Blue Print Kukuhkan Institusi Agama Bakal Diwujudkan


Image

SHAH ALAM, 24 Mei – Kerajaan negeri dalam proses menghasilkan blue print berhubung pelaksanaan Islam secara paling harmonis dan aman yang bakal memberi kesejahteraan kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata untuk itu juga kerajaan negeri berhasrat mengukuhkan semua institusi agama di negeri ini agar selari dengan blue print berkenaan.

“Dalam beberapa bulan yang akan datang kita akan lihat kesan langsung dari penggabungan tenaga yang padu ini dan Insya-Allah kita akan dapat menjalankan usaha-usaha agama lebih sistematik dan terancang,” katanya kepada pemberita pada program Wacana ‘Menjana Islam Syumul Demi Kesejahteraan Ummah.Dalam masa sama katanya, mekanisme pengurusan seperti KPI dan Balance Score Card akan dihidupkan semula bagi mengukur prestasi jabatan-jabatan agama.

Image

Sementara itu mengulas mengenai pemberian tauliah kepada penceramah, beliau berkata kerajaan negeri sedang menyemak semula keahlian lebih 1,000 penceramah di Selangor.“Ada yang aktif dan ada yang tidak. Kita tak nak menyimpan senarai-senarai yang tidak aktif.“Kalau kita lihat, dalam tiga tahun misalnya mereka tidak memberikan ceramah agaknya adil untuk kita menggugurkan nama mereka untuk dimasukkan nama-nama baru,” katanya.Katanya, antara kriteria yang diambil kira ialah kebolehan penceramah menyampaikan kuliah dengan baik, beretika dan menggunakan tatacara moral yang baik.Beliau menjangka urusan pelantikan penceramah bertauliah itu akan selesai dalam beberapa minggu lagi.

 

 

 

 

4 Responses

  1. Bersama ‘Think Tank’ para cendiakiawan Ilmuan Islam akan dapat menyesuaikan Islam dengan modenisasi dan juga keperluan fitrah manusia.Blueprint yang akan Dato terapkan adalah gagasan Islam ke arah monenisasi Islam untuk kesejahteraan manusia.Tahniah harap di segerakan secepat mungkin kalau boleh esuk untuk menutup mulut munafikin dan memberi keyakinan kepada seluruh rakyat Selangor muslim dan Non Muslim.Ameen

  2. saya ada satu permintaan..bolehkah JAIS menerangkan kpd org ramai tentang amalan sbnr mjlis perkhwinan yg disaran Islam?Baru-baru ini sy telah menikah ttp dipaksa bersanding oleh keluarga dgn pakaian yg tidak menutup aurat spnhnya.Pakaiannya adalah pakaian baju kebaya walopon bertudung ttpi bentuk bdn kelihatan serta tdgnya di atas paras dada.Saya dpt rasakan bhwa masyarakat msasih tidak fhm akan msasalah aurat dan msh mengamalkn budaya hindu…..saya amat berharap jika JAIS yg kini di bwh PKR dpt ambil tindakan ttg mslh yg sdg menular masyarakat ini.

  3. YBhg Dato’.. betul ker dakwaan dalam utusan di bawah ni? apa penjelasan dan komen dato’ pasai benda ni.. saya amat2 bimbang datok.. kalau ianya betul.. sepertimana si Toyol tu cakap.. Minta jasa baik Datok menjelaskannya..!!

    Rumah ibadat: Selangor didesak kaji semula
    Oleh HERMAN HAMID
    KUALA LUMPUR 8 Jun – Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor diberi kata dua supaya mengkaji semula hasrat menghapuskan peraturan yang mengehadkan saiz rumah ibadat bukan Islam atau mungkin berhadapan tindak balas orang Melayu.
    Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) berkata, keputusan itu seakan memberi lampu hijau bahawa rumah ibadat boleh dibina tanpa sebarang had walaupun di kawasan perumahan yang didiami pelbagai kaum.
    Kata beliau, peraturan yang hendak dihapuskan itu selama ini telah dapat memastikan keperluan sesuatu rumah ibadat di Selangor seimbang dengan jumlah penganutnya sekali gus dapat memelihara keharmonian kaum.
    ”Peraturan itu dirangka berlandaskan garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang tidak pun sesekali menghalang pembinaan rumah ibadat sebarang agama asalkan ia seimbang dengan keperluan.
    ”Sebagai contoh, penduduk Selangor beragama Hindu kira-kira 700,000 orang dan jumlah kuilnya lebih 1,000 buah manakala orang Islam pula jumlahnya hampir empat juta orang dengan masjid sebanyak 380 buah.
    ”Kalau jumlahnya lebih daripada penduduk hingga menimbulkan rasa tidak harmoni saya bimbang akan ada reaksi atau tindak balas kerana tak puas hati oleh orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
    Akhbar hari ini melaporkan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi.
    Ia diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu.
    Keputusan yang dicapai selepas pertemuan dengan pemimpin bukan Islam semalam itu juga mahukan supaya pemaju perumahan menyediakan tapak lebih luas untuk rumah ibadat bukan Islam berbanding 0.4 hektar sahaja ketika ini.
    Sementara itu, Mohamad Khir menegaskan, tindak tanduk Xavier dan Ronnie dalam isu ini jelas menggambarkan mereka sebagai tidak memahami sensitiviti orang Melayu.
    Katanya, sepatutnya pemimpin kerajaan negeri yang Islam memperhalusi terlebih dahulu isu tersebut sebelum membenarkan anggota Exco berkenaan membuat keputusan yang menyentuh soal seperti itu.
    ”Sebab itu biar pun ada Pas, tetapi perjuangan Islam mereka seperti tenggelam dengan parti lain manakala PKR pula asyik dengan konsep kesamarataan mereka.
    ”Sedangkan sesuatu isu tidak boleh ditangani dengan sama rata tetapi memerlukan keadilan dengan dalam isu ini semua kaum mesti mendapat rumah ibadat mereka mengikut keperluan,” jelasnya.

  4. Kalaulah benar risau jugak Tok…gereja2, kuil2 dan tokong2 besar muncul kat Selangor ni…depa banyak duit tau…cuba tengok gereja kat Kajang tuh! Amacam? Jaga ugama Islam kita elok2 Tok…nanti Padang Mashyar berat nak jawab tu!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: