Dr Hassan Ali sediakan senarai baru pegawai pentadbir masjid

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali berkata beliau telah menyediakan senarai nama dan pegawai pentadbir masjid yang baru di negeri ini. 

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menyiapkan senarai ini sebelum mendapat perkenan Sultan,” katanya ketika menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.  

Menjawab soalan Abdul Rani yang ingin tahu apakah asas-asas yang digunakan bagi melantik anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor, Dr Hassan berkata pegawai dan pentadbir masjid yang bakal dilantik itu adalah di kalangan mereka yang mengutamakan integriti, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.  

Semua pegawai dan pentadbir masjid yang akan dilantik itu akan dihantar mengikuti program Pembangunan Insan bagi memastikan mereka menjalankan tugas dengan perasaan takut kepada Allah, katanya.  

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewujudkan e-khutbah sesuai dengan era baru kerajaan Pakatan Rakyat.  

“Cara penyampaian khutbah hari ini membuatkan jemaah tertidur sedangkan khutbah sepatutnya menjadi corong ilmu, corong pembangunan ummah dan membangkitkan semangat jihad,” katanya. BERNAMA

19 Responses

  1. akm..datuk..saya ada satu kemusykilan berkenaan parti-parti pemerintah selangor sekarang ni..

    sebab apa perlu ada nya parti keadilan,sedangkan parti pas telah membawa islam yang adil,adakah tak cukup adil lagi islam yang diperjuangkan oleh pas dan memerlukan parti Keadilan untuk mengadilkan islam yang diperjuangkan oleh pas itu…
    Saya rasa kita tak perlu berlakon menjadi mereka untuk menarik mereka menyertai kita,Kita patut tonjol kan keadilan islam yg sebenar..sebab islam cukup adil untuk semua umat manusia dan tak perlu Parti Keadilan untuk mengadilkannya..
    Mungkin kita perlu mengtarbiahkan ahli-ahli PKR ini,Bahawa keadilan yg ada pada islam yg diperjuangkan oleh PAS itu yg terbaik,untuk semua….

  2. Tahniah Dato kerana di beri kepercayaan Oleh Baginda Sultan.Biar lah niat untuk menstruktur semula masjid Selangor benar kerana Allah bukan kerana Assabiyah kepartian.Biarlah penstrukturan semula mempunyai nawaitu berdakwah kepada pemimpin yang teralpa dengan kenikmatan dunia.Biarlah usaha mulia Dato untuk memecahkan tembuk penghalang mengenali Islam yang syumul . Berilah peluang kepada mereka untuk memperbaiki diri. Jangan Dato pinggirkan mereka………kerana mereka perlu bimbingan Dato……Ke Arah Selangor Maju 2010

  3. Assalamualaikum, yang baik kita terus kekalkan dan yang kurang baik kita sama sama perbaiki demi rakyat selangor dan Islam…

  4. Assalamualaikum…
    saya memohon agar pihak DUN dapat menyenaraikan segala aktiviti oleh YB di DUN Gombak Setia kerana tidak ada maklumat mengenai perkembangan terbaru YB di DUN.
    Terima kasih.

  5. YB…

    BILA NAK BUAT EHWAL ISLAM KAT KAMPONG PANDAN, AMPANG…

  6. Apa yg kau merepek tu Azuan..?kau tu Orang UMNO ..!!

  7. stuju sangat la dengan rombakan saf kepimpinan masjid ini. ambil yang boleh memimpin dan yg ikhlas berkerja. bukan mereka yang suka memecah belahkan masyarakat

    tahniah YB!

    Program seterusnya di mana ya?

  8. akm…
    Cheng ho saya cuma nak bertanya pendapat datuk…sebab saya mengundi pas pada election yg lepas bagi kerusi parlimen tapi was-was untuk undi pkr bagi kerusi dun…sebab saya yakin KEADILAN ITU ADA BERSAMA ISLAM DAN ISLAM ITU TELAH PUN DIPERJUANGKAN OLEH PAS…bagi saya dah tak perlu parti KEADILAN UNTUK MENGADILKAN ISLAM YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS.

  9. dato,

    tolong pastikan pegawai tadbir majid yg bakal dilantik betul-betul yg amanah. Jangan jadi spt sebuah masjid di daerah kuala selangor dimana makluman tentang majlis bersama dato tidak dimaklumkan kepada mereka yang patut hadir. Progam nurul iman di masjid kuala selangor pun tidak dimaklumkan kepada jawatankuasa serta kariah masjid

  10. tahniah sdr Hassan Ali..
    Semoga perlantikkan yang dibuat tidak disoal di padang mahsyar kelak….. Subahanallah…..

  11. Semoga perlantikan dari Sdr Hassan Ali tidak mencerminkan Ahli PAS gila kuasa sehinggakan Kuasa di Masjid pun nak direbut2…
    Ingat PAS bukan Agama Tapi just Parti politik yang tidak lari dari dari kesilapan…so berhati-hatilah.
    Jangan sampai terpahat dosa…

  12. perlu ambil kuasa dari orang gila…………..

  13. Waders says : I absolutely agree with this !

  14. umno bagi tdbir apapun takkan berjalan dgn baik,sbab dia hanya nampak rm..rm..rm.. drp lain

  15. Assalamualaikum,

    Azuan.. yang pentingynya PAS & PKR boleh bekerjasama, berfikirlah secara rasional ..jangan fokuskan pemikiran untuk satu sahaja tetapi keseluruhannnya sebab “Politik” adalah luas .. yang penting kedua dua pihak boleh bekerjasama dan memahami untuk mendaulatkan Islam & memajukan Negara.

  16. Datuk Dr Hassan Mohamad Ali berkata beliau telah menyediakan senarai nama dan pegawai pentadbir masjid yang baru di negeri ini.

    Assalamualaikum Dato”

    Nak tanya sikit.. senarai nama nama tu diambil dari mana?
    penduduk kampung nak tahu juga..

  17. YB Dato’ dr Hassan ali , sila pastikan senarai pegawai/kakitangan mesjid yang telah siap disenaraikan itu dibincangkan dulu dengan kariah tempatan , jika tidak akan timbul masalah nanti. Saya bertanya khusus Mesjid AlHidayah Taman Melawati , Ulu klang <Jalan B 6 dalam Dun Hulu Klang. AJK sekarang adalah dari BN yg tidak menunjukan tanda2 berundur. Mesjid tidak diimarahkan, aktiviti jangan tidak je.

  18. masjid.net.my adalah merupakan utiliti sosial yang menghubungkan pengurusan masjid dengan ahli kariahnya, juga antara rakan sesama kariah masjid dan sesiapa jua, terutamanya kenalan baru, agar mewujudkan ukhwah yang berkekalan. Sila masuk dan daftar sekrg.. terima kasih.

  19. assalamualaikum,
    kepada sesiapa yang berkenaan,
    saya perlukan senarai nama2 pengerusi masjid dan surau serta nombor talian yang bolih saya hubungi untuk mamasarkan produk cd alquran dengan terjemahan audio sambil bersedekah untuk tabung masjid. sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: