang berbeza-beza hingga membawa kepada kemunculan aliran pemikiran. Timbul pula berbagai firqah akidah disebabkan perbezaan pendapat dalam pendekatan mempertahankan akidah. Antaranya telah lahir Jabariyyah dan Muktazilah.

    Sebenarnya sifat dan nisbah yang disandarkan kepada Islam itu lebih tepat adalah merujuk kepada umat Islam itu sendiri serta pendekatan dan kecenderungan mereka, bukannya nas dan ajaran Islam. Ringkasnya, Islam yang pada asalnya berdiri sendiri telah disandar atau dinisbahkan kepada berbagai sifat lain bagi memenuhi keperluan memahami sesuatu kecenderungan atau kefahaman supaya mudah mengenali perbezaannya dengan kefahaman dan kecenderungan pihak lain. Maka timbullah pelbagai nama jolokan kepada umat Islam yang cenderung kepada kefahaman dan kecenderungan tertentu tersebut.

    4. Islam itu satu, tidak dua atau lebih. Tiada “Islam Hadhari” tiada “Islam akidi” dan tiada “Islam Madani”, yang ada hanyalah Islam syumul yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Apakah memilih Pendekatan Islam Hadhari bererti meninggalkan Islam yang sebenar?

    Jawapan:

    Islam tetap Islam yang satu. Kita dapati tasawwur (gambaran) dan persepsi masyarakat Islam terhadap agama yang berbeza antara satu sama lain kerana Islam itu sendiri sangat luas dan pengetahuan mereka sangat terbatas. Contohnya empat orang buta yang memegang gajah di mana setiap orang yang memegang gajah pada tempat yang berbeza. Justeru mereka mentakrifkan gajah mengikut apa yang mereka rasa. Maka umat Islam berpecah sehingga timbullah apa yang disebut Islam Sunni, Islam Syiah, Muktazilah dan sebagainya. Memilih Pendekatan Islam Hadhari bukanlah bererti meninggalkan Islam yang sebenar kerana Islam Hadhari adalah satu pendekatan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam mengikut perubahan masa sama sekali tanpa mengurangkan prinsip akidah dan syariah.

    5. Apakah perbezaan Islam Hadhari dengan Islam Siyasi, Islam Madani, Islam Sufi dan Islam Liberal?

    Jawapan:

    Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzie atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik “al-Islam al-Siyasi”, Islam bersifat tasawwuf, “al-Islam al-Sufi” dan seumpamanya.

    Islam Hadhari bermaksud ajaran Islam yang memberi tumpuan kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.

    Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, system nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.

    Islam Siyasi merujuk kepada pendekatan membangun melalui penguasaan politik. Dari segi sejarah, Pendekatan ini banyak mencetuskan perbalahan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang berterusan. Umpamanya jawatan khalifah sering menjadi rebutan dan matlamat perjuangan. Justeru bagi mencapai matlamat tersebut kerap berlaku perang saraf dengan pelbagai tuduhan dan penggunaan istilah Kufur, Mulhid dan Ifsad, sehingga menghalalkan darah sesama muslimin. Kehormatan umat Islam tercabul dan kezaliman politik berlaku sehinggalah perpaduan di kalangan kaum muslimin telah hancur. Akhirnya umat Islam gagal untuk bangun dan mencapai kemajuan.

    Islam Madani ialah kehidupan di bandar dengan mengadaptasi hadharah, Madani juga sering merujuk kepada kemajuan akidah dan pembangunan kota pada masa lampau seperti yang berlaku di zaman Madinah. Islam hadhari lebih merangkumi aspek fizikal dan spiritual yang menekankan ciri-ciri dan nilai-nilai peradaban manusia yang luhur yang sesuai dilaksanakan berdasarkan situasai semasa tanpa menggadai prinsip asas ajaran Islam. Islam sufi menitikberatkan ajaran tasawuf untuk mendampingkan diri dengan Allah SWT.

    Berdasarkan kajian yang dilakukan Islam Liberal, ianya adalah satu aliran pemikiran yang berasaskan kepada rasionalisma akal dalam mentafsirkan agama Islam. Ia merupakan sebuah aliran yang terpesong dari landasan Islam yang sebenar.

    6. Apakah Pendekatan Islam Hadhari itu semata-mata slogan sahaja atau akan dipraktikkan?

    Jawapan:

    Islam Hadhari bukan slogan semata-mata dan bukan juga agenda politik Sebaliknya ia merupakan satu pendekatan membangunkan manusia kearah mencapai peradaban yang unggul selari dengan tuntutan Islam yang sebenar. Pendekatan Islam Hadhari ini adalah pendekatan pembangunan yang menyeluruh bagi faedah setiap lapisan masyarakat dalam pelbagai kaum dan kepercayaan agama. Kejayaan pendekatan Islam Hadhari bergantung kepada kesediaan umat Islam untuk berubah selari dengan tuntutan Islam yang sebenar.

    Islam Hadhari yang hendak dilaksanakan ini adalah bertepatan dengan masyarakat Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah S.A.W semasa berada di Madinah yang membawa tamadun yang boleh dibanggakan oleh umat Islam.

    7. Kenapa Islam Hadhari tidak Hadharah Islamiah?

    Jawapan:

    Hadharah Islamiah adalah merujuk kepada kejayaan atau tamadun umat Islam yang telah lampau seperti tamadun Umayyah, Abbasiyyah dan Andalus. Manakala Pendekatan Islam Hadhari adalah merujuk kepada kedudukan umat Islam masa kini yang didapati mundur, lemah dan ketinggalan dalam apa jua bidang menyebabkan mereka gagal menjadi umat contoh dan pembawa rahmat kepada dunia. Kita perlu menjadikan kejayaan umat Islam yang lampau sebagai contoh dalam apa jua tindakan bukan hanya sekadar berbangga dengan kejayaan yang dicapai. Dengan demikian kerajaan telah merangka satu pendekatan untuk membangunkan ummah pada masa kini dan pada masa akan datang yang dikenali dengan nama Pendekatan Islam Hadhari.

    8. Jika Pendekatan Islam Hadhari ditujukan kepada agenda pembangunan untuk masyarakat Islam dan bukan Islam, maka kenapa ia tidak diubah kepada Mujtamak Hadhari (masyarakat hadhari) untuk pembangunan masyarakat majmuk di negara ini?

    Jawapan:

    Pada dasarnya Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang tidak bercanggah dengan mana-mana ajaran. Ajaran Islam pula adalah bersifat universal dan menggalakkan masyarakat memiliki nilai-nilai murni yang tidak bercanggah dengan nilai etika sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mana-mana bangsa di dunia.

    Penggunaan perkataan Islam adalah kerana pada masa ini Islam mendapat gambaran yang negatif di seluruh dunia. Islam sering digambarkan sebagai agama yang menggalakkan keganasan, mundur dan telah menjadi fobia di kalangan masyarakat Barat. Oleh kerana itu untuk membetulkan salah tanggapan ini perkataan Islam digunakan untuk memberi kesempatan kepada kerajaan menerangkan apa sebenarnya Islam yang dikaitkan dengan hadhari. Kita tidak perlu mengubah kepada majmuk hadhari kerana Islam Hadhari itu sendiri melambangkan matlamat dan faedah kepada masyarakat majmuk.

    9. Adakah istilah Islam Hadhari terdapat dalam bahasa Arab?

    Jawapan:

    Ya. Istilah Islam Hadhari adalah berasal daripada dua kalimah bahasa Arab. Dari segi i’rabnya, Islam Hadhari ialah “sifat mausuf” di mana hadhari menjadi sifat dan Islam menjadi mausuf.

    10. Adakah Pendekatan Islam Hadhari hanya melibatkan orang Melayu dan umat Islam sahaja?

    Jawapan:

    Pendekatan Islam Hadhari tidak hanya melibatkan bangsa Melayu dan umat Islam sahaja, tetapi meliputi keseluruhan masyarakat di Malaysia. Perkara ini adalah berdasarkan kepada visi Islam Hadhari iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh mengikut acuan sendiri. Begitu juga dengan misi Pendekatan Islam Hadhari iaitu bagi melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Oleh itu semua masyarakat tanpa mengira bangsa adalah merupakan masyarakat Malaysia yang boleh berperanan secara berkesan dalam pembangunan manusia berdasarkan konsep dan nilai-nilai sejagat yang terkandung dalam 10 Prinsip Islam Hadhari, kearah kemajuan ummah dan negara.

    11. Apakah peranan masyarakat bukan Islam dalam
    Pendekatan Islam Hadhari di Malaysia?

    Jawapan:

    Masyarakat bukan Islam boleh memainkan peranan dalam menjayakan Pendekatan Islam Hadhari dengan turut serta dalam menjayakan setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan. Mereka boleh menyumbang baik dari segi idea, material dan tenaga.

    Umpamanya selama inipun mereka turut menyumbang kepada pembangunan ummah di Negara ini dalam sektor ekonomi, pembangunan ilmu sains dan teknologi, industri dan seumpamanya yang termasuk dalam skop pendekatan Islam Hadhari. Masyarakat bukan Islam dapat memainkan peranan yang bersepadu dengan masyarakat Islam dalam menjayakan Pendekatan Islam Hadhari sehingga dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, harmoni serta dikagumi di peringkat global. Pendekatan Islam Hadhari mempunyai 10 Prinsip yang akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

    12. Apakah Pendekatan Islam Hadhari ingin mencontohi kemajuan di negara-negara Barat yang maju tetapi meminggirkan agama dan nilai-nilai akhlak?

    Jawapan:

    Pendekatan Islam Hadhari tidak menolak kemajuan fizikal yang telah dicapai oleh sesuatu bangsa sekiranya ia boleh memberi manafaat kepada manusia. Ini kerana kemajuan fizikal tidak bercanggah dengan ajaran agama. Kita perlu faham bahawa melaksanakan pendekatan Islam Hadhari dengan sendirinya mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

    13. Apakah sebenarnya yang ingin ditamadunkan oleh Pendekatan Islam Hadhari, sama ada agama Islam itu sendiri ataupun umatnya?

    Jawapan:

    Sebenarnya Islam Hadhari sama sekali tidak bertujuan mengubah ajaran Islam yang telah pun lengkap dan sempurna. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam ajaran Islam dalam aspek keimanan dan ibadah seperti solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya merupakan perkara yang bersifat qat’ie dan tidak berubah. Sebaliknya Islam Hadhari ingin mentamadunkan umatnya dari aspek tadayyun iaitu cara umat Islam memahami dan mengamalkan kehidupan beragama. Ini kerana kelemahan umat Islam bukan kerana kandungan ajaran agamanya tetapi kerana salah pendekatan umatnya dalam memahami agama. Walau pun Islam merupakan agama kemajuan, realiti pada masa ini sebahagian besar umat Islam masih mundur, miskin dan tidak dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang telah maju. Oleh itu aspek yang ditekankan dalam Islam Hadhari adalah untuk memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang yang selama ini jauh ketinggalan khususnya dari aspek penguasaan ilmu, ekonomi, politik dan sosial.

    14. Bagaimanakah Pendekatan Islam Hadhari ini dapat menangkis fahaman yang menyatakan Islam itu menganjurkan keganasan?

    Jawapan:

    Pendekatan Islam Hadhari jelas menunjukkan bahawa Islam itu adalah agama yang harmoni dan membawa kepada kedamaian. Perkara ini dijelaskan dalam objektif Islam Hadhari iaitu bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. Dalam objektif yang dinyatakan di atas jelas bahawa pendekatan Islam Hadhari merupakan satu pendekatan untuk mencapai kemajuan secara harmoni dalam keadaan aman dan damai.

    15. Apakah hala tuju yang hendak dicapai melalui Pendekatan Islam Hadhari?

    Jawapan:

    Visi dan misi Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah negara yang mempunyai masyarakat berilmu, berkemahiran dan berketerampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya berpaksikan kepada ajaran agama. Justeru hala tuju Islam Hadhari melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Pelaksanaan dan hala tuju Islam Hadhari akan diselaraskan dengan dasar-dasar pembangunan sedia ada yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan iaitu seiring dengan RMK-9. Pendekatan Islam Hadhari akan dilaksanakan secara berperingkat bagi tempoh 5 tahun yang melibatkan semua agensi kerajaan secara bersepadu berdasarkan kepada fungsi dan bidang tugas agensi-agensi yang berkaitan.

    16. Selama ini kita didedahkan dengan konsep dari Jepun dan Barat seperti KMK, QCC dan sebagainya. Apakah pula bentuk atau model sistem kerja yang hendak ditonjolkan melalui Pendekatan Islam Hadhari?

    Jawapan:

    Kita akui bahawa terdapat beberapa konsep dan sistem kerja yang diperkenalkan oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Barat seperti budaya ketepatan masa, kualiti kerja, budaya kerja cemerlang mempunyai nilai-nilai positif yang boleh membawa kebaikan kepada ummah. Konsep dan nilai-nilai tersebut telah pun ada dalam ajaran Islam yang menyeru umatnya supaya bekerja dengan tekun, amanah, bersungguh-sungguh dan dedikasi. Mana-mana nilai yang positif dan baik perlu dikekalkan kerana ianya bertepatan dengan konsep yang ingin diterapkan dalam Islam Hadhari.

    Mana-mana nilai positif yang belum ada, akan cuba diterapkan iaitu berdasarkan 10 prinsip yang telah ditetapkan dalam Pendekatan Islam Hadhari. Umpamanya dalam bidang pertanian, tumpuan akan diberikan kepada pembangunan tanah terbiar yang dapat mendatangkan hasil dan faedah yang maksima kepada masyarakat sesuai dengan ajaran Islam yang menyeru agar mengelakkan pembaziran. Demikian juga dalam sektor perikanan, di mana para nelayan tradisional diberikan ilmu dan kemahiran untuk menambahkan sumber pendapatan melalui penggunaan teknologi, peralatan yang moden dan kaedah penangkapan ikan yang lebih konvensional.

    17. Antara kelemahan masyarakat Islam pada masa kini ialah kerana pemikiran yang jumud serta terikat dan dipengaruhi dengan fahaman dan pemikiran negatif yang bersifat tradisional. Apakah Islam Hadhari dapat memainkan peranan untuk mengubah minda masyarakat Islam hari ini?

    Jawapan:

    Perkara utama yang ingin ditekankan dalam Islam Hadhari ialah dari aspek perubahan sikap dan minda masyarakat supaya berfikir ke arah situasi kehidupan yang lebih maju dan realistik. Umat Islam tidak sewajarnya terus menerus berfikir di takuk yang lama dan terikat dengan falsafah, pegangan dan budaya hidup tradisional serta berpada dengan apa yang ada. Umpamanya pegangan bahawa “rezeki secupak tidak akan jadi segantang” dan “dunia ini adalah ibarat bangkai yang tidak memberi manfaat”. Masyarakat dan negara lain telah jauh maju ke hadapan dalam pelbagai bidang, sedangkan umat Islam masih mengamalkan sikap kebergantungan kepada kepakaran pihak asing dan tidak mahu meneroka dan memanfaatkan aset-aset dan hasil mahsul yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. secara kreatif dan bijaksana.

    18. Mengapa baru sekarang istilah Islam Hadhari diketengahkan sedangkan ulama atau pemimpin dulu telah pun mengamalkannya?

    Jawapan:

    Memang tidak dinafikan para ulama dan pemimpin negara kita sendiri pun sebelum ini telah mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam ajaran Islam. Agama Islam telah diwartakan sebagai agama rasmi negara semenjak kemerdekaan lagi. Setelah itu pelbagai dasar dan keperluan Islam termasuklah program-program Islamisasi berjalan dan berkembang menurut keperluan semasa dan serasi dengan senario masyarakat majmuk di negara ini. Pada masa yang sama Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam juga diperkenalkan untuk memperteguhkan lagi dasar-dasar Islam yang telah diwartakan itu, termasuklah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam oleh mantan Perdana Menteri yang dahulu, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad. Manakala YAB Perdana Menteri sekarang iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pula memperkenalkan Pendekatan Islam Hadhari.

    Oleh itu tepatlah pada masanya kini Islam Hadhari diperkenalkan kepada masyarakat. Bukan hanya untuk rakyat tempatan, bahkan kini Perdana Menteri sudah pun memperkenalkannya ke serata dunia termasuklah di Negara-negara Arab sendiri dan mereka menerimanya dengan baik.

    19. Adakah Islam yang dibawa sebelum ini selari dengan Islam Hadhari?

    Jawapan:

    Agama Islam itu satu sahaja sejak dari mula diturunkan sehinggalah ke seluruh Jazirah Arab, dan berkembang ke Syria, Kufah, Baghdad sehinggalah ke pelusuk Timur dan Barat. Islam Hadhari adalah suatu kaedah dan pendekatan terkini yang diguna pakai oleh kerajaan khususnya untuk memartabatkan umat Islam ini di mata dunia, bersaing secara sihat di persada antarabangsa, tidak diperlekeh dan ditohmah dengan pelbagai label negatif.

    20. Pendekatan Islam Hadhari mengutarakan prinsip keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Bukankah Prinsip ini hanya ditumpukan kepada umat Islam, bagaimanakah prinsip ini boleh melibatkan orang bukan Islam ?

    Jawapan:

    Islam Hadhari adalah pendekatan untuk semua masyarakat. Bagi orang Islam, Pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah sebagai teras utamanya di mana al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah menjadi teras pegangan mereka. Bagi masyarakat bukan Islam tiada paksaan dalam agama dan mereka bebas untuk menganut kepercayaan masing-masing. Walau bagaimanapun melalui prinsip ini penerapan nilai-nilai universal diberi berasaskan kepercayaan mereka sendiri sebagaimana yang terdapat dalam Rukunegara.

    21. Apakah kaitan prinsip pertama dalam Pendekatan Islam Hadhari iaitu keimanan dan ketakwaan dengan pembinaan tamadun masa kini ?

    Jawapan:

    Tamadun dibina berasaskan pegangan dan kepercayaan yang teguh kepada nilai-nilai ketakwaan atau nilai-nilai murni. Kemantapan pegangan ini akan menghasilkan budaya, kepercayaan serta moral hidup yang tinggi. Kemajuan sesuatu bangsa akan tercapai dengan adanya akhlak yang mulia tanpa dimusnahkan oleh nilai-nilai yang bertentangan dengan keimanan dan ketakwaan.

    Tahap keimanan dan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan suatu tamadun yang kukuh, sebaliknya ketakwaan dan keimanan yang rendah akan meruntuhkan sesuatu bangsa Justeru, keimanan dan ketakwaan tidak boleh disempitkan kepada aspek ritual semata-mata tetapi perlu dilahirkan dalam tindakan dan amalan atau dalam pengertian ibadah yang lebih menyeluruh sifatnya. Kedua-dua aspek ini perlu seiring dan aspek inilah yang perlu dihadharikan. Sebagai contoh seorang petani yang beriman akan lebih berusaha bagi mendapatkan hasil yang lumayan kerana keyakinannya kepada rezeki yang diberi oleh Allah S.W.T kepada hambaNya yang kuat berusaha.

    22. Bagaimanakah Pendekatan Islam Hadhari dapat melahirkan kerajaan adil dan beramanah sedangkan dalam masa yang sama penyalahgunaan kuasa dan gejala rasuah masih lagi menjadi masalah utama dalam sistem pentabiran di Negara ini ?

    Jawapan:

    Kerajaan telah dipilih oleh rakyat dan menjadi tanggungjawabnya untuk berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Kerajaan menyedari untuk kekal menerajui pemerintahan Negara dan mengekalkan kesinambungan pemerintahan kerajaan perlu memenuhi kualiti perkhidmatan sehingga memberi kepuasan kepada rakyat termasuk dalam aspek adil dan amanah.

    Melalui Pendekatan Islam Hadhari, kerajaan akan memastikan semua pemimpin dan jentera pentadbirannya akan menghayati dan mengamalkan tadbir urus secara adil dan amanah. Bagaimanapun bukanlah perkara yang mudah untuk memastikan setiap individu dapat memahami pendekatan kerajaan malah rakyat sepatutnya melihat usaha kerajaan ini sebagai suatu usaha yang berterusan dan memerlukan sokongan setiap lapisan masyarakat. Amalan tidak adil dan tidak amanah akan menggugat usaha kerajaan dan menjejaskan perpaduan rakyat yang akhirnya akan menghalang pembinaan dan kemajuan negara.

    23. Bagaimanakah Pendekatan Islam Hadhari dapat melahirkan kerajaan yang adil sedangkan jika diperhatikan kepada realiti masa kini kerajaan lebih memberi perhatian kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera seperti sistem kuota, tanah rizab Melayu, subsidi, hak keistimewaan orang Melayu, kebebasan menyebarkan agama bukan Islam dan lain-lain?

    Jawapan:

    Adil bukanlah bererti setiap orang mendapat apa yang mereka minta tetapi adil bererti memberikan sesuatu kepada mereka yang berhak. Dalam konteks hak keistimewaan kepada bangsa Melayu atau Bumiputera, kita perlu merujuk kepada sejarah kemerdekaan negara dan kontrak sosial di mana hak keistimewaan orang Melayu telah dinyatakan secara jelas. Hakikat yang perlu dilihat sehingga kini penguasaan ekonomi Bumiputera masih rendah iaitu kurang daripada 20%. Walaupun kerajaan memberi hak keistimewaan kepada Bumiputera tetapi hak kaum lain tidak terjejas. Sebaliknya jika jurang perbezaan ini tidak diatasi ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati golongan ini seterusnya akan mendedahkan negara kepada bahaya perpecahan.

    24. Bagaimanakah Islam Hadhari boleh membebaskan diri ummah dari sistem penjajahan Barat walaupun negara kita telah merdeka selama 47 tahun ?

    Jawapan:

    Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang kuat dari segi politik, ekonomi dan sistem pertahanan yang mantap. Dengan segala kekuatan ini Malaysia akan dapat membina sebuah negara dan bangsa yang bertamadun mengikut acuan kita sendiri tanpa mengikut atau mencontohi negara lain. Justeru, rakyat Malaysia perlu menguasai ilmu pengetahuan dan sains dan teknologi bagi memastikan mereka tidak lagi bergantung kepada pihak Barat bahkan dapat menangani cabaran semasa dan berdaya saing.

    25. Kenapakah negara kita masih melaksanakan ISA iaitu tahanan tanpa perbicaraan sedangkan di bawah Prinsip Rakyat Berjiwa Merdeka, rakyat bebas bersuara untuk mempertahankan haknya?

    Jawapan:

    Di bawah Prinsip Rakyat Berjiwa Merdeka, merdeka tidak bererti bebas dan terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika yang mengancam keselamatan rakyat dan Negara. Kerajaan amat prihatin terhadap perkara ini dan pelaksanaan ISA oleh kerajaan adalah langkah awal sebagai pencegahan bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku iaitu yang bertepatan dengan Maqasid al-Syar’iyyah iaitu soddu al-Zarai’. Pelaksanaan ISA adalah tidak lari daripada konsep mempertahankan Negara dari anasir-anasir yang akan merosakkan Negara. Kaedah ini adalah menepati siasah syar’iyyah yang diperbincangkan oleh para ulama. Sekiranya langkah-langkah awal tidak diambil akan menyebabkan kemudharatan yang lebih besar.

    26. Dalam Prinsip Keempat, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Pendekatan Islam Hadhari menekankan kepada penguasaan ilmu secara bersepadu iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Bagaimana pula dengan tindakan kerajaan untuk menutup Sekolah Agama Rakyat. Tidakkah ia menyekat usaha rakyat untuk meningkatkan penguasaan Ilmu Fardhu Ain di kalangan masyarakat Islam di negara ini?

    Jawapan:

    Sebenarnya kerajaan tidak menutup SAR tetapi ingin memantapkan sistem pendidikan agama agar lebih teratur sesuai dengan keperluan semasa. Banyak sekolah agama bantuan penuh kerajaan telah ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan Islam yang lebih lengkap dan sempurna. Di samping itu pihak kerajaan telah berusaha untuk memperkasakan penguasaan Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah melalui kelas KAFA dan J-QAF di peringkat sekolah rendah.

    27. Bagaimanakah Pendekatan Islam Hadhari boleh membantu peningkatan pencapaian bangsa Melayu terhadap ilmu pengetahuan sedangkan bangsa lain telah maju tanpa memerlukan kepada Pendekatan Islam Hadhari ?

    Jawapan:

    Kelemahan dan kemunduran umat Islam, khususnya bangsa Melayu berpunca daripada sikap mereka yang tidak berdaya maju, salah faham dan fahaman yang sempit terhadap tuntutan menguasai ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan untuk mengubah minda dan pemikiran bangsa Melayu suapaya meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan yang menjadi asas kepada pembinaan suatu tamadun. Kelemahan menguasai ilmu pengetahuan inilah yang menyebabkan bangsa Melayu mundur berbanding bangsa lain.

    28. Apakah Pendekatan Islam Hadhari mampu menghapuskan mentaliti masyarakat Melayu sebagai masyarakat yang bergantung kepada bantuan kerajaan (masyarakat subsidi) serentak dengan itu mengubah pencapaian ekonomi mereka ?

    Jawapan:

    Salah satu prinsip Islam Hadhari ialah Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi masyarakat Melayu. Pendekatan ini adalah satu usaha untuk membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat Melayu agar berusaha meningkatkan taraf hidup mereka seperti dari petani tradisional kepada petani moden dengan penggunaan teknologi moden secara lebih saintifik dan sistematik. Pendekatan Islam Hadhari juga cuba mengubah corak pemikiran masyarakat Melayu agar menjadi bangsa yang berdikari.

    29. Mampukah Pendekatan Islam Hadhari merapatkan jurang perbezaan ekonomi di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini ?

    Jawapan:

    Pendekatan Islam Hadhari tidak menyekat peluang ekonomi kepada mana-mana kaum bahkan menggalakkan setiap kaum mengambil peluang ekonomi yang terbentang di hadapan mereka untuk meningkatkan penguasaan ekonomi secara adil dan saksama. Pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyatnya. Oleh sebab itu, pelbagai dasar diwujudkan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pensyarikatan Malaysia dan sebagainya. Usaha meningkatkan ekonomi seimbang ini diteruskan di dalam Pendekatan Islam Hadhari agar semua kaum dapat menikmati limpahan ekonomi secara menyeluruh.

    30. Terdapat 10 Prinsip dalam Pendekatan Islam Hadhari yang disebut oleh YAB Perdana Menteri sebagai matan (fakta asas). Apa yang diragui adalah keupayaan untuk memberi penjelasan secara terperinci kepada matan tersebut. Mungkin satu pihak akan memberi penjelasan yang berbeza dengan yang lain. Bagaimanakah kaedah penganalisaan kepada 10 Prinsip tersebut dapat disampaikan dengan jelas dan seragam kepada masyarakat?

    Jawapan:

    Kita telah pun melatih para penceramah dan fasilitator di peringkat Persekutuan dan negeri, serta mendedahkan mereka dengan huraian 10 Prinsip Islam Hadhari secara terperinci. Mereka berkeupayaan mengupas 10 Prinsip Islam Hadhari berdasarkan panduan dan maklumat yang diberi. Namun begitu kemungkinan terdapat perbezaan hanyalah dari segi teknik penyampaian dan olahan sahaja serta tidak menjejaskan fakta asas yang telah digariskan. Selain daripada itu usaha telah dibuat untuk menerbitkan huraian kepada setiap satu daripada 10 Prinsip Islam Hadhari yang ditulis oleh ahli-ahli profesional mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing. Dokumen ini menjadi rujukan yang seragam kepada para penceramah dan fasilitator serta pihak-pihak agensi pelaksana Islam Hadhari disemua peringkat.

    31. Bagaimana Pendekatan Islam Hadhari boleh dikaitkan dengan isu Kehidupan Berkualiti?

    Jawapan:

    Ruang lingkup ajaran Islam adalah sangat luas. Antaranya yang diberi tumpuan adalah dalam aspek kehidupan yang berkualiti. Mencapai tahap kehidupan baik dalam aspek keperluan adalah sebahagian daripada ajaran agama. Islam menuntut setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan di dunia.

    Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek iaitu kualiti keimanan, ibadah-ibadah khusus dan keadaan hidup seharian. Kehidupan yang sihat dan berkualiti akan menghasilkan masyarakat yang maju. Ia dapat dicapai melalui Pendekatan Islam Hadhari yang menekankan kualiti hidup dari aspek memenuhi tuntutan amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menjalani kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

    Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam semua aspek mencakupi urusan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar tahap pencapaian masyarakat Malaysia setanding dengan bangsa lain yang maju di dunia. Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada institusi keluarga. Keluarga yang berkualiti dan sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat dikurangkan jika setiap institusi keluarga dapat berperanan seperti yang dikehendaki oleh agama.

    Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut diberi perhatian. Tempat rekreasi turut sama perlu difikirkan dalam membina masyarakat yang ceria, sihat dan bertenaga. Pendekatan Islam Hadhari akan menjamin kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek yang dibangunkan secara bersepadu dan melahirkan masyarakat yang sejahtera.

  11. Apakah itu ISLAM HADHARI? Persoalan ini selalu bermain di fikiran
    majoriti orang-orang Islam di Malaysia. Bahkan orang bukan Islam pun
    bertanya-tanya mengenainya.

    Disini saya huraikan sedikit sebanyak mengenai ISLAM HADHARI.

    ISLAM HADHARI adalah satu konsep ISLAM yang dikemukakan oleh Abdullah
    Ahmad Badawi selaku cucu seorang Ulama zaman lampau.

    Konsep yang ditekankan oleh ISLAM HADHARI ialah kesederhanaan dalam pelbagai segi.
    Ini termasuk penerapan nilai-nilai ISLAM didalam kehidupan seharian.

    ISLAM HADHARI ialah dimana ISLAM digunapakai mengikut HAD-HAD tertentu
    pada HARI-HARI yang ditetapkan sahaja. Sebagai contoh,

    1. Hari Jumaat. ISLAM digunapakai pada waktu solat jumaat berjumaah
    secara siaran langsung. Namun tiada HAD (kuasa) untuk menahan mana-mana
    orang ISLAM yang tidak bersolat jumaat.

    2. Penahanan mana-mana individu tidak dikawalselia oleh HAD (tatacara)
    yang telah ditetapkan didalam ISLAM. Ini berlaku pada setiap HARI dimana
    tahanan dibogelkan semasa disoalsiasat dan dikasari.

    3. Konsep penahanan didalam ISLAM tidak diterima pakai malah penahanan
    tanpa HAD dilakukan kepada sesiapa yang tidak selari dengan pandangan
    kerajaan pada setiap HARI. Ini termasuk tahanan ketika berdemo dan juga
    tahanan akta keselamatan dalam negeri.

    4. Keperluan menutup aurat (tudung) tidak mestikan kepada semua pelajar
    perempuan beragama ISLAM di sekolah. Mana-mana pengetua atau guru besar
    yang melaksanakan HAD pemakaian tudung ini boleh diambil tindakan.
    Pemantauan oleh Kementerian Pelajaran dilakukan setiap HARI untuk
    perkara ini.

    5. Mana-mana pihak dibolehkan mencabar mana-mana undang-undang ISLAM
    malah tanpa HAD atas nama kebebasan beragama dan perlembagaan. Beberapa
    kes telah berjaya ditimbulkan oleh orang-orang kafir setiap HARI di
    media elektronik dan cetak.

    6. Penyanyi perempuan lagu “ISLAM HADHARI” yang selalu ditayangkan di
    TV1 dan TV2 dilihat tidak menutup aurat malah mewarnakan rambut mereka
    dengan warna-warna ala burung belatuk. Inilah ISLAM yang ditonjolkan
    tanpa HAD setiap HARI.

    7. Sistem kewangan berasaskan riba (walaupun dikatakan berkonsepkan
    syariah) ditonjolkan yang kononnya diambil dari konsep ISLAM, malah
    dipaksakan kepada semua orang ISLAM menggunakannya setiap HARI tanpa HAD
    (tatacara) yang ditetapkan oleh ISLAM.

    8. Penyelewengan, kezaliman dan penindasan kepada hamba rakyat
    dibenarkan sama sekali tanpa HAD setiap HARI oleh ISLAM yang dipelopori
    oleh Abdullah Ahmad Badawi.

    9. Rasuah adalah dibenarkan dalam segala urusan tanpa HAD setiap HARI
    walaupun ianya tidak dibenarkan oleh ISLAM.

    10. Ingat…. Zakat wajib diberikan hanya kepada pengurus-pengurus PPZ
    (LPZ) yang ditetapkan sahaja. Sesiapa yang melanggarkan boleh dikenakan
    denda atau penjara. Walaupun PPZ (LPZ) menyelewengkan wang zakat tanpa
    HAD, namun anda wajib membayarnya. Jika tidak bagaimana Kerajaan Taghut
    ini dapat menyelamatkan (bail-out) syarikat kroni mereka.

    Inilah rukun yang diwajibkan keatas semua bersandarkan fatwa yang dikeluarkan oleh
    pemuka-pemuka ISLAM HADHARI.

    Oleh itu.. inilah semua kesepuluh rukun-rukun utama didalam ISLAM
    HADHARI… satu wadah ISLAM yang hanya tertumpu pada HAD dan HARI yang
    ditentukan sahaja.

    ISLAM HADHARI = Sesat Lagi Menyesatkan.

  12. Nampak sangat kejumutan pemikiran semut api,

    HADHARI boleh dikatakan HAD+HARI..
    Kedangkalan anda dalam memberi keterangan menunjukkan tahap kejumutan yang amat tinggi dalam diri sdr semut api..

    Kalau anda seorang yang kurang pengetahuan baik berguru terlebih dahulu, pergi jumpa Tn Guru Nik Aziz dulu…nampak b#d#h sangat la bila beri hujah tanpa fakta.. dan memenuhi ciri orang yang munafk iaitu bila bercakap mereka berbohong..tak gitu semut api…???

    Kenapa sdr semut api perlu bt dosa percuma dengan fitnah2 yang sdr semut api utarakan?apa yg sdr dapt dengan membuat finah begini?? Adakah nak Hassan Ali lantik anda sebagai pemimpin bahagian..??? Sy rasa baiklah sdr bertaubat nasuha dan meminta maaf kepada orang yang difitnah kerana dosa kepada manusia lain hanya tuan badan berhak memaafkan Sdr semut api..
    Ingat Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh, dimana tempat sdr di akhirat kelak??
    lain kali jangan lah menabur fitnah jika kita tidak mempunyai bukti.. kalau benar reportkan pada polis dakwa di makamah yang PZS seleweng duit zakat..mudahkan.. tak perlu bt dosa percuma begini.
    manusia yang tidak takut dosa manusia yang tidak beriman..adakah saudara semut api begitu??
    tepuk dada tanyalah Iman, jagan tanya selera sebab nafsu sering mendorong kita membuat dosa…

  13. Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;
    Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
    Kerajaan Adil dan Beramanah
    Rakyat Berjiwa Merdeka
    Penguasaan Ilmu Pengetahuan
    Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
    Kehidupan Berkualiti
    Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
    Keutuhan Budaya dan Moral
    Pemeliharaan Alam Semulajadi
    Kekuatan Pertahanan

  14. Gagasan Islam Hadhari – Bertitik-tolak daripada keruntuhan Tamadun Islam

    Akibat daripada keruntuhan tamaduan Islam umat Islam memahami dan mengamalkan ajaran Islam (agamanya) hanya sekadar yang ritual sahaja, yakni, agama hanya berkisar pada perkara-perkara yang berbentuk ritual, sedangkan tuntutan agama supaya mengurus bumi, memakmurkan bumi, dan yang selainnya, tidak lagi dianggap kerja agama. Lantas masyarakat Islam dibelenggu kemunduran dan kelemahan setelah sekian lama menguasai dunia dan memimpin peradaban yang tinggi. Islam hanya difahami sebagai agama yang mementingkan akhirat dan dunia ini adalah syurga untuk orang-orang lain. Islam tidak lagi dilihat sebagai sistem hidup dan tamadun, melainkan hanya suatu ritual untuk menyelamatkan diri daripada api neraka semata-mata.

    Setelah dunia Islam dikalahkan dan dijajah akibat kemunduran, kelemahan dan keruntuhan dalaman umatnya, muncul tokoh-tokoh pembaharuan Islam yang mengajak umat kembali kepada ajaran Islam yang asal dan memahaminya dari perspektif ketamadunan. Antara tokoh-tokoh itu – Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Redha dsb… Bicara Islam mereka tidak lagi bernada ritual semata-mata. Bicara Islam di kalangan tokoh-tokoh ini adalah bicara hadhari… yang hari ini kita cuba sambut dan lanjutkan… melalui Islam Hadhari.

  15. ANTARA BAHAYA ISLAM HADHARI
    Islam Hadhari dengan 10 prinsipnya yang menjadi satu usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan, merupakan tindakan yang bahaya kepada Aqidah umat Islam.

    Antara bahayanya adalah seperti berikut;

    a. memesongkan Fahaman umat Islam.

    Apabila Islam hadhari didedahkan, ianya membawa pemesongan kefahaman umat Islam terhadap Islam yang sebenar. Ini kerana, dengan Islam Hadhari, Umat Islam akan menggambarkan bahawa Islam bukan agama Fitrah, tetapi ianya adalah berasal dari teori evolusi yang sering menerima perubahan.

    Firman Allah;

    فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا

    Maksudnya;
    “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu”

    (Surah Ar-Rum : 30)

    b. Memberi gambaran salah terhadap Islam

    Apabila lahir kalimah Islam Hadhari, akan tergambar dipemikiran manusia, bahawa disana wujud Islam Badawi. Dari itu, akan lahirlah tanggapan bahawa, Islam yang wujud di zaman nabi SAW adalah Islam versi kuno, dan islam hadhari yang dicanang adalah Islam versi moden.

    Pemikiran seperti ini, sedikit sebanyak akan membenarkan kelahiran istilah islam yang pelbagai, seperti Islam liberal, Islam Fanatik dan sebagainya. Apabila ini sudah terbuku dalam pemikiran manusia, maka mereka akan menyamakan islam dengan agama Kristian, yang mana, kristian itu mempunyai banyak bentuk, seperti Kristian Protesten, Kristian Ortodok dan sebagainya.

    c. Menjadikan umat Islam berpada-pada dengan Islam.

    Apabila menyebut Islam Hadhari, manusia akan memfokuskan kepada kemodenan yang hendak dicanang. Dengan itu, manusia akan berpada-pada dalam menghayati Islam.

    Mereka akan lebih terfokus kepada pembangunan sahaja, tanpa mereka sedari bahawa disana terdapat Ibadat, ekonomi, muamalat, jinayat, jihadat dalam islam. Maka dengan itu, sedikit sebanyak, tindakan itu membenarkan fahaman Sekular yang memisahkan satu juzu’ agama dengan juzu’ yang lain.

  16. Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!
    14-04-2008 04:06:13 PM
    Oleh ZIEMAN

    KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.

    “Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian,” kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk…’Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha’.

    Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.

    “Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.

    “Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.”

    Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang ‘bercelaru’ sekarang.

    “Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana.

    “Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33).

    Kata Dr Asri, “Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu ‘Islam Hadhari’ ini. Ini adalah kewajipan saya.”

    Menurutnya, istilah atau jenama ‘Islam Hadhari’ itu menakutkan orang kampung.

    “Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.’

    Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas.

    “Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka.

    “Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai,” kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.

    Katanya lagi, “Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih.

    “Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya,” kata Dr Asri.

  17. semut api lagi betul dari semut

  18. Apa yang semut kata itu ada betulnya..tetapi kekeliruan tentang Hadhari tu..siapa yang nak bertanggungjawab?Persoalannya adakah ulamak2 didalam kerajaan BN ataupun yang pihak bertanggungjawab memberi penerangan sepenunya untuk fahaman rakyat secara meluas tentang hadhari tu..?kita kena bertanggungjawab sepenuhnya apa yang kita hendak lakukan atau sudah dilakukan supaya difahami oleh Rakyat supaya kekeliruan tidak timbul.

    Waallaualam..

  19. Salam,

    Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Semut dan Azuan. Islam hadhari bukanlah agama baru, kita semua faham, agama Islam yang sedia ada ini sudah lengkap, tetapi kita kena juga faham, bahawa Islam Hadhari tu kan hanya satu pendekatan ke arah mendekatkan lagi umat Islam dengan ajaran Islam sebenar.

    Hasan Ali jangan emosi sangat, adakah kerana Islam Hadhari itu diperkenalkan oleh kerajaan Pusat, maka ia salah, tetapi Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan bukan Islam diterima pakai oleh orang-orang pas. Akhirnya sekarang PAS pun bekerjasama dengan kafir harbi seperti DAP dan yang berada di PKR. Apa pula Amanat baru Haji Hadi. Wassalam.

  20. Hmm.. Nampaknya Lebih baik kempen Islam hakiki daripada Islam Hadhari.

    Nak faham Islam yang hakiki bukan senang. Kita belajar/hafal hadith, tafsir Al-Quran belum tentu dapat faham Islam yang benar2 Hakiki. Dari segi tingkatan imannya, akhlaknya, emosi kita, cara bersosial ,cara mentadbir negara. Rasulullah dan para Sahabat telah mewujudkan contoh Islam hakiki. maka lagi dekat kita dengan cara hidup mereka, lagi dekat kita dengan Islam yang sebenarnya.

    “Islam hadhari” hanyalah kempen untuk menekankan sesuatu aspek tertentu (dalam kes ini “pembangunan tamaddun Islam agar disegani di seluruh dunia dan menjadi contoh).

    Sebagai misalan, apabila sesebuah sekolah melaksanakan Minggu Kerohanian, ini bukanlah bermaksud hendak mewujudkan ibadah baru yang melupakan aspek jasadi. Ia hanyalah kempen, memandangkan ramai orang terlupa/tidak ambil berat dalam aspek rohani ini. ( contohnya Solat Express/keretapi/ayam patuk atau puasa jasad sahaja sebagai misal)

    Maka Islam hadhari bukanlah bertujuan untuk mewujudkan satu agama baru.

    Walaupun Kempen ISLAM HADHARI Secara konsepnya cantik, namun.. Permasalahan yang timbul ialah di peringkat operasional, di mana kefahaman dan pelaksanaan orang ramai tidak selari dengan konsep asalnya.

    (Kebanyakan Masyarakat tidak dididik dengan Islam yang hakiki sejak kecil, sehingga ke peringkat pengajian tinggi)

    Sebagai contoh Perdana Menteri, Pak Lah bersama konco-konconya melaksanakan perkampungan (Islam) hadhari yang mana mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syariah (hiburan melampau, pendedahan aurat, menggalakkan pergaulan bebas, menghilangkan rasa malu, dll).

    Ini yang sangat bahaya, menyebabkan rakyat mula memahami Islam dengan pemahaman berbeza.

    “Islam” sahaja pun sudah difahami oleh masyarakat secara salah, inikan pula “negara Islam”, “Islam hadhari” dan lain-lain.

    Maka yang perlu dipersalahkan sebenarnya ialah orang-orang yang melanggar syariat (lebih2 lagi pemimpin) dan menggalakkan orang lain ikut bersamanya.

    Jangan lupa Tugas utama sekarang ini ialah kita semua untuk mendalami Islam dan menyampaikan.

    “Lebih baik kempen Islam hakiki daripada Islam Hadhari”, lebih-lebih lagi di sekolah-sekolah. Pelaksananya mestilah orang2 yang memahami Islam.

    Moga kata-kata yang salah ditegur

  21. Assalamualaikum YB Dato Dr Hasan Ali.

    Saya ingin penjelasan YB Dato berkenaan isu sesi penggulungan Dewan Undangan negeri (DUN) 26 Mei 2008 yang lalu. Media memetik statement YB Dato yang menyatakan PAS tidak pernah berjanji akan menjadikan Malaysia negara Islam, tidak berjanji menutup tempat-tempat maksiat, kilang arak dan pusat hiburan. Oleh itu, minta YB Dato memberikan cerita sebenar untuk kefahaman saya. Jika statement ini benar-benar keluar dari mulut YB Dato saya benar-benar kecewa.

    P/S: YB Dato boleh menjelaskan kepada saya secara terbuka mahu pun secara tertutup dengan menghantar e-mel ke shahrulazman72@yahoo.com
    Terima kasih.

  22. Bincangkan pendekatan islam hadhari dalam mewujudkan kontrak sosial yang adil?

    contoh kontrak sosial adalah seperti :
    -pendidikan
    -isu perumahan
    -bantuan kebajikan
    -peluang perniagaan dan kerja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: