Dr Hasan Ali dilantik Timbalan Pengerusi Jais

ImageSHAH ALAM, 21 Mei (Hrkh) � Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Ali dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Pelantikannya diperkenan Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dr Hasan ketika ditemui selepas majlis perasmian sidang DUN hari ini berkata, beliau bercadang membuat beberapa pengubahsuaian terhadap Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan anak syarikatnya seperti Lembaga Zakat, Mais Co dan Kuis.

Ketika ditemui oleh wartawan Harakah, Saidah Hairan selepas majlis perasmian sidang DUN, Dr Hasan berkata, beliau bercadang membuat beberapa pengubahsuaian terhadap Mais dan anak syarikatnya seperti Lembaga Zakat, Mais Co dan Kuis.

Kata beliau lagi, dengan pengubahsuaian itu diharap Mais dan anak syarikatnya akan menjadi lebih kukuh, padu dan bertenaga.

Selain itu, menurutnya jawatankuasa masjid akan disusun semula dan berharap akan dapat cadangan daripada pelbagai pihak. Tetapi yang lebih penting, katanya, masjid akan dijadikan pusat transformasi masyarakat setempat.

Dr Hasan juga berkata, beliau bercadang mengubah organisasi masjid yang selama ini hanya dikuasai ahli politik dan orang yang kurang arif dengan agama.

Justeru itu barangkali beliau melihat selama ini ada kejumudan atau kebekuan dalam aktiviti sesetengah masjid.

Selama ini umat Islam yang prihatin di Selangor memang cukup lama menunggu suatu perubahan dalam usaha menceriakan lagi agama Islam di negeri ini. Justru itu cita-citanya untuk mengislahkan atau mereformasikan masjid sebagai pusat ilmu dan ibadah memang sesuatau yang ditungguh-tunggu umat.

Sekali lagi saya menyatakan bahawa memang cukup lama umat Islam yang prihatin menunggu tibanya ‘zaman pencerahan’ yang boleh memancarkan kemakmuran dan kegemilangan masjid bukan saja sebagai pusat ilmu dan ibadah, tetapi juga menjadi pusat berinteraksi antara umat Islam dengan bukan Islam.

Ini supaya orang bukan Islam lebih memahami sistem nilai Islam sebagai agama tauhid yang agung, yang menebarkan syariat Islam yang penuh dengan keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan keikhlasan.

Jika ini dapat dilaksanakan dengan bantuan semua pihak, maka saya fikir, usaha besar Dr Hasan ini akan tercapai. Ramai tokoh, bukan saja daripada kalangan ustaz, tetapi juga di kalangan ahli profesional, intelektual, malah ahli biasa kariah masjid, tetapi sangat prihatin dengan perkembangan Islam, sudah lama menginginkan perubahan dari ‘wajah dan watak masjid dan surau’ yang lesu selama ini kepada wajah dan watak yang ceria, segar dan melimpahkan sinarnya yang gemilang sebagai rumah Allah SWT.

Jika jawatankuasa baru masjid yang akan dilantik ini terdiri daripada mereka yang benar-benar memahami fungsi masjid dan luas ilmunya, berfikiran terbuka dan tidak ada sebarang kepentingan peribadi, nescaya cita-cita mengimarakkan masjid dalam erti kata sebenarnya, insya-Allah, akan tercapai.

Selain daripada kuliah dan forum agama yang biasa, sewajarnya masjid dicadangkan mengatur program �mendekati masyarakat� yang sewajarnya dilakukan oleh jawatankuasa masjid dan surau sendiri dengan bantuan kakitangan masjid dan surau.

Selain itu, pihak masjid perlu mengambil sikap ‘peduli umat’ kepada golongan fakir miskin, yang bernasib malang, ibu tunggal, saudara baru, golongan remaja bermasalah dan pelbagai lagi. Golongan saudara baru perlu diberi perhatian khusus. Perlu ada usaha membimbing dan menyelesaikan pelbagai masalah mereka.

Di samping itu seminar dan wacana ilmu berskala besar, sederhana dan kecil sewajarnya diadakan. Ini semua untuk mengimarakkan masjid sebagai pusat atau taman ilmu yang segar, wangi dan berwarna-warni.

Para imam masjid, bilal dan kakitangan lain perlu berikan perhatian dari segi kebajikan mereka. Di samping itu, sangat penting juga bahawa mereka ini mestilah diberikan kedudukan penting sebagai sumber utama mengimarakkan masjid. Idea mereka wajaranya didengar. Sama ada diterima atau tidak, itu suatu persoalan lain.

Ketika ditanya mengenai cadangan untuk mewujudkan surau di pasar tani dan pasar malam, Dr Hasan berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan terlebih dulu.

“Saya nak bincang mengenai projek solat berjemaah di pasar tani dan pasar malam serta beberapa cadangan bagaimana menghidupkan amal Islami,” katanya.

Walaupun belum terlaksana cita-cita itu, tetapi saya dapat menggambarkan bagaimana suasana agama dapat diwujudkan di celah-celah simpang siur dan keriuhan pasar malam dan pasar tani jika cita-cita Dr Hasan ini terlaksana.

Kesimpulannya, di samping kita menunggu penuh harapan akan perubahan yang diusahakan oleh Exco Agama di bawah kerajaan baru di Selangor ini, sewajarnya kita sama-sama memberikan kerjasama untuk menjayakan usaha mulia ini.

Ini sebuah harapan. Mudah-mudahan Allah SWT meredai segala usaha baik ini.

18 Responses

  1. tahniah dengan perlantikan itu. saya cadangkan supaya setiap masjid & surau dilengkapi kemudahan Wi-Fi percuma. daripada remaja melepak sana sini x tentu arah, lebih baik melayari internet di masjid, x kan ada lagi alasan pelajar untuk ke cyber cafe utk mencari maklumat (yg sebenarnya main games/judi/layari web lucah).

    faizal
    jalan madrasah, gombak setia

  2. tahniah! pengiktirafan sudah diberi.. teruskan kerja YB dengan lebih gigih

  3. Penggunaan internet di surau atau masjid2 mesti dipantau supaya pengguna terutama remaja tidak melayari laman2 yang tidak sepatutnya mereka layani….

  4. Bersyukur ke hadrat ilahi, rakyat selangor mempunyai minda yang matang , cemerlang dan terbilang dengan merubah tahyol BN kini dan selamanya.laksanakan lah semampu dato dengan hati yang ikhlas kerana Allah.Mari bersama mencari bekalan di akhirat dengan menyokong gagasan dato. Selain menikmati rezki Allah di dunia dengan kepimpinan yang di rahmati. Insaallah amin

  5. OK Baguss..

  6. Tahniah YB, semoga Selangor berubah wajah..

  7. Tahniah YB,

    Semoga negeri Selangor berubah wajah dan rakyat hidup dengan aman sentosa

  8. Best duk slagor skrg ni..

  9. Tahniah YB … Teruskan perjuangan … Membangun bersama Islam …. Sokong cadangan faizal tapi perlu ada pemantauan … And tak de alasan orang tak nak solat …

    Hani
    jalan madrasah, gombak setia

  10. tahniah dato,
    hapuskan minda sempit masyarakat selama 50tahun.
    semoga pemimpin semua diberi kekuatan oleh allah

  11. Tahniah, tg. krg. tetap menyokong dengan segala kemampuan demi Islam…

  12. Tahniah Y.B,
    Saya ada 2 cadangan je demi kebaikan masyarakat islam selangor, harap sangat y.b dapat usulkan dalam mesyuarat exco:

    1. Demi mengawal keruntuhan moral remaja terutamanya melayu islam saya cadangkan negeri selangor sebagai negeri pertama melaksanakan undang-undang melarang remaja berumur bawah 18tahun keluar rumah melebihi 10 malam. Pada waktu tersebut mereka sewajarnya telah berada dirumah bersama keluarga, Jika mereka ingin keluar selepas pukul 10 mestilah di temani muhrim yang lebih dewasa seberti ibu bapa, abang, kakak atau pun penjaga yang berkelayakkan seperti warden asrama. Jika mereka melanggar peraturan ini amaran keras bagi kali pertama dan kedua barulah di denda. Saya percaya apabila di laksanakan nanti gejala sosial di selangor akan dapat di kuarangkan dengan darastik seperti mat remoit, bohsia, dadah dan banyak lagi yang rata2 aktiviti ini berlaku pada malam hari.
    2. Saya cadangkan bagi setiap pasar malam di selangor yang berjauhan dengan surau atau masjid pihak PBT menyediakan kemah khas utk umat Islam solat.

  13. Dato’.., banyak sangat pegang jawatan tu..boleh handle ke??

  14. Assalamu alaykum Dato’ Dr. Hassan,
    Alhamdulillah on your appointment as Deputy Chairman of JAIS. Please take this opportunity to put signboards to dispel popular myths that non-muslims have about Islam. Also more signboards to improve the knowledge of the already-muslims about Hijab, Haram&Halal, etc…

    Please do something as I see things are worsening here in Sri Gombak and Selayang. Like women wearing tudung, but body-hugging outfits and calling it hijab. Also that smoking is haram. The condition of the muslim ummah is declining and it’s opposing the da’wah work that I do on a small scale with friends, family and relative.

    Allah says: “You are the best nation brought forth for the people of the world: you enjoin right and you forbid wrong, and you believe in Allah.” Qur’an 3/110.

    Putting up signboards could be one of the effective ways to enjoin what is good and right and to forbid the wrong. At least it will show the governments effort to the people and improve the people’s perception of the government. More importantly it’ll improve Allah perception of us, inshallah. Please forgive me for writing is such an advising manner, but I’m just doing my part as a muslim.

    May Allah increase us in Barakah, Ameen.

    Regards, Farihin Fong
    http://farihinfong.blogspot.com

  15. Tahniah kepada saudaraku Dr Hassan Ali kerana menjadi Timbalan Pengerusi Jais. Saya syorkan semua kegiatan maksiat dan menjurus kearah maksiat diharamkan sama sekali di negeri Darul Ehsan ini. Perempuan di wajibkan memakai tudung. Aktiviti perniagaan hanyalah di hadkan sehigga pukul 6 petang sahaja(larangan ini hendaklah dilakukan peringkat demi peringkat). Banyakkan aktiviti agama seperti ceramah dan hiburan cara islam.Speaker di masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah hendaklah di baiki serta merta kerana sound system macam lebah yakni kurang jelas.

  16. maaf la tuan kerana terlupa taruk dato’,assalamualaikum semoga ikhlas dalam perjuangan menuju alam yang kekal abadi.

  17. Satu lagi cadangan kepada Dato’ ,sila adakan bus stand yg memisahkan lelaki dan perempuan,ada sekatan. Atas bas pun sama,pisahkan penumpang lelaki dan penumpang perempuan.Ditakuti aktiviti yang menyumbang kearah penzinaan,wassalam Dato’

  18. tahYang dato,

    Dato
    Keluarkan arahan supaya 5 waktu diwajibkan di masjid-masjid yang banyak ni dan polis untuk etika pakaian diujudkan Apa yang berlaku sekarang sekolah ugama didalam kawasan masjid pun tidak ikut serta berjumaah solat waktu anak murid serta gurunya sekali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: