Penduduk lega ada tindakan konkrit atasi masalah sampah haram

ImagePINGGIRAN BATU CAVES – Penduduk sekitar Kampung Sungai Kertas dan Pinggiran Batu Caves menarik nafas lega ber­ikutan tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang melakukan ope­rasi besar-besaran `pembersihan’ ta­pak pelupusan sampah secara haram di kawasan bukit Sg Tua Gantian di sini, semalam.

Wakil Penyelaras Penduduk Pinggiran Batu Caves, Mohd Suffian Mohd Nor, 39, berkata selama dua ta­hun sebelum ini penduduk `terseksa’ akibat kesan pencemaran pembuang­an sampah di sini.

“Kita telah lama mengusulkan ke­pada pihak terbabit, namun tiada apa­apa tindakan berkesan sehingga tindak­an operasi secara besar-besaran pada hari ini (semalam).

“Penduduk memang berharap tindakan berkesan diambil memandang­kan selain masalah pencemaran bau yang amat busuk, kita turut meng­hadapi masalah gatal-gatal kulit, sering demam clan sebagainya lebih-le­bih lagi di kalangan pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah Kg. Sg Kertas yang paling dekat dengan kawa­san ini,” kata Suffian.

Beliau ditemui dalam operasi `pem­bersihan’ tempat pelupusan sampah oleh MPS bersama pihak terbabit hari ini. Tambahnya, penduduk sekitar turut mendakwa menghadapi masalah barang­an daripada besi, seperti ‘mangga’ pin­tu mudah berkarat ekoran pencemaran akibat sampah.

Dalam masa yang sama, beliau her­terima kasih kepada pihak MPS yang mengambil tindakan susulan dengan se­gera ekoran perhimpunan bantahan le­bih 1,000 penduduk sekitar yang tidak berpuas hati dengan pembuangan sam­pah di situ Ahad lalu.

Penduduk turut berharap masalah tersebut tidak berulang dan selesai buat selamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: